Saturday, November 29, 2008

Tanam pisang lagi baik....

Semalam Pak Man pergi ronda satu kampung, mintak beli anak pisang dari orang kampung. Satu pokok harganya 80 sen. Pak Man beli 50 pokok. Niat dihati nak ajar anak jantan berkebun.

Berbagai-bagai jenis pisang ada. Ada pisang sebatu (pisang yang selalu dibuat pisang goreng), ada pisang awak (please ! otak jangan 'biru'), ada pisang nangka dan pisang emas.

Budak-budak ni kena diajar berkebun, kalau tidak mereka ingat semua tu boleh didapati dengan senang saja. Biar mereka tahu bagaimana susahnya pekebun nak hasilkan pisang-pisang yang mereka beli di kedai tu. Semoga akan timbul rasa keinsafan dan bersyukur dalam diri mereka. Wang bukan lah segalanya.

Rasalah sendiri bagaimana susahnya menggali lubang, bagaimana susahnya mencangkul, biar menitik peluh ke bumi. Negara kita dianugerahi dengan tanah yang subur, jangan tenguk saja. Berbudilah kepada tanah, akan ada balasannya nanti...Insya Allah.




Haaa...tenguk ni ! , ini hasilnya usaha Pak Man setahun yang lalu. Sekarang ni tunggu masa nak kena goreng, atau dibuat pengat, atau dimakan begitu saja. Ini pisang nangka , benihnya Pak Man mintak dari kebun Cikgu Rosli. Terima kasih Cikgu Li, nanti Pak Man hantar separuh ke rumah cikgu.


20 comments:

Neeza Shahril said...

separuh ke rumah cikgu rosli? ke rumah neeza tak nak hantar ke? hehee..
husband neeza suka goreng pisang nangka ni.. dia suka yang belum masak betul tu.. yang keras2 sikit.. kalau dah lembik, dia tak suka ;)

Masayu Ahmad said...

salam ziarah, Pak Man, Bachok kat mana.. saya pun asal sana juga.

Cikgu SIC said...

Best la duduk kwsn ala ala kampung ni..bole tanam itu ini..umah sy kat Telipot ni..smua kena tnm dalam pasu..maklumlah x de kwsn, pokok pandan,kunyit,serai n pokok kari..smua sy tnm dlm pasu..huhu..

Arwah mak dulu suke sgt makan pengat pisang..letak sagu sikit..mkn panas2 ..cicah roti..ujan2 ni mmg sedaaaaap laa

ayieDklau said...

tempah setandan pisang nangka... ujan2 ni sedap mengadap tv sambil makan goreng pisang ngan kopi panas... perghh meleleh air liur dah ni...

Akmal said...

Teringat maso tolong abah di kebun getoh hari tu :)
Pisang goreng hujan2 nih sedap!

silversarina said...

Saya dan suami memang tak minat berkebun, apa-apa semua beli saja , baru ni kawan yang tukang potong rumput kat laman rumah saya bawak anak pokok pisang dan tanam di tepi rumah dekat pagar , saya tak tau pun , pelik tengok mana pulak dstang pokok pisang tu, nampak macam subur je walaupun kecil lagi, InsyaAllah, dapatlah kami merasa buah pisang nanti :)

manlaksam said...

Neeza,
Boleh tu boleh lah....tapi rasa nya jauh sangat tu. Takut nanti jadi macam dalam pantun tu, Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti....


Masayu,
Bachok di Kg. Padang Kerasak, jalan masuk ke Pantai Changgong.(area Kg.Badak)


Cikgu Sally,
Syahdu lah pula Pak Man dengar....
Tapi tanam sedikit sebanyak dalam pasu tu dah kira termasuk dalam golongan orang rajin lah tu.

manlaksam said...

Ayie,
Yang ini dah ada orang punya. Dah di bahagi-bahagi mengikut hukum faraid. Maaflah ya. Akan datang kalau ada Pak Man beritahu, ok.


Akmal,
Ya, sedap kalu makan panah-panah, rajin juga tolong ayah ke kebun ya...baguh, baguh.


Rina,
Berjinak-jinak lah dulu. Mula-mula sepokok, lama-lama banyak lah.

MNZaman said...

Seronok betul tengok Pak Man berkebun. Teringin nak berkebun, tapi xde kawasan. Tanam sikit2 dalam pasu kat keliling rumah pun jadi la.

Ada masa kena melawat Pak Man ni. Boleh belajar sikit sebanyak ilmu bercucuk tanam :)

anak nah said...

Saya bukan org kampung piau. Tp setau sy cara2 mencangkul yg betul ialah dgn mengangkat cangkul tinggi-tinggi dan menyerahkan kepada graviti untuk cangkul membelah tanah. Tenaga pakai utk angkat cangkul saja. Kan>

mother of two said...

sy ngan husband kalau dah taknak duk obersea lagi nak balik malaysia, berkebun.. dan bela lembu:)

ADleez said...

slm pakman...
rindu betul nak mkn pisang nangka goreng... klu di ktn...bese beli di gerai tepi2 jln sepanjang tjg lumpur...kt cni asyik tgk pisang montel yg diimport dr india@srilanka....

Pp said...

hahaha , kasi chance saya gelak dulu pasal pisang 'awak' tu....betul tu bagus pakman pesan jgn asyek nak berprasangka...!

syabas pakman....begitulah impian saya juga, untuk pulang berbudi ketanah tumpah darah nanti...
saya suka jantung pisang....celor dan cicah budu bersama ikan tawar!!
atau buat kerabu jantung.....

teachersally@sic said...

Jantung pisaing masak lemak cili api pun sodap..

Pak Man..on the way nak ke kebun nanti..singgah2 la blog saya..ahaks..saya (mak) budak baru belajar (blogging)..kalau salah .. tolong ajarkan..

manlaksam said...

Zaman,
Mula-mula tu ada niat dah kira ok dah tu. Lepas tu kalau ada peluang teruskan saja...
Sila lah datang, tapi tumpukan kepada pelajaran dulu, itu lebih afdhal.


Anah Nah,
Waaa dashat....ilmu sains tu, siap bergraviti sekali tu...betul , baguh, baguh!

Mother of two,
Bela lembu...dets a bery gud aidia!
Pak Man sokong.

manlaksam said...

Adleez,
Cakap pasal Tg.Lumpur ni buat Pak Man teringatkan sata dan otak-otak di gerai Pak Lah.

Pp,
Ya...otak jangan biru...bagus tu impian Pp tu. Semoga berjaya.
Ohhh..jangan sebut pasal jantung pisang celur cicah budu dan ikan tawar tu...jangannnnn. Pak Man tak boleh tahan, meleleh air liur.

Cikgu sally,
Ok ! Pak man akan singgah nanti, pon!pon!

PINATBATE said...

salam Pak Man..
amboi..rajin anak lelaki PakMan bertani...boleh buat calon menantu..ahaks..

Anonymous said...

Kenapa tak tanam Pisang Tanduk. Buahnya besar, lagi puas makan.

Zamri ExTI80-81

manlaksam said...

Pinatbate,
Masih lesen 'L' lagi tu. Semua nya nak kena ajar.


Zamri,
Pisang tanduk Pak Man belum jumpa benihnya lagi...nantilah.

IBU said...

Pak Man,

Kami tanam pokok betik. Dan pokok daun yg buat asam laksa tu, daun apa? kesum ya?