Saturday, November 8, 2008

Pokok sudah ditebang.

Pagi tadi Pak Man ke KL. Dari Raub kami terus ke rumah Alfateh di Kemensah Height, belakang Zoo Negara. Rupa-rupanya Mak Jah dah janji dengan adiknya(mama Alfateh), nak singgah. Nadirah ikut bersama. Syafiqa sukarela nak tinggal di rumah. Dia kata nak temankan opahnya. Mak Cik Misah kerja sampai pukul 3:00pm saja. Baguslah kalau macam tu.

Kami berada di rumah Alfateh sampai pukul 3:15 pm. Lepas tu Syed Omar(daddy Alfateh)hantar kami ke Hotel Dynasty dengan Harrier nya. Lain betul rasanya kalau nak dibandingkan dengan jip Pak Man yang selalu Pak Man gunakan ke kebun tu. Macam langit dengan bumi!.(Pak Man ni memang'darat' sikit.)

Nasib baiklah Syed hantar kami. Tak ada tempat parking. Syed turunkan kami berdua, lepas tu dia pergi......lepas selesai urusan pendaftaran Mak Jah, Pak Man hantar dia kebilik, di tingkat 21. Kawan sebiliknya dah ada. Mak bapak nya ada sekali. Satu keluarga hantar, meriah....mereka dari Ipoh.

Selesai semua urusan, Pak Man turun ke lobby. SMS ke Syed, beberapa minit kemudian Syed sampai. Kami terus balik ke rumah. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan Pak Man.

Sampai di rumah, Nadirah tengah rancak bermain dengan sepupu-sepupunya. Ada Amirah, Sarah, Ainul Umairah, Nabila dan Alfateh. Pak Man bagi masa lebih kurang 30 minit untuk mereka bermain, lepas tu terus balik. Takut lewat sampai , nanti takut pula yang berdua (opah & cucu) di rumah.

Lebih kurang 7:15 pm, sampai di rumah. Wow !! pokok-pokok dah siap bertebang. Hebat sungguh Jamin. Memang pro. Esok pagi-pagi lagi Pak Man mesti pergi rumah dia, bayar upah(duitnya Syed yang sponsor). Kerjanya sangat baik. Puas hati sungguh Pak Man. Bayar lebih sikit pun tak apa.

Ambil senarai semak, ambil pen, tanda pada ruangan 'menebang pokok'- dah selesai....tanda tangan.....manlaksam.

2 comments:

Amirah said...

Tak sempat amirah nak main dengan Nadirah. Nanti Cek Oman datang lagi rumah Amirah Tau.

manlaksam said...

hehehe,,,,ok!
Dekoder Astro Opah pulak rosak...kesian dia tak leh tenguk TV.
Nak kena hantar kedai.....kalau tak leh repair, kena beli yang barulah.
Tak dok tv, sunyi sepi lah dia pada waktu pagi.