Saturday, November 1, 2008

Ex-TI Kuantan 5B 1981

Ex-TI Kuantan 5B 1981

Assalamualaikum Semua, Pak Man harap kawan-kawan semua sihat dan berbahagia dengan keluarga masing-masing. Harap jangan marah kerana memaparkan gambar kita semua bersama guru kelas kita yang selamba tu, Ustaz Abdullah Tahir.

Pak Man akan cuba sebut nama seorang demi seorang. Kalau salah tolong betulkan, maklumlah dah 27 tahun tak jumpa, mungkin ada yang dah terlupa.

Barisan depan dari kiri kekanan: Marhana Abd.Latiff berita terakhir Pak Man dengar dia kini bertugas di Politeknik Kuantan, habis SPM dulu, dia masuk UTM, ambil kursus arkitektur. Itu saja yang Pak Man tahu. Sebelah Marhana, Che Zaini, pada tahun 1994, dia mengajar di SMA Al-Ikhsan Kuantan sama dengan isteri Pak Man. Masa tu Pak Man kerja di Penjara Penor. Dah lama tak dengar berita. Sebelah Che Zaini ialah Rohana. Ini Pak Man tak ada apa-apa maklumat. Lepas SPM terus tak dengar khabar.

Sebelah Rohana, Marzuki. Masa di ITM dulu Pak Man ada jumpa. Dia ambil kursus Kejuruteraan . Lepas tu, tak dengar berita. Sebelahnya, Zaidi Abd. Rahman, lepas SPM dengar khabar pergi USA. Sekarang kerja dengan Titan Petrochemical SB.

Sebelah nya, Ustaz Abdullah Tahir, sekarang dah pencen. 3 tahun lepas Pak Man jumpa di Hotel Perdana KB. Masih segak. Rambut belum uban.”Macam mana rambut awak lebih putih dari saya?”kata ustaz.

Sebelahnya, Hazrin Salim(Ein), 5tahun lepas ada datang rumah Pak Man di Raub, dalam perjalanan ke Gua Musang, ada projek pertanian disana , katanya. Sebelah tu, Fauzi, Pak Man tak dengar khabar sampai sekarang.

Sebelahnya, Yusof Othman(ustaz), sekarang kerja dengan JKR, dengar khabar di UIAM. Sebelahnya, Rosli Ghazali, dulu kerja Jabatan Ukur KB, sekarang dengar cerita dah berhenti. Buat bisnes, dah pakai kereta mata belalang. Akhir sekali Borhan, dengar cerita jadi kontraktor berjaya di Lipis, TA Bob Holding SB.

Barisan tengah dari kiri ke kanan: Anuar, tak dengar khabar. Mat Roni, tak dengar khabar. Jan.1982 Pak Man jumpa dia di S’pore. Sama –sama jadi buruh kontrak(tunggu result SPM). Lotfi Talib, sekarang kerja dengan PLUS Bhd. Sharani Mat Lia, Cikgu di Lurah Bilut. Azman Ismail, lepas UTM, dengar cerita pergi over-sea, pernah jadi Ketua Pemuda Umno Jerantut. Sekarang usahawan, Aidah Engineering & Construction SB. FUDZAIL, balik NZ kerja di KL, sekarang kerja di Dubai, dah 10 tahun dah. Masih berhubung dengan Pak Man di alam maya.

Sebelah Fudzail, Zulkifli Selamat, balik dari Jepun kerja dengan Matshushita. See Kong Lam, tak ada berita. Jimmy Teo, budak Kelantan. Sekarang kerja di Golden Key, KL. Zafrullah, kerja di Kementerian Pelajaran, Putra Jaya. Yusuf Hussin, kerja di Majlis Perbandaran Kuantan, orang besar jugak, khabarnya. Razani, kerja di MRY Norehan Resources. Rosli Harun, Mendza Builders SB. Mohd.Saupi, Cikgu di SK Gelang Mas, Kelantan.

Barisan Belakang dari kiri ke kanan: Abd.Razak, tak ada berita. CM Roslan, balik USA kerja di Spirac Sarco SB. Othman, lepas ITM, kerja penjara, sekarang jadi cikgu di Raub. MN Mazlan, kerja di Politeknik PD. Ayub, tak ada berita. Sudin, kerja di Majlis Daerah Rompin. Izzudin, ITM sama Pak Man, sekarang tak ada berita. Ghaffar, kerja di Hospital KL, Mohamad Ibrahim, Emma Rampai Selera Kuantan. Ramesh, tak dapat dikesan. Nik Ainul, tak ada berita. Junaidi, konsultan dengan KLIA. M Zawawi, tak ada berita.

Tiada dalam gambar: Ibrahim (mat skodeng)

4 comments:

fudzail said...

Jom tahu ndepan buat reunion di TI kuantan, kita tidur di asrama satu malam, makan kat dewan makan and masuk kelas 5B.....

manlaksam said...

Idea yang baik, aku sokong! kalau boleh biar malam Jumaat, esoknya jalan kaki ramai-ramai pergi sembahyang Jumaat di medan Tok Sera......ooooh! mesti seronok.

ZakiN said...

Asalamualaikum,
Tengok gambar kelas kau, aku tercari2 mana muka kau. Dah 27 tahun tak ada lagi iras2 muka kau dulu. Aku masih ingat masa ting 4 aku dok katil atas kau dok katil bawah. Yang lain2 aku dah tak ingat. anyway kalau kau nak tengok muka aku sekarang, jenguklah mawar4560.blogspot.com

nursyauqina said...

salam

saya fadhlina ajk tiosa (persatuan bekas pelajar ti)
insyaAllah ada jamuan makan malam tioasa pd 12/3/11 ini di peransang templer resort rawang sel....info lanjut boleh liht FB tiosa ex smtkuantan...
harap dpt warkan kpd rakan2 batch ini...kita jemput dr batch pertama hingga kini....apa2 pertanyaan boleh melalui fb atau msj saya 0148004742 tq