Friday, November 28, 2008

'Putuh Angin'

Salam semua,

Malam ni Pak Man rasa 'putuh angin '(kecewa) , rasa malas nak tulis. Petang tadi banyak sangat yang marah-marah melalui email dan sms , tak puas hati tentang tulisan Pak Man pasal cerita 'anu'. Kopiah yang tak bersalah pun terlibat sama.

Pak Man bukan niat nak cerita benda-benda yang tak senonoh dengan anak-anak. Pak Man tulis dengan niat supaya anak-anak sedar tentang peri pentingnya bahasa kita. Belajar dalam bahasa orang putih ok, Pak Man tak kata tak boleh, boleh...tapi ambil tahu lah sikit 'istilah' dalam bahasa kita.

Kalau ada yang tak puas hati, boleh semak buku Istilah Matematik KBSM keluaran DBP 1989. Buka m/s 84, cari 'anu'....maknanya 'unknown. Pak Man bukan saja-saja nak buat lawak bodoh. Kalau tuan-tuan pernah belajar matematik dalam Bahasa Melayu sebelum ini, mesti pernah terdengar cikgu ajar...tajuk 'Ungkapan Algebra dengan dua anu atau lebih'. Cuma budak sekarang belajar dalam Bahasa Inggeris. tajuknya dah jadi,' Algebraic expressions in two or more unknowns'. Jadi tak pernah timbul lah istilah 'anu' itu.

Pak Man tak berniat langsung nak ajar budak-budak cakap benda tak elok. Terserah kepada yang membaca, kalau otak kita 'biru'...maka yang dibaca itu akan diterjemahkan sebagai 'biru'.

Pak Man sentiasa membaca dengan otak yang putih bersih.

Pak Man minta maaf kepada semua. Pak Man manusia biasa, orang kampung yang selalu bercakap lurus bendul....

9 comments:

Pp said...

pakman....:-)

bakpo tu putuh angin!
ok tu entry pakman pasal 'anu'. saya faham apa yg pakman maksudkan.

saya juga ada tulis satu entry pasal 'anu' semalam. tapi hari ni dapat rasa kurang sesuai la pulak...hehehe...maklumlah, entry saya tu di tulis sebelah malam bila suasana hening dan bisu.
Bila kicauan burung mengucapkan selamat siang - hati saya berubah. lantas, tulisan itu saya abadikan dalam archive saya sahaja.

begitulah....sebagai manusia....ada kala nya kita lemah.

Jangan putu angin tu pakman....teruskan menulis....apa saja!

Cikgu SIC said...

ish .. Pak Man..tak payah nak putuh angin lerr..mrk yg rasa kureng sesuai yg sebenornye tak berapa nak lurus..nak belok je..saya bc n3 tu awal2 lg dah tau maksud Pak Man..no hal lah..

saya td tumpang lori pak man ke seberang laut!!..ke blog Mr Pp..x pe ye? nanti duit minyak kita kira ujung bulan ok Pak Man?? ahaks..

Akmal said...

Pakman,
Tok payoh putuh angin :) Saloh pehey sikit-sikit jah tu. Tu baru kecek pasal anu ngan algebra. Tera buwi trigonometry ko, calculus ko, haahaha :D

manlaksam said...

Pp,
Nasib baik demo bagi semangak, kalu tidak Pak Man rasa nak berhenti doh, nak masuk sekolah pondok lah pulok.


Cikgu Sally,
Terima kasih kerana faham...cikgu memang mudah faham.
Pasal duit minyak lori tu tak apa lah, Pak Man belanja.

Akmal,
Terima kasih atas kata-kata semangat. Kadang-kadang orang tua kena dengar juga nasihat dari orang muda.

ayieDklau said...

Salam pakman... biasalah tu... ramai yg tak faham 'anu' tu istilah matematik masa kita ajar kat seolah menengah dulu dalam BM... nah sekarang rasakan pengangan belajar matematik dalam BI... tak hilang melayu tapi hilang bahasa sendiri... letih cikgu2 cikgi2 hari ni nak bagi anak2 melayu faham... tapi mak bapak yang kerja bukan dalam pendidikan 2 x 5 sama ngan anak mereka... tak faham buat la gaya org tak faham.. ini tidak mengutuk mengata mengumpat memfitnah cikgu2 cikgi2 macam mereka faham betul dengan kerja seorang cikgu ... apa nak jadi la orang melayu ari ni... sokong 100% ajar matematik dan sains dalam BI... duit rakyat dah banyak abih dilaburkan... tugas cikgu laksanakan amanah tu... betul tak pakman... kalau cikgu asyik nak persoalkan itu ini bila masa mereka nak mula mengajar dengan baik dalam BI... aku sedang ke arah itu... baiki kemahiran berkomunikasi dalam BI... penting tu untuk semua cikgu2 cikgi2... nanti biar org kampung melopong sebab semua cikgu cikgi cakap omputeh kat sekolah kat kedai kat pasaraya..kat mana2 ajelah... hahaha...

manlaksam said...

Cikgu Ayie,
Semangat berkobar-kobar...bagus tu.
Jangan lupa sedekahkan Alfatihah kepada arwah Datuk Razali Ismail, Tim. Menteri Pelajaran kita yang kembali ke rahmatullah petang semalam.

Alfatihah..

Cikgu SIC said...

Pak Man..terima kasih daun keladi..esok saya tumpang lagi ya..

Pak Man nak tau tak..kat negeri asal saya,Perak,"anu" ni d guna dlm perbualan harian utk ganti nama org yg kita x tau nama sebenar..mcm si "polan"..so Pak Man..no hal lah eh..

Pak MAn,Mr Ayie tu cikgu jugak eh?..bagus la..saya suka sgt kalau kwn2 yg ngajar subjek Sc n Maths ni nak improve their English..kat skolah pun bila ada yg perlukan pertolongan dlm English..kecik tapak tangan..nyiru saya tadahkan..(setakat yg mampu la kan)

manlaksam said...

Cikgu,
Boleh...apa salah nya.
A'ah, Ayie tu cikgu math.

rizza said...

Salam Pak Man

biase la salah faham bagi org yg kurang faham istilah2 ni..jadik lain la kan.

kalau belajar maths (edisi BM) akan faham ala apa istilah "Anu"..
teruskan menulis "istilah" yg berharga (BM)..memperkasa kan Bahasa Melayu....

p/s: saya dapat link pak man dari blog Fid..