Saturday, January 31, 2009

Alhamdulillah!

Urusan Pak Man semasa cuti CNY baru ni di bandar di atas selesai. Dah lama tertangguh. Pagi Rabu bila pejabat dibuka, Pak Man dah tercegat di sana. Sehari suntuk Pak Man tunggu, tak selesai....
Pagi Khamis, bila pejabat dibuka, Pak Man dah tercegat di sana. Pak Man tunggu sehingga urusan selesai. Puas hati!.
Bila urusan dah selesai baru lah boleh gi ke tempat ni.........

Tempat ni pun kena gi juga.......


Thursday, January 29, 2009

Kain Pelikat

Dalam setiap keluarga orang Melayu mesti ada sekurang-kurangnya beberapa helai kain pelikat.
Kain pelikat ada bermacam-macam warna dan corak.

Antara kegunaannya....hantaran.

Paling popular....pakai ke surau atau masjid.


Cara pakainya .......begini, boleh......senang saja.

Selesa....ada angin masuk dari bawah!

Macam ni boleh ke?

Pergi kenduri........

Lepas bersunat.......tenguk apa tu?

Buat bendera pun boleh.......

Macam ni pun boleh......


Buat langsir pun boleh!
.........diguna beraneka cara!

Monday, January 26, 2009

Perangainya macam Israel


Binatang ini lah yang selalu mengacau rumah Pak Man. Rumah tu Pak Man jenguk sekejap-sekejap saja kerana Pak Man tinggal dengan mak mertua.
Baru-baru ni beruk ni masuk ikut bumbung, habis pecah siling. Banyak jugalah habis duit Pak Man kena ganti siling baru.
Barang-barang dalam rumah habis 'kkuca lana'. Nnnatae beruk sungguh!

Thursday, January 22, 2009

Serban dan topi keledar

Dalam sehari dua ni ramai orang bercakap tentang isu serban dan topi keledar. Seorang pelajar sekolah pondok di Kelantan telah dihadapkan ke mahkamah kerana menunggang motosikal dengan memakai serban. Dia tidak mahu membayar denda, sebaliknya memilih untuk dipenjarakan. Ini Pak Man tak nak komen apa-apa........

Pak Man ada nostalgia yang tersendiri dalam kes naik motor pakai serban ni. Peristiwa ni berlaku kira-kira 19 tahun yang lalu.
Pak Man baru dapat kerja di KL, pergi KL tumpang van kawan yang buat bisnes jual pakaian dari Siam dan diedarkan kepada penjual pasar malam di sekitar KL.(jimat RM25).
Di KL tumpang(menyewa) rumah kawan yang kerja mahkamah jalan duta (Rosli). Oleh kerana rumah itu terletak di Selayang, maka ada masalah transport nak ke tempat kerja(bangunan Bank Rakyat HQ).

Rosli minta kawannya Hussin yang bekerja di mahkamah Jln.Raja tumpangkan Pak Man pergi dan balik kerja.
Maka masalah pun bermula..........topi keledar tak ada, duit tak berapa ada, kawan-kawan semua gaji kecil, maka Pak Man terfikir nak pakai serban naik motor pergi dan balik dari pejabat.

Hari pertama , Alhamdulillah, serban berjaya diikat dengan baik.......... sampai tepi Bank Negara Hussin turunkan Pak Man, jalan kaki(pakai serban).....masuk jalan bawah tanah......tanggal serban....naik semula sebelah sana terus ke Bank Rakyat, serban simpan dalam beg. Memang dah bawa beg untuk tujuan itu.

Lapor diri hari pertama.....kenal dengan semua rakan sepejabat. Semasa dalam tandas, Pak Man terdengar ada dua orang sedang bercakap, "Budak baru tu alim orangnya."
"Mana kau tahu?"
"Tadi aku nampak dalam beg plastiknya ada kain serban".
"Ya lah ....orang K******n tu....biasalah, pakai serban. Orang P** lah tu."

Bila balik kerja Pak Man akan lalu jalan bawah tanah tu sekali lagi.....semasa kat bawah tanah tu Pak Man pakai serban ......keluar sebelah sana(tepi Bank Negara) dah siap berserban.

Pak Man akan menunggu Hussin datang dengan keadaan berserban.
Kalaulah pada waktu itu Pak Man disaman kerana menunggang motosikal dengan memakai serban, mungkin Pak Man juga akan dipenjarakan kerana tak mampu nak bayar denda.

Saturday, January 17, 2009

Merentas Desa Semantan Ulu

Di sinilah tempat permulaan nya....terima kasih Tok Penghulu.
Cikgu Razman, Ustaz Hashim, dan Hj.Afandi mengawal lalulintas.

Kendurkan segala urat-urat.........panas kan badan.


Panas kan badan...lari-lari anak......

Memanaskan badan di bawah bimbingan Cikgu Rozana

Best nya berlari di atas jambatan baru. Tak perlu risau kaki terjerelus lagi.

"Adeehhh...penatnyaaaa", kata Nadirah (anak bongsu Cikgu Othman)


Cikgu, kami tak biasa berlari pakai kasut, kaki ayam lagi selesa.


Cikgu Nalina Malar, Cikgu Rozana(catz mafia), Hj.Afandi......tenaga muda yang aktif menggerak kan aktiviti ko-kurikulum di SKSU. Orang muda beres kan segala hal ehwal di luar bilik darjah, urusan dalam kelas tinggal kan kepada orang veteran....semoga matlamat kita akan tercapai.

Friday, January 16, 2009

Berita gembira bagi kami

Semalam kami dimaklumkan oleh Tuan GB bahawa sekolah kami telah dicalonkan untuk merebut anugerah "Sekolah Cemerlang" bagi tahun 2009 peringkat kebangsaan (kategori Sekolah Rendah luar bandar).
Ini adalah satu cabaran bagi kami semua untuk berjuang melawan sekolah-sekolah luar bandar yang lain di seluruh Malaysia.
Kalau berjaya, Alhamdulillah........kalau tak berjaya pun kami berpuas hati. Tersenarai untuk dicalonkan, sudah merupakan satu penghormatan bagi kami.
Kami akan bersedia untuk dipantau oleh jemaah nazir sekolah, JPN,dan KPM. InsyaAllah, persediaan serapi mungkin akan kami buat.
Kejayaan kami mencipta peningkatan 10% setahun selama 3 tahun berturut-turut dalam UPSR telah membawa kami kepada pencalonan tersebut.
Doa kan kejayaan untuk kami di pedalaman ini.......

Wednesday, January 14, 2009

Isi hati kanak-kanak






Ini adalah sebahagian dari luahan isi hati kanak-kanak Semantan Ulu . Pandangan mereka terhadap Israel.

Mereka semua berumur 9 tahun. Masih mentah, tapi mereka juga ada perasaan.

Tuesday, January 13, 2009

Sudah ditakdirkan begini.

Dua hari lepas Pak Man ada terima email dari kawan lama. Dah 20 tahun lebih tak jumpa. Email kawan lama tersebut membuat Pak Man terfikir tentang diri ini.

Kawan tu tanya Pak Man ,"Betul ke mu jadi cikgu?, macam mana boleh tersesat jadi cikgu?, tak ada dengar pula kawan-kawan kita yang lain jadi cikgu".

Kawan-kawan lain semua jadi jurutera....tiba-tiba ada seorang jadi cikgu. Pelik!

Kenapa tak itu dan kenapa tak ini. Banyak betul kenapa nya.

Bagus lah tu....ambil berat!

Dia cerita pasal kisah dia sekarang ni jadi jurutera perunding, .....

Pak Man tahu ramai kawan-kawan yang jadi jurutera. Boleh dikatakan 3/4 daripada kawan sekelas jadi jurutera. Bagus lah tu...Alhamdulillah.

Pak Man jawab email nya, "Aku dulu pernah terlibat dalam pembinaan Lapangan Terbang Changi , masa tunggu keputusan SPM....pergi S'pore jadi buruh binaan, buat longkang".

Sunday, January 11, 2009

Berbual dengan Pak Ngah Draman.

Pak Ngah Draman kata........kalau ada rezeki lebih tu, hulur-hulur lah sikit. Kalau banyak hulur cara banyak, kalau ada sikit hulur cara sikit. Jangan penting kan diri sendiri......kalau tak bersatu susah kita nak jadi kuat.
Tengok Yahudi, abang bantu adik.......dulu abang samseng, sekarang ni adik lagi samseng!. Abangnya bangga sebab adik berjaya jadi samseng, lebih samseng dari abangnya.

Pak Ngah Draman kata........
Orang kaya sungguh hebat
Rumah batu bertingkat-tingkat
Duit nya banyak berlipat-lipat
Kereta nya besar berkilat-kilat
Isteri nya cantik sungguh memikat
Harta nya kalau nak kira memang tak terlarat
Tapi sayang anak nya pakai seluar ketat
Baju nya pula singkat
Kadang-kadang nampak yang tersirat

Kalau minta derma kata nya NANTI SAT !!

Pak Man nak jawab sikit apa yang Pak Ngah cakap tu.......
Pak Ngah , tak semua orang kaya begitu, mungkin Pak Ngah belum bertemu dengan orang kaya yang budiman.
Pak Man nak kata macam ni, Pak Ngah dengar ya.......

Dengar sini Pak Ngah Deraman
Ini ambo punya pengalaman
Pernah kenal seorang hartawan
Kereta nya burok jenama 'WakSegan'
Rumah kayu dinding papan
Isteri nya sebelas tolak sembilan
Semua anak nya masuk pusat pengajian
Suka sangat belanja kawan-kawan
Kalau ke rumah nya mesti dipaksa makan
Kalau tidak , 'putus kawan'
Anak lelakinya semua berserban
Yang perempuan semuanya sopan-sopan
Sebut saja pasal derma, dia dulu ke depan.

Pak Man bukan nak bodek orang kaya, tapi ini pengalaman.

Thursday, January 8, 2009

NNATAE!!! (BINATANGGG!!!)

Nnatae mu Israel.........
Oghe kito bilo lagi........


Esok lepas solat Jumaat semua masjid di Malaysia akan mengadakan solat hajat.....jahanam Israel!!
Petang tadi seorang nenek tua (umur dah dekat 80 thn.) minta tolong Pak Man masuk kan duit nya ke dalam akaun Tabung Bantuan Palestin. InsyAllah esok akan Pak Man tunaikan hajat nenek tua itu.

Wednesday, January 7, 2009

Demam Chikungunya

Sekarang ni demam chikungunya(ejaan nya tak pasti) sedang merebak di Raub. Cikgu sekolah Pak Man pun dah ada seorang yang kena. Tapi sekarang dah baik. Alhamdulillah. Sekolah kami bersebelahan dengan kebun getah, jadi banyak lah nyamuk terutama pada waktu pagi.
Jadi sebelum mula kan kelas Pak Man akan pasang ubat nyamuk dan letak di penjuru kelas selama 10 minit. Lepas tu padam kan, kalau lama-lama sangat takut lemas pula budak-budak ni. Nanti jadi kes dera pula....nak halau nyamuk, tapi anak murid pula yang sesak nafas.

Sebenar nya ada orang kata ubat nyamuk ni tak baik untuk kesihatan. Tapi Pak Man hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada ubat nyamuk atau kelambu.
Kalau Pak Man guna kelambu takut pula akan gempar satu Malaysia. Akan keluar berita muka depan,"AJARAN SESAT MANLAKSAM - AJAR MATEMATIK DALAM KELAMBU".
Jadi buat sementara waktu ni biarlah Pak Man guna ubat nyamuk saja......

Monday, January 5, 2009

Akhir nya bertemu juga......

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2009. Pak Man mulakan hari ini dengan ceria dan bersemangat sekali. Tak sangka rupa-rupa nya ada orang jauh nak datang. Lebih kurang pukul 12.00 pm Pak Man dapat panggilan......."Assalamualaikum, ini Pok Mae ko?"
"Waalaikummussalam...ya ini Pok Mae".
"Pok Mae, ini Jebat , on the way to sekolah Pok Mae, 10 minit lagi sampai lah".

Ohhh....sungguh tak sangka Pak Man, akan berjumpa dengan kawan blogger dari Dubai.

Bila 'kereta besar' warna hitam tu masuk ke perkarangan sekolah semua cikgu-cikgu saspen. Pemantau dari JPN ke, atau dari kementerian?.....kalau tenguk pada kereta tu sekurang-kurang nya pengarah atau KSU. Tapi bila yang keluar dari kereta tu pakai t-shirt kolar bulat, semua lega......sah bukan dari JPN atau dari KPM.

Jebat dan Shiela bersama dengan dua anak mereka datang nak jumpa Pak Man.
Walaupun baru pertama kali bertemu, kami rasa macam dah kenal lama. Duduk di kantin bersembang sambil makan nasi lemak dan teh ais, satu jam rasa sekejap saja.
Lepas tu datang pula GB join sekali, guru-guru lain pun datang berkenalan dengan mereka berdua.
Pak Man terlupa nak ambil gambar banyak-banyak, hanya yang satu ni lah sempat di ambil. Itu pun minta tolong anak mak cik kantin. Shiela ambik gambar banyak kali....harap ada lah tu akan tersiar di blog nya nanti.
Pak Man tak sempat nak ajak mereka ke rumah, kerana mereka amat sibuk sekali. Tapi tak apa, lain kali harap dapat lah peluang menjemput mereka ke rumah.
Kepada semua kawan-kawan blogger tak kira di mana anda berada, Pak Man alu-alu kan ke rumah atau ke sekolah(kalau waktu pagi), sekira nya anda datang ke Raub.
Aghi ni ambo ghaso suko hati.

Sunday, January 4, 2009

Berkejar-kejaran dengan banjir

Pagi tadi Pak Man ke Kuantan menghantar anak Pak Man (Nurmunirah Azwa) balik ke asrama di MRSM Kuantan. Kuantan sedang dinaiki air. Beberapa buah kampung telah ditenggelami air. Pagi tadi panas terik, tapi bila lepas saja pukul 2 pm, hujan dah mulai turun.
Pak Man terpaksa berkejar balik ke Raub, takut nanti tersangkut kat mana-mana kawasan banjir, susah lah....tak sekolah lah esok.
Alhamdulillah, sampai juga di Raub walaupun terpaksa memandu dalam hujan selama 3 jam.

Dalam sehari dua lagi Pak Man dijangka akan menerima tetamu dari Dubai. Shiela (mother of two) dan suami nya Jebat berada di Raub kerana nenek Shiela sedang sakit. Hari ni Jebat balik Klate. Mungkin sehari dua lagi akan bersua muka lah kami. Ajaib.....sebelum ini bersembang di alam maya. Tak sangka akan bertemu di alam nyata. Harap ia nya akan menjadi kenyataan.

Friday, January 2, 2009

Kuih Akok (lagi berkedut lagi sedap rasa nya)

Kuih Akok memang kegemaran Pak Man, terutama dalam bulan puasa. Masa Pak Man sekolah rendah dulu, Mak Pak Man adalah seorang pembuat akok yang ada nombor juga dalam ranking pembuat akok di Bachok.(hehehe...puji mak sendiri...apa salah nya).
Pagi-pagi lagi mak dah siap kan alat-alat seperti, acuan, sabut serta bahan-bahan nya - daun pandan, nnise(gula melaka), santan dan sebagainya. Tempat membakar nya ialah di bawah pokok sentul (sekarang ni dah tak ada lagi, dah ditebang).

Sabut banyak terdapat di kampung Pak Man, boleh ambik dengan percuma. Bila nampak berasap bawah pokok sentul tu...sekejap lagi ramailah yang datang.


Gemulah Tok Mek adalah orang yang bertanggung jawab menjaja kuih akok ini keliling kampung. Mak bagi dia upah 20% dari hasil jualan. Sekarang ni Gemulah Tok Mek pun dah tak ada, Mak pun dah tak buat Akok lagi. Kalau nak makan kami terpaksa beli di kedai atau pasar malam.



Cara buatan akok sekarang ni guna acuan yang baru (inovasi baru), bakar guna api gas, dah tak ada asap, tapi rasa nya dah tak berapa umph....
Kedut nya pun dah tak ada.




Thursday, January 1, 2009

Cokelat dan Kacang Hazel di malam Tahun Baru

Siti dan Johari baru bertunang. Mereka bercadang nak menyambut tahun baru pada kali ini di rumah nenek Siti. Sesampai di sana , nenek tengah sembahyang. Siti terus ke dapur, "abang duduk lah dulu ya, Siti nak buat air. Buat lah macam rumah sendiri."
'Okey!", kata Johari,
Atas meja ada semangkuk kacang hazel,"ini kegemaran aku ni", kata Johari. Dia pun makan kacang tersebut sambil membaca majalah. Tanpa disedari habis kacang itu dimakan nya.
Kemudian nenek Siti keluar. "Assalamualaikum ,nek!", Johari bersalam dengan penuh sopan santun.
"Maaf lah nek, saya makan kacang nenek habis semangkuk", kata Johari.
"Oh...tak apa, sebenarnya Siti tu yang selalu sangat bawakan cokelat yang ada kacang hazel di dalam nya untuk nenek".
"Nenek ni tak ada gigi, jadi nenek hisap saja cokelat nya dan kacang nya nenek keluarkan balik dan letak dalam mangkuk tu".
Johari terkejut,"APA?"...............(kwang...kwang.....kwang!)


Sealamat Tahun Baru 2009. (Dipetik dari Sinar Harian dan diubah suai oleh Pak Man)