Monday, November 24, 2008

6 tahun dalam penjara...kisah benar.

Assalamualaikum semua,

Pagi ni Pak Man nak cerita lah sikit kisah masa Pak Man muda-muda dulu.
Bermula tahun 1990 Pak Man dah mula keluar masuk penjara. Mula-mula Penjara Kajang, lepas tu Penjara Pudu. Dalam kedua-dua penjara tersebut Pak Man jumpa macam-macam jenis manusia. Pada masa tu di Penjara Kajang saja ada lebih kurang 40 lawyer (ramai tu...boleh buat 'BAR Council'(ejaannya tak pasti), doktor ada 4 ke 5 orang. Pegawai bank 10 orang lebih.). Ada yang betul-betul lawyer, ada yang ditahan kerana menyamar jadi lawyer.

Salah seorang daripadanya ialah A*** S*** pegawai bank yang menggelapkan wang bank tempat dia bekerja, berjuta-juta RM. Beli kereta mewah berpuluh-puluh buah. Buat pameran di BB Plaza. Sebut saja kereta apa, semua ada. Berita ni heboh satu Malaya. Anak-anak mungkin kecik lagi masa tu. Akhir 80 an dan awal 90 an. Dalam penjara dapat pula kerja opis. Orang lain kerja bengkel kasut, bengkel jahit, bengkel dobi dan sebagainya.

Pak Man juga pernah masuk Penjara Taiping, Pusat Tahanan ISA Kamunting, Penjara Marang, Penjara Kuantan, dan akhir sekali Penjara Penor.

Semua tu sebagai pegawai penjara....bukan sebagai banduan!.

15 comments:

HABIHA69 said...

wah banyaknya pengalaman pak Man...lama tu kat penjara...kenapa yang duduk ramai-ramai dalam tu tak insaf-insaf yea..ada sekali saya ngajar kat penjara Sg. Buloh 1/2 jam saya ngaja pas tu saya tanya die orang faham tak? dia orang jengilkan mata kat saya...peh takuuuut saya pak man..nasib baik warden R****H***N ada....slow-slow saya pegang betis warden tu...saya bisik Can i Go Out Sir...pengalaman kecil saya jer Pak Man...Tpi ingat smpai matiii...

FaRuHa said...

Assalamualaikum Pak Man,

Seumur hidup saya tak pernak jijak kaki ke penjara lagi.
Salam ziarah dan kenal dari saya. Terimakasih kerana sudi berkunjung ke Omoi-de.

Teachersally said...

Pak Man kerja d jail sblm jd cikgu ya?..Ckp pasal jail ni..hish..ngeri lah! Pernah saya masuk jail kat PC d KB ni..ikut suami (dia ada bisnez meeting dgn peg.perubatan jail tu..)dr gate depan nak sampai ke tempat meeting tu..mak aih..berapa lapis pagar nak kena lalu..suasana dlm tu mmg menakutkan walaupun tau yg kita ni x de buat salah ape2 pun ..tp..ia cukup menyedarkan sy bhw nikmatnya kehidupan yg bebas di luar ni..mintak jauh la anak cucu keturunan semua dr menjadi penghuni jail...

manlaksam said...

Ustaz,
Pak Man rasa dalam 1000 tu adalah seorang dua yang insaf. Yang lain tu, tak berbekas pun...

Faruha,
Terima kasih kerana sudi ziarah.
Kalau boleh mintak jauh laa....

Teacher,
Bersyukur sangatlah dengan kehidupan kita sekarang ni. Mintak jauh laa....

Neeza Shahril said...

kahkahkah!!! baru nak tanya.. kenapa Pak Man masuk penjara.. jadi pegawai rupanya.. adik neeza dapat offer hari tu sebagai Pegawai Penjara.. tapi dia tolak. Dia ambik Insp. polis.. dia kata lebih mencabar.. dan boleh jenjalan... hehee..

sungai dong said...

salam,
penjara raub penjara baru..pakman dah pegi melawat tak heheheh baru jer balik raub raya tu hari..tapi dah rindu ngan bandar koboi tu...
anyway..banyak dah upgrade!!

ummu asiah said...

pak man..

salam ziarah..

tengok tajuk ingatkan macam kesah Syed Hussin Ali yg kena penjara Kamunting ISA...dua wajah..

dan juga ingatkan Pak Man pernah kena ISA...

tentu bnyk kesah di sebalik tembok batu dan besi KEMTA dan penjara lain..saya pernah menghuni penjara PUDU selama 3 hari 2 malam..seram ada kesah cell yang berhantu..

manlaksam said...

Neeza,
Kerja apa-apa pun ok, janji halal.

Sungaidong,
Penjara baru yang dekat Mempaga tu ke?

Ummu Asiah,
Maaf kalau tajuk tu mengelirukan.Di Penjara Pudu? Bila tu?

lina said...

Pak Man,
ralik sungguh saya baca blog Pak Man - gigih dari awal sampai habis.

Penjara Raub saya tak tau, tapi pusat Serenti Raub saya tahu sebab setiap kali nak melawat Arwah Wan saya di Kampung Ria, mesti nampak signboard Pusat Serenti. Hehehe

Terima Kasih sebab singgah blog saya. Jemputlah datang selalu!

IBU said...

hehehe.... Pak Man, very the kelakar!!

Betul ke Pak Man ada jumpa si A*** Sh** tu? Masih dalam penjara ke dia?

manlaksam said...

Lina,
Wan tu masih ada lagi ke?
Kg.Ria tu tengah jalan ke semantan ulu. Pak Man tiap-tiap hari lalu situ.
Terima kasih kerana ziarah blog Pak Man.


IBU,
Ya Pak Man jumpa dia ....betul-betul bukan cobaan....masa tu dia kawan dengan Ismail kerbau.Sekarang ni Pak Man tak tahu lah dia di mana.
Tak boleh tulis lebih-lebih takut nanti dia baca, disamannya Pak Man. Pak Man tak da duit nak bayar.

El said...

Rasanya saya tahu sapa dia pegawai bank tu...Aman Shah (bukan penyanyi). Rasanya bank nama macam cina sikit dia songlap duit tu.

Kisah dia tersiar dalam TV3 (Majalah 3) so bank manager dia syak la. Takkan mamat ni kerja bank kemudian bukak syarikat pengiklanan boleh pakai kereta macam macam duduk pulak kat Bangsar (girlfriend dia anak YB *ap**).

So Pak Man mungkin juga dah jumpa Mona Fandey kot dulu. Ada cerita tak?.

Berkenaan anak warden penjara ni yg saya tengok mana yg baik ok mana yg tak baik pun ada...biasa la.

Dulu kat Penjara Kajang anak warden penjara curi kereta Boss penjara...sedau sedau dah kat highway polis kejau sebab kereta tu ada GPRS.

Adios

El

Anonymous said...

What's up to every one, it's in fact a fastidious for me to pay a quick visit this web page, it contains important Information.


Also visit my homepage: double bathroom vanities

Anonymous said...

Hеy there, You've done a fantastic job. I will definitely digg it and personally suggest to my friends. I'm ѕurе
they'll be benefited from this web site.

Also visit my website - augen lasern berlin ringcenter

Anonymous said...

Kalau betol la Pak Man berpengalaman di penjara, apa istilah tembakau, surat khabar dan lighter? apa itu tayam? apa itu air? apa itu oppai?