Thursday, November 27, 2008

Bukan 'anu' yang itu !

Sekarang ni musim hujan. Hari-hari hujan. Kalau tidak pagi, petang. Kalau tidak petang, malam. Semalam dah ada yang kena pindah di Kuala Lipis.
Seorang penunggang motorsikal berhenti berteduh dari hujan di tepi cucur atap sebuah rumah kampung. Waktu itu dia terdengar seorang ayah sedang mengajar anaknya matematik. Ayahnya mungkin seorang guru.

"Ayah, macam mana nak selesaikan soalan 2y + 3 = 11 , apa yang soalan ini nak sebenarnya?"

"Mula-mula kita mesti tahu yang mana satu 'anu', lepas tu barulah kita selesaikan masalah tersebut. kita kena cari berapa nilai 'anu' tersebut."

"Apa pula ayah ni...melalut sampai ke 'anu' pula.....ini matematik lah ayah.....macam tok mudim pulak nak kena tenguk 'anu'."

" Bukan 'anu' yang dalam seluar kamu tuh !, 'anu' ni dalam Bahasa Melayu, kalau istilah orang putihnya 'unknown'....ni lah kalau terlalu lebih sangat belajar istilah orang putih, istilah bahasa sendiri tak tahu."

"Cikgu di sekolah tak ajar dalam Bahasa Melayu , ayah. Cikgu cakap orang putih. Kalau cakap Melayu kira satu kesalahan."

"Dalam soalan ini, anu nya ialah y...jadi carilah nilai y."

"Baru lah saya faham."

Penunggang motor itu rasa nak ken.....(telah dipadamkan setelah ditegur oleh guru pendidikan moral sebentar tadi....3:00 pm 28/11/08)

22 comments:

Kak Elle said...

salam pakman nak gelak saya bila baca 'anu'...ye lah salah c/o mmg ingat lain aje kan?

manlaksam said...

Kak Elle,
Begitu lah ceritanya.....

PINATBATE said...

hehehehehehe..

ayieDklau said...

si anu bin si polan... hahahaha

Pp said...

hehehehe pakman...selamba jer bercerita pasal 'anu' hehehe

saya suka selesaikan masaalah 'anu!' hehehehe
ada yg perlukan pertolongan?

Anu itu apa pakman...?? Y kan. hehehe

Pp

HABIHA69 said...

kah..kah..kah..merah mata saye tergelak Pak bila baca En3 "anu" Pak tu..Nnti Solat Jumaat masa takbir takut teringat-ingat je "anu" Pak tu..hik..hik..hik..TQ pak En3 "Anu" sungguh mencuit hati dan menjentik perasan nihh..

pB said...

sapo lar agok agoknyor penunggae moto tu ???

musykil musykil



rayo aji mano Pok Mae ?

Insyaallah , pB kelik rayo Koto Bharu

Anonymous said...

Pak Man...

Salam....

He..hee ramai pulak yang teringat "anu" pasal entri ini!

Macammana pulak hal Terengg"anu"
Padan pun orang Terengganu hebat2.

A hj

Akmal said...

Pakman, teringat pulak masa ambik addmath hari tu. Lagi banyak anunya :P
Saya memang suka kira-kira nih.

Fid said...

pak man
anu tu unknown ya?Baru saya tahu hahaha

Neeza Shahril said...

hehee.. bijak sungguh pak man buat lawak di pagi hari di saudi ni hehee..

manlaksam said...

Pinatbate,
hahahahahaha....

Ayie,
hehehehehehehe.....

Pp,
hehehehehe....ya anunya 'y'. Eeeh,,buat-buat tak tahu pula, digri in enjiniaring tuh!

manlaksam said...

Ustaz,
Angkat takbirrrrr,fokus! fokus! jangan ingat lain.


pB,
Penunggae moto tu adalah 'unknown'.
Rayo Aji ni Pok Mae tak balik. Kena bertugas di Raub. Tukang asah pisau.


A hj,
Terima kasih...

manlaksam said...

Akmal.
Bagus, matematik ni seronok sebenarnya.


Fid,
Yes, dets raik!


Neeza,
Saja bergurau dengan anak-cucu.

demolonitoksupomulo said...

penunggang motosikal nak ken...


Nak Kentut ke?

manlaksam said...

Demoloni....,
Sambungan tu kena tanya Akmal, dia sempat baca pagi tadi......
Terima kasih kerana sudi jenguk lori Pok Mae.

lina said...

ingatkan anu apa! hehehe

manlaksam said...

Lina,
Tenkiu kerana sudi baca.

LotsOfLove said...

hahahahaaaa.. Pak Man..
oit.. Salam Pak Man..
First time singgah. hehe..
Anu? hahaaa.. kalau Pak Man mai Sabah, perkataan ANU berterabur sana sini tapi biasa jer..
tapi bila pegi semenanjung ni, perkataan Anu sensitive skit..
dah lama xsebut perkataan ANU kat KL nie. Heheee..

manlaksam said...

Lotsoflove,
Tenkiu kerana sudi singgah.
Oooo, macam tu ya, Pak Man belum pernah pergi Sabah.Terima kasih baahh.

MamaNabilahs said...

Pakman,

teringat masa blajar dulu..bila cikgu sebut 'anu'..kitorang dah gelak2kat blakang.

Anonymous said...

manlaksam.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading manlaksam.blogspot.com every day.
payday loans vancouver
payday loan