Wednesday, November 26, 2008

Dua hari ke hulu dan ke hilir.

Minta maaf semua, dua hari kebelakangan ini, Pak Man sibuk sikit. Semalam Pak Man ke Muadzam Shah(bagi yang tak tahu, Muadzam ni terletak dalam negeri Pahang. Lebih kurang 350 km dari rumah Pak Man.) tujuan ke sana ialah untuk mengambil anak Pak Man yang baru tamat periksa SPM. Barang-barangnya punya lah banyak!

Balik dari sana dah malam. Pagi tadi lepas sarapan, kami sekeluarga terus ke KL. Menziarah adik ipar Pak Man yang akan berangkat ke Tanah Suci. Sehari suntuk di sana. Mereka bertolak ke Kompleks Haji Kelana Jaya pukul 6:00 pm. Pukul 6:30 pm kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan hujan lebat. (Pak Man muat 11 orang dalam kereta, anak Pak Man 4, mak mertua 1, isteri 1, Mak Usu dan anak-anak 4. Pak Man tak berani nak tulis di luar kurungan takut orang JPJ baca.) Terima kasih kepada Mr.Toyoda kerana mencipta kereta ini. Untung sungguh!, beli satu kereta tapi muatan nya menyamai 2 buah kereta.

Domo Arigato Mr.Toyoda.

14 comments:

fudzail said...

Muadzam tu dalam daerah Rompin, Rompin tu kampung aku...rumah aku kat SS7 kelana jaya dekat padang PKNS tepi LDP...selalu jalan kaki sahaja ke tabung haji (sebab tiada kereta....)

Duit sedekah kat anak2 yang dapat 5A sudah masuk akaun, harap anak-anak cemerlang itu gembira.

manlaksam said...

Fudzail,
Terima kasih banyak-banyak. Mesti budak dua orang tu gembira. Esok kawe akan gi antar pitih tu ke rumah mereka.
Semoga sewa rumah mu di sana tidak akan dinaik kan .

silversarina said...

Jauhnya anak Pak Man belajar, kalau sekolah di situ SPM mesti bagus , InsyaAllah.

JPJ tak kan tahan sebab kereta tu sure besar kalau tak takkan muat 11 orang :)

HABIHA69 said...

..jauhnya jarak tu yea Pak Man.. bersamaan saya gi kerja ulang alik (40 hari) jadi Pak Man ke beli motor baru untuk anak tuuu..kalau jadi mesti lah suka sangat dia..apa perancangan utk anak muda tu lepas SPM nih?

JahRera said...

salam kenal sdr manlaksam,

terima kasih sudi menjengah catatan saya yg tidak seberapa itu.
saya datang sini dan ketawa membaca profail sdr.
saya buat feed pada blog ini.
nampaknya sdr sungguh minat menulis.
saya suka baca catatan orang yang berpengalaman.

salam hormat,
jahrera
Okinawa, Japan.

Pp said...

!jap
pakman kenal fudzail ka?
bagaimana>?

kereta hebat saya tak heran, tapi kehebatan pakman memandu ke hulu ke hilir tu saya salute!!!

semoga sentiasa selamat....

pB said...

tok sakit blakae kor ??
jalae jauh lagu tu...
kelik hari pulok tu ....



kreto gapo tu ???

Neeza Shahril said...

anak Pak Man sekolah MRSM Muadzam atau sekolah Men Teknik? Neeza selalu ke sana dulu buat promosi kolej.. macam ceruk sikit kan Muadzam tu hehee..

manlaksam said...

Sarina,
Jauh tu boleh tahan lah juga, negeri Pahang ni kan luas....Jengka saja dah sama dengan keluasan Singapore. Sekolah mana-mana sama saja.


Ustaz,
Itu lah dia negeri Pahang!
Pak Man nak hantar dia belajar memandu. Lepas tu belum fikir lagi. Kalau nak belajar agama, Pak Man suruh dia balik Kelantan.


Jahrera,
Terima kasih.....kerana sudi mampir.

manlaksam said...

Pp,
Fudzail tu kawan sekelas Pak Man masa F4 & F5 dulu. Bintang dia terang.....bintang Pak Man gelap.
Terima kasih kerana doakan yang terbaik untuk Pak Man.


pB,
Pak Man dah biasa bawak lori. Kelantan ke Raub dua minggu sekali.
Unser second hand je!


Neeza,
Anak Pak Man MRSM. Jangan cakap 'ceruk' nanti marah Fudzail.

fudzail said...

Mana ada bintang terang bintang gelap...rezeki dari Allah.
Yang penting rezeki halal...terutama utk anak-anak.

Rompin memang ceruk...tetapi kampung tetap kampung walau tiada lagi rumah kami di situ, sudah kena runtuh sebab terlalu buruk...

manlaksam said...

Alhamdulillah, setakat hari ni rezeki anak-anak tak putus.
Remaja-remaja di Rompin ramai yang jadi juara angkat berat.

sungai dong said...

lama sudah tak ke muadzam..tempat menimba ilmu...suasana tenang aman dan damai...bila hari2 menghadap bukit ridan.

ADleez said...

slm pakman...
dl sy blajar di SMK teknik rompin... x ksh la ceruk @ tak... sbb sy pun org kampung... bl dok merantau ni br terpk betul la pepatah"hujan emas negeri org...hujan batu negeri sdr...baik lg negeri pahang...hheeh