Tuesday, November 18, 2008

Racun pun mahal

Dua hari lepas Pak Man ke kedai barang pertanian di Raub. Nak beli racun. Terkejut betul Pak Man tenguk harganya naik berlipat kali ganda. Kalau hasil pertanian harganya naik macam tu juga tak apalah. Tapi realiti nya harga getah jatuh berlipat-lipat. Harga kelapa sawit jatuh berdebuk-debuk.

Kos menguruskan ladang naik mencanak-canak, harga hasil pertanian jatuh merudum. Tekanan darah tinggi petani turut naik mencanak-canak.
Kesimpulannya, tekanan darah tinggi petani adalah berkadar songsang dengan harga hasil pertanian dan berkadar terus dengan harga racun rumpai.
Ini belum diajar lagi dalam mana-mana sekolah ekonomi. Ini penemuan baru oleh Pak Man.

Satu lagi yang Pak Man dapat kesan ialah penurunan kes bunuh diri dengan cara meminum racun rumpai. Agaknya orang dah tak mampu lagi nak bunuh diri dengan racun rumpai, kosnya dah meningkat. Kesimpulannya, kes bunuh diri dengan cara meminum racun rumpai adalah berkadar songsang dengan harga racun.

8 comments:

MNZaman said...

Saya bersetuju dengan Pak Man. Kalau berterusan macam tu, macam mana la petani2 kita nk maju. Teori Pak Man tu btul dan ade logiknya.

Dah lama saya baca blog Pak Man. Baru hari ni saya menulis sedikit comment. Terima kasih Pak Man. Blog Pak Man ni banyak beri pengajaran n manfaat kepada saya.

manlaksam said...

Zaman,
Terus membaca, Pak Man menulis hanya sekadar untuk menceritakan pengalaman. Mungkin orang di bandar tak alami ini semua. Jadi kalau nak tahu cerita orang kampung, baca lah di sini.

Teachersally said...

Sama dgn MNZaman..bila dah follow blog Pak Man ni..ada perkara yg dulu saya tak ambil kisah..skrg terfikir pulak logiknya..

Keep up your effort ya Pak Man..by the way saya sekarang ni dok menabur bakti d negeri Pak Man ni..

manlaksam said...

Teacher ngajar sekolah mana?

Teachersally said...

Ngajar di SIC Pak Man..

manlaksam said...

Teacher,
Bagus....bagus....teruskan khidmat murni itu. Jadi cikgu ni dapat upah di dunia dan di akhirat.
Pahalanya berpanjangan, selagi ilmu yang kita ajar itu digunakan oleh murid kita, selagi itulah pahala nya berterusan.
Semua bangun!
Thank you teacher!

Teachersally said...

hehe..klakar la Pak Man ni..now i am addicted to your blog dah. Utk pengetahuan Pak Man..jd teacher ni mmg cita2 sejak kecik lg..arwah ayah cikgu,kakak cikgu..majority pakcik n makcik cikgu cikgi belaka..its in our blood!!
InsyaAllah lah bab upah n pahala tu..semoga segala ilmu yg kita ajar tu nanti bisa d jadikan bekalan d akhirat..kita ni once a teacher always a teacher..hingga bila arwah dah pun di sebut "cikgu" jugak ..walau kadang2 kita d addresskan sbg "cikgu jah"..huhu

manlaksam said...

Teacher,
Teruskan usaha. Cikgu adalah pendakwah......kerja baik tu!