Showing posts with label Bachok. Show all posts
Showing posts with label Bachok. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Jangan lupa asal-usul kita.

“Kita berteduh di bawah bayang-bayang pokok, kerana ada orang sebelumnya yang tanam pokok itu.”


Wednesday, June 10, 2015

Jumpa pengikut blog manlaksam di KB Mall

Assalamualaikum.
Waalaikum mussalam.
(berjabat tangan)
Abe ni duduk di Pahang kan?
Ya, kenapa?
Abe ada blog kan?
Ya.(tersenyum).
Apa dah nama blog tu(berfikir)......man.....
manlaksam.
ya! manlaksam. Hahaha.....
Saya ikut blog abe. Tapi loni lamo doh tak update.
Heehee....saya sibuk sikit loni.
Saya mula baca blog abe sejak 2008 lagi. Mulai entri yang abe bawa lori dan rosak di Bukit 7.
Hahaha....lamo tuh. Adik ni nama apa?
Mie....atau pun nama samaran Abu Nuqman(orang nya berjanggut, pakai kopiah dan masih muda).
Oooo......loni duduk mano?
Perlis.
Ngajar ko?
Tidak. Kijo, Jurutera.
00000......
Saya juga jual kitab-kitab....part time.
Hari ni buka booth di KB Mall.
Oooo...bagus tuh.
Maaf lah abe, saya nok kena gerak dah ni, nok gi isi duit parking. Nanti kena saman pulop.
Ok. Jumpa lagi.
Berjabat tangan....
senyum....
Assalamualaikum.
Waalaikum mussalam.

Tuesday, June 9, 2015

Jumpa kawan lama.

Kawan zaman kanak-kanak lagi. Kawan baik dari darjah 1 hingga tingkatan 3.
Sejak umur 16 tahun berpisah.
Sekarang dia dah jadi profesor di UTM Skudai.
Bari balik dari London setelah berkhidmat di sana sebagai Pengarah Malaysia Education selama 4 tahun.
Dua hari lepas di WA Pak Man dan ajak keluar.
Kebetulan kami sama-sama balik kampung.
Dia datang ke rumah dan bawa Pak Man gi makan nasi berlauk.
Banyak cerita lama yang kami sembangkan. Tak sedar sampai pukul 9.00 pagi.
Terima kasih Dr. Anizu kerana masih ingat kawan lama.
Lupa nak bergambar...........
ini gambar-gambar Dr.Anizu yang Pak Man ambik dari FB beliau.








Balik kampung sekejap.

Walaupun sekejap banyak peristiwa menarik berlaku.
1. Jumpa kawan lama Prof. Dr. Hj Mohad Anizu (nanti ada posting yg akan menyusul).
2. Di sapa oleh pengikut blog Manlaksam di KB Mall (nanti akan ada posting tentang ini juga).
3. Membaja pokok kelapa matag dan menyiram nya selama 2 hari.

Esok ada kelas tambahan. Apa boleh buat.........

Friday, June 6, 2014

Friday, April 25, 2014

Sama-sama berasal dari Kg.Badak, Bachok.

 Dato Pa dan SAC Dato Dr. Abd. Rahman, Pengarah BAKA Bukit Aman. Rumah orang tua mereka berjiran di Kg. Badak, Bachok. Kampung Pak Man juga.

#gambar dari fb Dato' Pa.

Wednesday, November 27, 2013

Mandi air telaga - musim hujan - best!

Waktu hujan-hujan gini kalau mandi air telaga, best. Rasa suam-suam air nya.

Tuesday, November 26, 2013

Kerusi malas gemulah Chek

Gemulah Chek akan tidur di kerusi ini sementara menunggu masuk nya waktu asar.

Wednesday, November 20, 2013

Hujan dari pagi sampai petang - di Bachok

 Tak keluar rumah. Aktiviti dalaman sahaja.

 Duduk di tangga tengok orang lalu . Berehat........

Itik serati nak kena bagi makan juga. Harga dedak sudah naik. (kalau masak kerutuk sedap juga ni!).

Wednesday, November 13, 2013

Belalang Goreng.

Belalang beras goreng sedap
  • Belalang beras goreng sedap 
  •  Pak Do Kob menunjukkan belalang goreng yang sedia untuk dimakan.
3 / 3
SAWAH padi sememangnya menjana banyak sumber rezeki untuk penduduk kampung tidak kira dengan hasil padi secara langsung atau musim senggang yang mengundang pelbagai unggas dan haiwan yang boleh dijual.

Antaranya, sebelum musim membajak akan menjadi tumpuan siput sedut dan ikan darat. Manakala, ketika musim menuai pula unggas seperti belalang juga akan bertumpu di lokasi tertentu, termasuk di Kampung Serdang Tua, Pak Badol, Bachok.

Menurut kitab Al-Tib Al-Nabawwi (halaman 311), khasiat makan belalang amat baik bagi mengubati beberapa jenis penyakit.

Jika dimasak secara kukus, ia dikatakan dapat mengubati penyakit kencing tidak lawas dan penyakit buasir. Jika dimakan belalang yang belum bersayap dengan dibakar, ia dipercayai mampu menghilangkan bisa racun kala jengking dan bisa binatang lain.

Malah dikatakan, jika diamalkan memakan secara berterusan, serangga ini juga dapat menguruskan badan namun, belalang mudarat bagi mereka yang mengalami sakit kepala dan lumpuh.

Jana pendapatan lumayan

Bagi seorang warga emas, Ismail Mamat, 64, aktiviti mencari belalang yang bermula sebagai hobi ketika musim menuai kini menjadi rutin sejak lebih 30 tahun lalu.

Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Da Kob berkata, dia sendiri gemar memakan makanan eksotik itu yang enak dimakan bersama nasi seperti lauk lain.
“Belalang biasanya digoreng sebelum dimakan. Spesies yang biasanya ditangkap ialah belalang beras yang mendapat permintaan tinggi.

“Adakalanya, pakcik mampu mendapat hasil sehingga RM800 sebulan. Selain dijual kepada peraih, biasanya ada pelanggan tetap di sekitar kampung yang buat tempahan awal. Pakcik juga pernah jual hampir 15 kilogram belalang kepada seorang penggemar belalang,” katanya yang turut mempunyai pelanggan dari Pasir Puteh.

Cari belalang waktu malam

Pak Do Kob berkata, waktu sesuai menangkap belalang ialah sekitar jam 11 malam dan jika cuaca hujan, dia akan keluar lebih awal kerana lebih banyak belalang diperoleh.

Katanya, kaedah menangkap belalang ini menggunakan alat khas iaitu ‘sauk belalang’ yang dibuat daripada karung guni yang diikat bersama dua batang kayu.

“Harga belalang biasanya RM5 bagi secupak (900 gram). Boleh dikatakan setiap hari ia habis dijual dan pakcik perlu cari belalang hampir setiap malam,” katanya.

Pak Do Kob berkata, belalang yang ditangkap akan dibersihkan dua kali bagi mengelakkan pemakannya berasa gatal dan ia kemudian diperap bersama garam kunyit sebelum digoreng garing bagi membolehkannya tahan lebih lama.

Goreng bersama santan

Manakala, isteri Pak Da Kob, Zariah Yusof, 60, berkata, bagi menambah rasa lemak dan lazat pada belalang, dia menggunakan santan ketika menggoreng makanan eksotik itu.

“Ada juga penggemar belalang yang menggunakan serbuk dan daun kari bagi menambah rasa pedas dan mempelbagaikan kaedah masakan mengikut cita rasa masing-masing.

“Tetapi bagi penghidap resdung, makanan ini tidak sesuai kerana boleh menyebabkan alahan pada kulit,” katanya.

Wednesday, August 14, 2013

Majlis Raya Perantau Bachok@Pantai Irama.

 Semua gambar-gambar ini Pak Man ambil dari FB Beyie Hj Zain. Tq Beyie!












 Beyei Hj.Zain....kemah demo Boss. Demo tok kenal kawe.....


Monday, April 1, 2013

Bachok 2013.

.....simpan gambar ini utk tatapan anak-cucu .
#gambar dari FB Perantau Bachok.

Thursday, March 28, 2013

Kg.Padang Kerasak, Jln. Changgong, 16300 Bachok, Kelantan.

 Balik kampung 5 hari. Banyak urusan yang tak sempat dilakukan. Insya Allah akan dilakukan lain kali. Semoga panjang umur dan dapat balik lagi dan lagi dan lagi...........

 Rumah Mok Ambo, tempat ambo dibesarkan. Kalau tidur di sini 'jenero' molek. Lebih  daripada tidur di hotel 5 bintang. Angin Laut China Selatan bertiup sokmo, tak kira siang atau malam.

Pondok tempat 'arwah Chek' ambo selalu duduk melepak selepas sembahyang asar. Ambil angin petang sambil tengok orang lalu-lalang.

Friday, February 15, 2013

Ditembak beberapa das dan ditetak dengan pedang.

February 15, 2013 19:27 PM
Lelaki 50-an Mati Ditembak Ketika Bersarapan

BACHOK, 15 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 50-an mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin, di sini Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa maut setelah terkena beberapa das tembakan dan ditetak di badannya oleh dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Ab Rahim Che Ghani berkata siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak tujuh meter sebelum ditetak ketika cuba menyelamatkan diri.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan akibat tembakan dan tetakan itu," beliau memberitahu pemberita di tempat kejadian. Bagaimanapun polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.

"Kita percaya dendam adalah motif utama kejadian dan kami kini menjalankan 'Ops Tutup' bagi mengesan suspek," katanya sambil menambah kedua-duanya telah dikenal pasti, dan mereka disyaki terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah dan dadah di daerah ini.

Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata beliau dan suaminya kerap keluar untuk bersarapan pagi bersama.

"Kami keluar membeli nasi berlauk di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung seorang sepupu di sini.

"Ketika bersarapan, saya nampak suspek memberhentikan motosikal di depan warung dan melepaskan tembakan. Arwah kemudian melompat bersembunyi di bawah meja.

"Bagaimanapun, suspek masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak arwah dengan pedang," kata wanita itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



-- BERNAMA

Thursday, September 27, 2012

Acar pisang galo.

 
Acar pisang galo adalah termasuk dalam senarai makanan kegemaran Pak Man. Sekarang ni susah sikit nak dapat. Mungkin pokok pisang galo dah tak berapa banyak ditanam. Mungkin juga tak ramai orang yang meminati makanan ini. Bagi Pak Man acar pisang galo ni sangat sedap bila dimakan dengan nasi .
Gambar ni Pak Man ambil dari group fb Perantau Bachok. Kredit untuk tuan punya gambar.

Thursday, August 23, 2012

PKR mahu kerusi Bachok

PRU13: PKR mahu kerusi Bachok
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
23 Ogos 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
KOTA BHARU- PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon ‘harapan’ bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

“Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Memetik laporan sebuah blog bertajuk ‘Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok’ terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.

Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13.

Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.

Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.

“Biasalah kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan.

Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek.