Thursday, June 30, 2011

Al Fatihah........

Ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 27 Jun 2011, jam 1.30 pm.
Telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kg. Nipah, Bachok.
Kepada semua yang terlibat, semua yang menghubungi Pak Man , SMS, email dan sebagainya, Pak Man ucapkan jutaan terima kasih.

Semoga roh gemulah ayahanda dicucuri rahmat oleh Allah subha nahu wataala..........

Wednesday, June 22, 2011

Kambing Mok beranak lagi.

 Dalam tuannya sibuk berulang-alik ke HRPZ2, kambing di rumah beranak lagi. Rezeki...........

Ini lah mesin oksijen tu.......... jadi sekarang ni Chek dah balik rumah.....pakai mesin ini setiap hari.
Semoga cepat sembuh..........

Tuesday, June 21, 2011

Tangkap biar kemas , tepis biar lepas.

Penjaga gol terbaik di Malaysia setakat hari ini. Jangan biar tendangan orang Lubnan terlepas ke dalam gol kita.........
.
.
Semoga ayahanda saya semakin sihat.
Walaupun sekarang ni dah kena guna mesin oksijen, tapi Pak Man harap kesihatan nya semakin baik.
Semoga Allah makbulkan doa hamba ini.
Amin.........