Showing posts with label Saja-saja. Show all posts
Showing posts with label Saja-saja. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Hari ni nak gi Kuantan.

Jalan Raub-Lipis 1960

Nak ke Kuantan ambil budak KMPH balik cuti.
Esok nak gi UIA
anak no.2 Konvo.

Tuesday, September 29, 2015

Monday, September 28, 2015

Kecuaian manusia.

Concrete pipe crash causes pile-up

The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.
The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.

PETALING JAYA: A large concrete pipe caused a five-car pile up at Sungai Besi when it fell off the back of a lorry.
In the 6.45am incident Monday on the North-South Expressway, the pipe fell as the lorry was travelling under a flyover and crashed on to a car behind it.
Serdang OCPD Asst Comm Razimi Ahmad said four other cars were also involved in the pile up, as they were unable to stop in time.
"Fortunately, no one was hurt. We managed to keep the traffic flow smooth and cleared the debris quickly," he said.

thestaronline.

Monday, December 8, 2014

Sinar Harian - Pemuda 20 tahun antara peserta khatan.

  • Walaupun gementar dan segan Azuan tetap meneruskan niat untuk dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh lebih muda darinya.  
  • Walaupun gementar dan segan Azuan tetap meneruskan niat untuk dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh lebih muda darinya.
1 / 1
MARAN - Seorang pemuda Orang Asli berusia 20 tahun yang berhasrat menganut agama Islam pada hujung tahun ini antara 46 peserta program khatan perdana anjuran Parlimen Maran di Balai Raya Kampung Berkat, semalam.

Anak Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Temerloh, Azuan a/l Eh yang mendirikan rumah tangga dengan gadis seusia dari Kampung Orang Asli Batu 55 itu juga bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Azuan berkata, meskipun gementar dan segan dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh perbezaan umur namun perasaan itu tidak menjadi penghalang untuk dia berbuat demikian.

“Saya tinggal bersama ibu dan bapa mertua yang sudah beragama Islam maka sedikit sebanyak, ia menjadi dorongan kepada saya serta isteri untuk mengikut jejak langkah mereka.

“Kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Maran banyak membantu malah mereka yang menguruskan pendaftaran khatan ini dan turut menyediakan kemudahan kenderaan.

“Pada mulanya memang risau kerana saya berkhatan pada usia tua tetapi selepas semua selesai, saya rasa seperti orang baru dengan kehidupan lebih baik,” katanya.

Monday, May 26, 2014

Izuan Ibrahim jurulatih Momota Kento.

Percayakah anda Momota Kento player Jepun yang kalahkan Wei Feng semalam adalah anak didik jurulatih dari Malaysia?

Nama jurulatih tersebut ialah Izuan Ibrahim, takde siapa kenal, kecuali penggiat badminton di Kelantan dan kelab Nusa Mahsuri, seorang cikgu, pergi ke Jepun setelah dapat tawaran melatih kelab di sana, seterusnya dapat tawaran latih skuad junior Jepun.
 
 
'Saya bukan pengkhianat negara'
  • Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun. Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun.
1 / 1
NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai. 

Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.

Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.

Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.

Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.

 Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.

Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.

Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.

Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan  menurunkan ilmu kepada anak didik.

Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?  

 Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.

Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.

Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).

Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?

 Izuan: Sebelum perlawanan akhir,  saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.

Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.

Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?

 Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.
Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.

Saturday, May 24, 2014

Ada Berani??? , tanya TSAM.

4 tahun dulu sebaik kami menang EXCO FAM kami bertemu di Hotel Hilton PJ..Kami bersemangat..Kami susun struktur kerja..kami set scope tugas antara Exco..BERKOBAR KOBAR...

Datang mrat Exco yg pertama SUSUNAN SEDIKIT PUN TAK PAKAI..TAK BINCANG..LIST DTG DAH SIAP..saya TIMBALAN PRESIDEN pengerusi JK BOLASEPAK WANITA...JK PENTING SPT JK KEWANGAN di anggotai orang luar..DI KHABARKAN MASA ITU AKAN ADA IDEA BARU yg akan di bentang Dll lagi..

namun selepas itu satu demi satu idea di tolak..YG PALING SAYA TERKENANG IALAH BAGAIMANA EXCO CADANG SUPAYA ADA SEDIKIT RUANG PEJABAT UTK EXCO DATANG KE WISMA FAM tapi ahkirnya SAYA SEBAGAI TIMBALAN sampai sudah kerusi dan meja pun tak ada..EXCO langsung sampai sekarang ke wisma FAM Mcm orang asing..MRAT JARANG JARANG DI BUAT..sesetengah Jk sampai setahun tak mrat..

MALAH PERNAH KONGRES TAHUNAN TAK DI BUAT DAN BAJET TAHUNAN YG MERUPAKAN BENDA WAJIB TAK DI BENTANG...

JK PASUKAN KEBANGSAAN TAK BERMESYUARAT(saya timbalannya)...malah pernah utk mengikuti Pasukan negara kami terpaksa tambang sendiri..WAKTU TU ADA EXCO MERUNGUT RUNGUT tp lama kelamaan semua diam..SAYA DI GANTUNG KERANA BERSUARA MENEGUR PASUKAN KEBANGSAAN.

MSL YG SAYA PIMPIN DAN MEMBAWA MASUK RM120j tajaan DI TUTUP DAN DI AMBIL ALIH OLEH FAM..bola terus merudum..pemimpin seorang demi seorang di gantung termasuk TMJ dan SHAHIDAN..tiga sasaran(SEA game/AFF/AFC)semua gagal..ranking terus jatuh..beberapa badan gabungan hampir bankrap..

FAN DAN ULTRAS MEMPROTES dll...kini semua cerita negative di "mute" dan Dlm "silent mode"..
Di dendangkan lagu "PENGELAMAN"dll yg tak kena mengena dgn bola.
Pencabar di label dgn segala yg negative..penyokong pencabar di cari failnya..menyemak hutang apa yg belum lunas bagi di bolehkan disqualification dan apa lagi..setiap 4 tahun begitulah ceritanya..

SEKURANG KURANG NYA KALI INI BUAT PERTAMA KALI SEJAK HAMPIR 30 tahun seorang PRESIDEN BADAN GABUNGAN TAMPIL MEMBERI PILIHAN KPD 39 perwakilan...

sudah pun ada tanda tanda "takut","segan","tak berani",jaga"itu",jaga"ini"...SAYA TAK FIKIR KITA RUGI APA APA JIKA PELUANG DI BERI PULA PADA SALAH SEORANG DARI PRESIDEN BADAN GABUNGAN SENDIRI MEMIMPIN FAM...kali ini PRESIDEN PBNJ tampil....ADA BERANI???..

Sunday, May 18, 2014

Kepimpinan Futuristik



ONLY THE FUTURE IS MANAGEABLE,
due to three inescapable reasons: 

  • You can’t manage the past. it’s over and done with. You can only change a prior decision by making a new decision sometime from now. 
  • You can’t manage the present. It is a mere nano­second of time as we constantly move from the past to the future.
  • You can only manage “what hasn’t happened yet” — the future. 

Leadership is about steering your organization into that ever-new future. Of course, otherwise-logical people protest that you logically can’t predict the future. They say the future can’t be known. That’s because the future defies purely logical thinking. Instead, it comes logically to the intuitive rather than the linear mind. You can “see” the future.


How Can You “See” the Future?

The “unknown” future can become “known” quite clearly by whole-brained futuristic leaders. They see its wholeness — the big picture — and how it fits together and how trends interact.

Futuristic leaders literally “see” the future and then “map” how to get there. They have a clear idea of what the future will be like. It’s not magic or crystal-ball gazing; they have a genuine feel for relevant trends and their outcome. True leaders are futurists.


Jigsaw Puzzle of the Future

Futurists constantly try to assemble a jigsaw puzzle of the future. You never have all the pieces, so the picture is never complete. In fact, each morning you’ll find some pieces (that you put in the jigsaw as recently as last night) are in the wrong place and you need to re-think things.

Futuristic leaders take minute-to-minute decisions based on that iterative jigsaw puzzle, which they keep at the forefront of their minds. Their never-completed jigsaw puzzle is a constantly changing focus board. No, that is not a contradiction. Christopher Columbus found the New World by using a very speculative map.

Their evolving jigsaw puzzle helps futuristic leaders navigate the uncharted territory of their organization’s future. Their jigsaw puzzle is their “map” to their “new world” — a future which they see most vividly, and which they set out to reach as expeditiously as possible.


Futuristic Leaders Stand in the Future

In the end, it’s not so much what will happen but what you do about it. As noted in an earlier post, futuristic leaders are doers; they achieve things. They are verbs.

Futuristic leaders don’t tip-toe into the future; they stride boldly forward, guided by trends. In fact, they always plant one foot in the future. They regularly stand in the future, take a good look around, scout the best options, and feel comfortable there. They virtually live there.


Futuristic Leaders Are Time Travelers

Futuristic leaders traverse a past-present-future time continuum, constantly shifting perspective along that continuum. They surf across the sweep of time, creating change and making strategic decisions about how best to navigate their organization’s optimal future.

So what’s going on in your organization’s future? 
  • Based on where you are now, what does your future look like?
  • What are you doing about it?
  • What will your organization do about it?
  • How would you like things to be different?
  • How can you make things different?
  • What is your “map” to your new world?

Tuesday, May 13, 2014

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714?cp

Wednesday, May 7, 2014

Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 11:12 AM
Abdul Razif disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Terengganu yang baharu.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Tuesday, May 6, 2014

TMJ sahkan pemain JDT dipecat kes curi wang.

TMJ sahkan pemain JDT dipecat kes curi wang
 
TUNKU Mahkota Johor hari ini mengesahkan seorang pemain Johor Darul Takzim (JDT) dipecat berikutan laporan polis berhubung kejadian kecurian wang milik seorang pemain pasukan itu semasa sesi latihan pasukan di padang Seri Gelam pada 1 Mei lepas.
  
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pemain terbabit mengaku mencuri wang daripada seorang lagi pemain JDT ketika sesi latihan pagi enam hari lepas.
  
"Kita telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau daripada pasukan hari ini dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," katanya kepada pemberita dan wakil-wakil kelab penyokong bola sepak Johor.
  
Menurutnya, walaupun PBNJ mengambil keputusan memecat pemain terbabit, tetapi pada masa yang sama menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.
  
Pemain pertahanan berusia 26 tahun yang mendakwa wangnya dicuri membuat laporan polis pada 1.37 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat pemain terbabit, beliau telah meletakkan begnya yang mengandungi RM500 di dalam beg persalinan dan mendapatinya hilang apabila selesai sesi latihan itu.
  
Beliau mengadu kepada penjaga pasukan dan mereka telah meneliti kandungan kamera litar tertutup dan mengenal pasti pemain yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit.
  
Berikutan rakaman kamera litar tertutup itu, penjaga pasukan JDT itu itu menemui pemain terbabit dan mengakui perbuatannya itu.
  
Laporan polis itu turut menyatakan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
  
Sementara itu, Tunku Ismail ditanya tentang perlawanan separuh akhir Piala FA di antara JDT dengan Pahang semalam, berkata, tahap pengadilan adalah yang terburuk pernah disaksikannya seumur hidup.

"Ia adalah yang terburuk disaksikan saya seumur hidup," katanya tentang mutu pengadilan perlawanan semalam yang berkesudahan seri 1-1.
  
Katanya, mutu pengadilan itu yang disifatkannya sebagai terburuk itu turut membuktikan kelemahan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kegagalan mereka meningkatkan tahap pengadilan bola sepak negara ini.
  
Beliau mengulangi kesediaannya mengeluarkan peruntukan kewangan daripada poketnya sendiri, jika diminta oleh FAM, untuk meningkatkan taraf dan kualiti pengadilan bola sepak di negara ini termasuk mendirikan akademi pengadil.
  
"Saya tidak kisah jika kalah atau seri tetapi ia mestilah adil, tetapi perlawanan semalam ia seperti saya telah dirompak," katanya.
  
JDT akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk separuh akhir kedua pada 30 Mei depan.  - Bernama

Wednesday, April 30, 2014

Esok Cuti


Nak duduk rumah.
Nak baca surat khabar.
Nak cuci kereta.
Nak makan.
nak tidur.
Selamat Hari Pekerja.

Monday, December 30, 2013

Berok naik motor

                                            Makan angin.


Monday, December 23, 2013

Rehat seminggu.Tsunami datang lagi?

Mohon berehat dari berblog selama seminggu.
Ada urusan yg nak kena selesaikan.
Minggu depan akan muncul lagi.
Insya Allah.

Saturday, December 14, 2013

Rekod Dunia - Hoki wanita, Malaysia tewaskan Kemboja, 36-0.

Sukan SEA: Hoki wanita tewaskan Kemboja, 36-0
  • Sukan SEA 2013 Sukan SEA 2013
REKOD dunia tercipta dalam sukan hoki hari ini apabila Malaysia pasukan wanita berjaya menumpaskan Kemboja, 36 – 0 dalam Sukan SEA ke-27 Myanmar, sebentar tadi.

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang Argentina apabila mengalahkan Peru, 26 – 0.