Tuesday, October 31, 2017

http://o-mulan.blogspot.my/ ( Banyak gambar-gambar menarik dalam blog ini.)

Pak Man suka buka blog ini......http://o-mulan.blogspot.my/
Terima kasih tuan blog.
Dia mampu pergi melancung seluruh dunia.
Kita tak mampu, jadi tengok gambar pun okay lah......
Sila klik di SINI

Monday, October 16, 2017

Saturday, October 14, 2017

Gesek Cap Lada


Kilang Mancis Cap Lada Di Kelantan Paling Tua Di Malaysia


Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai ‘gesek’ di Kelantan merupakan kilang mancis yang paling lama dan tertua di Malaysia. Kilang mancis ini telah dibuka sejak tahun 1933 yakni sebelum merdeka dan masih beroperasi sehingga kini (84 tahun).

Walaupun, kilang mancis ini mendapat saingan yang sengit berikutan timbulnya pemetik api moden, Mancis Cap Lada ini masih lagi mampu bertahan sehingga kini bahkan ianya tetap mendapat permintaan daripada pelanggan.
Kilang Mancis Cap Lada di Kelantan ini yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Meskipun, telah lama beroperasi, kilang ini mampu menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.
Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kilang mancis Cap Lada di Kelantan
kilang3
mancis.
kilang
mancis1
kilang5
Caplada
Cap2
mancis_b