Wednesday, April 7, 2010

Khasiat Pinang Muda

Minggu lepas Pak Man sempat berbual dengan seorang orang asli(OA) yang sedang menunggu motornya di'repair' oleh 'pomen'.
Diringkaskan cerita OA tersebut bercerita tentang khasiat pinang muda.
Antara khasiat nya ialah :
1. Biji pinang muda yang masih berlendir itu kalau di sapukan ke muka akan menjadikan muka kita licin . (dia kata biasa nya orang Melayu yang selalu buat ini, dan menjadi. Wanita OA buat juga tapi jarang yang menjadi).

.
2. Biji pinang muda kalau direbus dan minum air nya, akan boleh buat orang yang gemuk jadi kurus. (yang ini memang menjadi di kalangan OA. jarang ada OA yang gemuk).
.
3. Biji pinang muda di racik nipis-nipis, campur madu, campur kuning telor ayam kampung, dan digaulkan(blender), lepas tu minum. Baik untuk orang lelaki. (yang ini kena cuba sendiri, tapi kalau mabuk saya tak bertanggung jawab). Betul ke Mamat OA ni?. Dia cakap sambil ketawa dan tersengih. Pak Man kurang yakin. Tapi kalau anda nak cuba, tanggung lah sendiri. Kalau betul menjadi, anda yang dapat nikmatnya. Kalau tak menjadi anda juga lah yang menerima akibat nya. Pak Man tak pasti.....sekadar sebuah catatan dari perbualan dengan En.OA di Bandar Raub.

13 comments:

nj said...

Pak Man...
alahai...macam best je khasiat pinang muda tu...tapi tak confirm la pulak ye...kalau betul boleh cantik dan kurus makan biji pinang tu...kena cuba ni...

Zaki said...

Nak kena cuba hok no.3 tu, kalu jadi buleh wat secara komersial....bisness tu.

Pak Man laksam said...

nj,
Tu lah.....OA tu macam tak yakin saja ......mungkin stail mereka macam tu, malu-malu.

Pak Man laksam said...

Zaki,
Boleh cuba tu.......kalau berjaya jangan lupa ajak ambo join sekali bisnes demo tu.

endiem said...

banyak juga khasiatnya, tapi pokok pinang pun payah nak jumpa sekarang.

Pak Man laksam said...

endiem,
Betul tu.....tapi di kampung-kampung masih ada lagi.

M. Ibrahim said...

Pinang muda kena cari...

lina said...

habislah pokok pinang kena jarah lepas orang baca post Pak Man ni. Hihihi

Fid said...

pak man
yg jd kurus tu menarik tapi tak mampu rasanya nak telan air pinang

aha laaa buah pinang ada yang 'mabuk' pening dibuatnya kan

Anonymous said...

pahit kot rasenye..

Anonymous said...

Dulu pernah jumpa org jual ubat..nama ubat dy khasiat pinang muda utk pasangan suami isteri...tp sekarang ni x jumpa dah...

TimMie said...

kat mana nak beli pinang muda ni? kat area kl / selangor ada tak?

Anonymous said...

Saya berhenti merokok dngan bantuan kunyah pinang kering tanpa kapur dan sirih...di KL payah benar nak dpat buah pinang segar...satu kedai di Taman Mulia,Bandar Tun Razak Cheras ada jual pinang kering .