Sunday, April 18, 2010

Rumah opah di Batu Talam

Dua hari lepas Pak Man terima kiriman gambar ini daripada Saiful Azizi (bukan Saiful Bukhari). Pak man panggil dia Jiji. Jiji adalah cucu opah yang paling tua sekali. Pak man tak pasti bilakah gambar ini diambil oleh Jiji, walau bagai manapun terima kasih lah Jiji.
Walaupun rumah ini tidak secantik rumah Zaid Ibrahim atau pun rumah Kamalanathan, tetapi bila berada di sini Pak Man rasa tenang dan damai.
Di kirinya Sungai Batu, di depannya tali air JPS, di belakang nya hutan dan di kanan nya kebun getah. Jiran terdekat lebih kurang 500 meter.
Separuh daripada tanah nya dipagar untuk kawasan kambing meragut rumput.

8 comments:

Sally said...

Salam,
tgk gmbr pon dah tau...tenang dan damaiiii..

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Walaupun dah ber'usia' tapi sedap mata memandang.

Mintak izin Pak Man nak link ke blog saya. Mekasih

nj said...

Pak Man...
Opahnya ada lagi ke di situ? Seronok dapat duduk di kampung...damai...

temp. housewife said...

rumah lama lg seronok duduk tamboh2 rumah kayu mcm tu. napok molek lg.

Pak Man laksam said...

Sally,
Macam tu lah keadaan nya.

Pak Man laksam said...

Ibu,
Silakan.....terima kasih.

Pak Man laksam said...

nj,
Opahnya masih ada lagi.

Pak Man laksam said...

THW,
Boleh lah duduk..........tenkiu.