Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Tahniah Faiz Subri.



Daripada Aziman Rosdi di Zurich dan Switzerland
aziman@hmetro.com.my

"Alhamdulilah atas kemenangan yang cukup berprestij ini. Memang saya tak terfikir untuk sampai ke tahap ini bersama dengan bintang bola sepak terbaik dunia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Pulau Pinang, pemain, jurulatih, barisan kejurulatihan, keluarga, Norzawanis Hashim, Akif Fayyad, Aqil Zayyan dan ayah Subri Kader serta semua yang mengundi saya,"
Itu ucapan Mohd Faiz Subri yang kini namanya terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang itu berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland sebentar tadi.
Kejayaan pemain berusia 29 tahun itu menerusi undian peminat seakan sudah diduga berdasarkan reaksi peminat bola sepak seluruh dunia yang menganggap jaringan ajaibnya itu melanggar 'hukum fizik'.
Faiz yang tidak memakai baju Melayu sebaliknya hanya mengenakan sut menerima anugerah itu yang disampaikan oleh lagenda Brazil Ronaldo.
Dia yang sudah bersedia dengan ucapan dalam bahasa Inggeris mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kariernya dalam keadaan terharu.
Anugerah yang diraih pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu membolehkannya melakar sejarah pemain Asia pertama memenangi anugerah tertinggi jaringan tercantik sekali gus setanding dengan bintang seperti Cristiano Ronaldo, Neymar dan Zlatan Ibrahimovic yang memenanginya dalam edisi terdahulu sejak diperkenalkan pada 2009.
Semuanya bermula apabila jaringan Faiz ketika menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu menarik perhatian seluruh dunia sehingga berjaya menjadi finalis Anugerah Puskas Disember lalu.
Gol menakjubkan itu mencetuskan fenomena apabila menjadi viral apabila ramai peminat menganggap gol itu hampir menyamai gol lagenda Brazil Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada aksi persahabatan antarabangsa 1997.
Pada final undian, Faiz menewaskan Marlone pemain tengah Corintians dari Brazil yang menghasilkan jaringan ke atas Cobresal dalam aksi Copa Libertadores dengan melakukan satu ledakan akrobatik.
Seorang lagi finalis tunggal wanita, Daniuska yang mewakili skuad bawah 17 tahun Venezuela menggelecek dua pemain sebelum menjaringkan gol ke atas Paraguay.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 2:59 AM

Tuesday, September 10, 2013

Wednesday, June 26, 2013

ADUN Kuala Besut meninggal dunia.

Anis Nazri, 26 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).

Thursday, May 2, 2013

Petronas umum kejayaan penggerudian di medan minyak terbesar Malaysia.

Petronas umum kejayaan penggerudian di medan minyak terbesar Malaysia

2 Mei 2013
Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
 
KUALA LUMPUR - Syarikat minyak nasional, Petronas, hari ini mengumumkan kejayaan penggerudian telaga nilaian Cendor Graben-2 dalam Blok PM304, di luar pantai Semenanjung Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini, Petronas berkata telaga itu digerudi hingga kedalaman lebih 1,000 meter dan mengesahkan kewujudan reservoir yang mengeluarkan minyak  dan gas.

Penggerudian itu dilaksanakan oleh Petrofac (Malaysia PM304) Ltd, pengusaha Blok PM304, bersama dengan rakan kongsi usaha sama, Petronas Carigali Sdn Bhd, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company dan PetroVietnam Exploration Production Corporation Ltd.

Medan Cendor ditemui oleh Amerada Hess pada 2001.     Bagaimanapun, penemuan itu pada mulanya dianggap kecil dengan anggaran sumber yang boleh diperoleh sebanyak 12 juta tong (MMstb) minyak, dan dengan demikian dianggap terlalu berisiko dan tidak ekonomik bagi pembangunan, katanya.

Pada Mei 2004, Petrofac memberi kepentingan Amerada Hess dan mengambil alih hak pengendalian Blok PM304.

Berlandaskan strategi Petronas untuk meningkatkan sumber, pengeluaran dan nilai, satu penilaian agresif dan kempen pembangunan telah dilaksanakan, dan berikutan itu,  langkah-langkah untuk meraih hasil kewangan daripada medan yang dianggap kecil ini, diambil.

Petronas berkata usaha-usaha yang dijalankan telah berjaya mengubah Cendor daripada sebuah medan yang dianggap kecil kepada medan minyak terbesar di Malaysia.  

Cendor telah dibangunkan dengan menggunakan Unit Pengeluaran Operasi Mudah Alih (MOPU) yang disewa dan minyak pertama telah dihasilkan pada September 2006.

Ini juga merupakan penggunaan pertama MOPU di Malaysia dan dianggap penyelesaian pembangunan baharu ketika itu.

Sejak pengeluaran minyak pertama itu, medan Cendor mencapai prestasi melebihi jangkaan, dan ini telah mendorong kegiatan-kegiatan selanjutnya di medan itu dan di kawasan-kawasan sekitar Blok PM304.

Ini membawa kepada pembangunan Cendor Fasa 2 dan pembangunan-pembangunan baharu lain di PM304, yang meningkatkan anggaran sumber boleh diperoleh kepada lebih 200 MMstb, yang merupakan peningkatan lebih 16 kali daripada semasa ia mula-mula ditemui, kata Petronas.

Pembangunan-pembangunan lain di PM304, melalui usaha agresif dalam dua tahun kebelakangan ini, dijangka memulakan pengeluaran secara berperingkat di sepanjang  2013 yang akan memacu pengeluaran ke arah mencapai kira-kira 30,000 tong sehari menjelang akhir tahun.

Peningkatan sumber juga dijangkakan di medan-medan minyak dan gas lain di Malaysia, seperti Berantai RSC dan Balai RSC.

Medan Berantai yang memulakan pengeluaran pada 2012, mencapai peningkatan anggaran gas boleh diperoleh sebanyak 15 peratus berbanding 2011, hasil daripada usaha-usaha pembangunan.

Kerja-kerja pra-pembangunan di Kluster Balai juga menunjukkan tanda-tanda  awal tentang peningkatan anggaran sumber.

Sebagai pemilik projek, Petronas berkata ia akan menerima kelayakan 100 peratus bagi pengeluaran daripada Berantai dan Balai RSC.

Sebagai pemegang amanah sumber-sumber petroleum Malaysia, Petronas akan terus mengusahakan pertumbuhan sumber dan menambah nilai kepadanya.

Kejayaan Cendor, Berantai dan Kluster Balai, antara banyak yang lain, adalah hasil daripada usaha bersama, tegas Petronas. - Bernama

Wednesday, January 23, 2013

Kelantan temui minyak di daratan

Husam: Kelantan temui minyak di KB, akan usaha sendiri
SAPINAH AB GHANI
23 Januari 2013
Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa
Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa
 
KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.

Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.

“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.

“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media  selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.

“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.

Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.

“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.

Tuesday, March 27, 2012

Saham Bank Rakyat - dividen 20%.

Alhamdulillah...........
Dapatlah Pak Man beli t-shirt Pagoda yang baru.
Semoga Bank Rakyat akan terus untung dan untung selalu.

Tuesday, December 6, 2011

Al-Fatihah.....

 Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Salam takziah untuk Kharul Fahmi Che Mat sekeluarga. Semoga tabah menghadapinya........

Friday, November 18, 2011

Indonesia Bisa!........bisa apa?


Memang bisa........bisa kita tewaskan.
Malaysia Boleh!
Memang boleh........kita boleh menang.
1 - 0
Macam mana rasanya?
Best?
Nak lagi?
Tunggu kami di final.

Wednesday, October 5, 2011

The Red Warriors - ranking ke 7 di Asean.

Terkini.......... TRW berada di ranking ke 7 kelab-kelab bolasepak Asean.

 Dalam ranking kelab-kelab bola sepak dunia TRW berada di ranking ke 317.
Satu-satunya kelab bolasepak dari Malaysia yang berada dalam kelompok 400 kelab terbaik dunia.
Okey dah tu.

Tahun depan cuba perbaiki lagi agar dapat duduk dalam kelompok 300 terbaik dunia pula.
Koho-koho.............slow and steady.

Sunday, September 18, 2011

Sekarang ni musim hujan.........

TRW will play tonight against Sarawak. TRW hope to win in front of the fanatical faithful audience. Yesterday TSAM met all the players and officials, talking heart to heart.
Pak Man provide support from afar. TRW hopefully will win and collect three points.
Pak Man hope the players will work hard. Do not be complacent.
There is live broadcast on Astro Arena tonight.
Harap-harap cuaca baik. TRW tak berapa sesuai main dalam hujan.

Saturday, September 3, 2011

Pak Pin dapat menantu....tahniah!

Sahabat Pak Man , Pak Pin blogger dari Jeddah Arab Saudi, hari ini dapat menantu yang pertama.
Tahniah!.
Pak man rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput menyertai rombongan pengantin lelaki. Terima kasih banyak-banyak Pak Pin.
Anak Pak Pin kahwin dengan orang Raub.
Ramai kawan-kawan Pak Pin yang ikut sama dalam rombongan itu. Ma'Ju sekeluarga, Bro.KP(baru pertama kali bersua muka.Sebelum ini kami pernah berbalas email.).
Yang lain-lain tu Pak Man tak berapa ingat nama....maaflah. Tapi kalau jumpa sekali lagi Insya Allah boleh kenal.


         *Baru sekejap tadi (9:30 pm) Pak Man keluar minum dengan Ma'Ju sekeluarga. Orang balik dari Jeddah belanja. Terima kasih Ma'Ju dan Shiela.

Selamat Bermenantu kepada Pak Pin dan isteri.

Wednesday, July 27, 2011

Datuk K.Rajagobal nampak begitu yakin..........

Dalam TV sebentar tadi nampak beliau begitu yakin dan optimis sekali.
Pak Man rasa sedap sikit dalam hati.
Beliau kata dia ada ubatnya...........
Coach S'pore pulak nampak cakap besar.
Captain nya pun cakap besar juga..........
Sama-samalah kita doakan kejayaan untuk MALAYSIA.

Tuesday, July 26, 2011

Datuk K Rajagobal Tak Nak Dengar Cakap Orang......

Dia kata tak akan ubah pasukan Harimau Malaya. Tak akan ambil pemain pertahanan yang baru.
Degil sungguh dia ni!!!!!!
Bagi Pak Man , kita kena tenguk kepada prestasi pertahanan pasukan dalam Liga Super.
Tenguk pasukan mana yang paling sedikit melepaskan jaringan. Maka sudah tentulah pertahanan itu yang terbaik di Malaysia.
Mari kita lihat .............
Pasukan yang paling sedikit melepaskan jaringan ialah Kedah ......mereka kena 20 gol.
Yang kedua nya Kelantan....mereka bolos 21 gol.
Yang ke tiganya Perak dan Selangor.....bolos 24 gol.
Sepatutnya pertahanan dari keempat-empat pasukan ini harus diberi perhatian.
Bukannya pertahanan Harimau Muda yang telah bolos 28 gol dalam liga super.
Dalam pasukan sekarang.....
Pertahanan Kelantan ada seorang, Rizal Fahmi, tapi simpanan. Farisham direject oleh Datuk KR.
Pertahanan Kedah ada seorang, Azmi Muslim, tapi simpanan, Zamri Mat Abu kenapa tak ambil?. Dia ni lah yang bekerja keras pertahankan pintu gol Kedah . (ingat! paling kurang dibolosi).
Pertahanan Perak tak terpilih.
Pertahanan Selangor ada.........
Mungkin Datuk KR tenguk dari sudut lain. Tapi bagi Pak Man , kalau dah dalam liga super lagi asyik bolos...bolos...bolos. macam mana nak lawan orang luar.
.
Kesimpulan nya, pertahanan kita lemah kerana pilih pemain yang bukan terbaik di Malaysia.
Serangan bagussssss, kerana mereka adalah penyerang yang terbaik di Malaysia.
Pilihlah pemain ikut prestasi semasa. Jangan pilih ikut suka........
.
Walau apa pun.....Pak Man doakan perancangan Datuk KR akan menjadi.
GOMO MALAYSIA GOMO!

Sunday, July 24, 2011

Kerepek Warisan Bandar Baru Nilai.

Kalau ke Nilai, jangan lupa singgah di kedai ini. Ada macam-macam jenis kerepek dengan harga yang berpatutan.
Bantulah usahawan bumiputera.
Semoga perniagaan nya berkembang maju.
Insya Allah...........

Thursday, June 30, 2011

Al Fatihah........

Ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 27 Jun 2011, jam 1.30 pm.
Telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kg. Nipah, Bachok.
Kepada semua yang terlibat, semua yang menghubungi Pak Man , SMS, email dan sebagainya, Pak Man ucapkan jutaan terima kasih.

Semoga roh gemulah ayahanda dicucuri rahmat oleh Allah subha nahu wataala..........

Tuesday, June 21, 2011

Tangkap biar kemas , tepis biar lepas.

Penjaga gol terbaik di Malaysia setakat hari ini. Jangan biar tendangan orang Lubnan terlepas ke dalam gol kita.........
.
.
Semoga ayahanda saya semakin sihat.
Walaupun sekarang ni dah kena guna mesin oksijen, tapi Pak Man harap kesihatan nya semakin baik.
Semoga Allah makbulkan doa hamba ini.
Amin.........