Saturday, September 3, 2011

Pak Pin dapat menantu....tahniah!

Sahabat Pak Man , Pak Pin blogger dari Jeddah Arab Saudi, hari ini dapat menantu yang pertama.
Tahniah!.
Pak man rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput menyertai rombongan pengantin lelaki. Terima kasih banyak-banyak Pak Pin.
Anak Pak Pin kahwin dengan orang Raub.
Ramai kawan-kawan Pak Pin yang ikut sama dalam rombongan itu. Ma'Ju sekeluarga, Bro.KP(baru pertama kali bersua muka.Sebelum ini kami pernah berbalas email.).
Yang lain-lain tu Pak Man tak berapa ingat nama....maaflah. Tapi kalau jumpa sekali lagi Insya Allah boleh kenal.


         *Baru sekejap tadi (9:30 pm) Pak Man keluar minum dengan Ma'Ju sekeluarga. Orang balik dari Jeddah belanja. Terima kasih Ma'Ju dan Shiela.

Selamat Bermenantu kepada Pak Pin dan isteri.

2 comments:

Ariffin Mamat said...

Salam Pak Man yang saya hormati,

Kami baru tiba pulang ke Jeddah malam tadi. Baru berkesempatan menjenguk blog Pak Man. Saya mohon maaf waktu bertemu tidak dapat lama berbual dgn Pak Man...maklum lah waktu itu bakal pak mertua excited nak terima menantu!

Terima kasih dari saya mewakili keluarga kerana Pak Man sudi menyertai rombongan kami. :-)

Kehadiran Pak Man telah memeriahkan lagi majlis.

Salam hormat,
Pp

Pak Man laksam said...

PP,
Ambo lagi lah berbesar hati......
Terima kasih banyak-banyak.