Monday, December 24, 2012

Bandar Kuantan dilanda banjir.

Depan Megamall


                                                             Depan Terminal Makmur.....










Gambar-gambar dari FB myKuantan.....tq.

Thursday, December 20, 2012

Ada masalah kewangan rupa nya......patut laaa....

Dari fb Amierul Hisham (orang dalam TRW ):


Saya dengar khabar, striker baru pasukan tuuuutt..., dulu No.tuuuttt di Kelantan, belum lagi melunaskan "bahagian beliau" kepada "bekas majikan".

Saya bersimpati dengan masalah yg sedang pemain tersebut hadapi ; dikejar RHB, dicari syarikat kewangan, diserang ceti haram, tapi takkan majikan baru yg mewah harta tu tak dapat membantu?


Pinjaman peribadi membeli rumah dari bekas majikan dan nilai tebus kontrak kena bayar. Jangan sampai bila musim baru mula, nama anda tak boleh disenarai dalam pasukan.

...
JK Status FAM yg buat sesi pendengaran kes baru-baru ni, jika diteliti dari peaturan FAM sendiri, adalah sesi berkenaan tidak sah. Jika "urgency" dijadikan alasan untuk menhalalkannya dan memberi peluang pemain berkenaan didaftar dengan majikan baru, kenapa "urgency" tiada dalam kamus untuk kebajikan majikan lama?



Pelik saya fikirkan hal ni......



Friday, December 14, 2012

Perincian Persekolahan Mengikut Penggal 2013




Sumber : KPM

Ku Li saran bina lebuh raya antara Bentong dan KB

Ku Li saran bina lebuh raya hubung Bentong dan Kota Bahru




14 Disember 2012



Tengku Razaleigh Hamzah GUA MUSANG - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan kepada kerajaan agar membina lebuh raya yang menghubungkan Bentong, Pahang dengan Kota Baharu, Kelantan melalui Gua Musang.



Beliau berkata ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan utama itu yang sering berlaku pada setiap musim perayaan selain menghindari kemalangan maut.



"Saya percaya kerajaan dapat menimbangkan pembinaan lebuh raya dengan dua hingga empat lorong yang berharga lebih RM3 bilion.



Saya telah menyatakan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau melawat Gua Musang pertengahan tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis Program Sentuhan Rakyat di Balai Raya Kampung Baru Hulu di sini, hari ini.



Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata jalan utama sedia ada itu wajar dinaik taraf kepada lebuh raya kerana semakin ramai yang menggunakannya.



"Lebuh raya ini kelak akan memberi keselesaan kepada semua pengguna selain menjimatkan masa perjalanan sama ada dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu atau sebaliknya," katanya.



Tengku Razaleigh juga mencadangkan kepada kerajaan supaya menaik taraf Hospital Gua Musang dengan menempatkan doktor pakar bagi merawat pesakit kronik dari Hulu Kelantan.- Bernama

Tuesday, December 11, 2012

Pancaran laser, orang Thailand mengutuk Malaysia.

Yang buat pancaran tu nampaknya bukan budak-budak. Memalukan sungguh............
Apa tindakan FAM?.
Kalau ini berlaku di SSMIV, sudah tentu KAFA kena denda puluh-puluh ribu.
Mungkin kah AFF akan denda FAM?.

Saturday, December 8, 2012

Perlawanan persahabatan TRW lwn Perlis.

 Mendapat sambutan hangat penonton............tiket RM5.

 Stadium melimpah..........wow!

Peminat TRW semakin bertambah, walaupun Mat Yo tak ada.........Kelantan 5 - 0 Perlis.