Monday, February 28, 2011

Pokok salak belakang rumah sudah berbuah.

 Semalam juga Pak man  intai-intai perdu salak yang dah lama terbiar itu. Tak sangka rupa-rupanya ada buah. Ada lah dua tandan. Cukuplah untuk makan sendiri.

 Susah sekali nak ambil buahnya. Sekelilingnya dipenuhi duri. Terpaksa berhati-hati, takut nanti terkena durinya yang tajam.

Beginilah rupanya buah salak. Rasanya manis-masam-kelat. Boleh makan begitu saja atau pun boleh juga dibuat jus.

Sunday, February 27, 2011

Petai sudah berbunga.

Hari ini hari minggu, tak ada apa nak buat.......petang, ronda-ronda belakang rumah. Tengok pokok-pokok buah-buahan belakang rumah. Alhamdulillah!.....pokok petai dah keluar bunga.

 Begini lah rupanya bunga petai. Minggu depan keluarlah buah nya tu......................

 Yang ini pula bunga yang baru keluar buah. Bulan depan bolehlah kita makan petai.


Yang ini pula buah yang dah berumur seminggu lebih. Mula membesar dah berisi. Alhamdulillah.

Jom Revolusi !

Pagi tadi Pak Man baca cerpen ini di Berita Minggu.
Suka sangat.
Penulis kegemaran Pak Man.
Ceritanya ada kena-mengena dengan kebun getah, harga getah dan pekebun getah.
Berkait-kait pula dengan keadaan semasa di Libya.
Bacalah DI SINI......

Wednesday, February 23, 2011

FAMA - kenapa jadi macam ni?

Penanam sayur, pengusaha kolam ikan dan semua pekebun di kampung-kampung tak boleh nak berharap sangat dengan FAMA.
Tujuan asal FAMA ditubuhkan ialah untuk membantu orang kampung memasarkan hasil pertanian.
Nak mengelakkan daripada dimanipulasi oleh orang tengah.
Apa yang terjadi sekarang ini adalah sebaliknya.
Orang kampung terpaksa jual hasil pertanian kepada orang tengah ataupun menjual sendiri di pasar=pasar malam kerana FAMA nak beli hasil pertanian dengan harga yang lebih murah daripada harga orang tengah.
Apa sudah jadi?
FAMA pun nak berniaga juga ke?.
Bukan kah kakitangan FAMA sudah dibayar gaji oleh kerajaan?.

Sunday, February 20, 2011

Satu demi satu kampung Melayu hilang ditelan arus peredaran masa.

Hari ini Pak Man nak tulis buat kesekian kali nya kebimbangan hati ini tentang hak milik tanah orang Melayu terutamanya di Raub.
Satu demi satu tanah kepunyaan orang Melayu terlepas ke tangan bangsa lain. Jika tidak dilakukan sesuatu pasti suatu hari nanti kampung orang Melayu akan lenyap dari muka bumi Raub ini.
Mengikut cerita orang-orang tua, Pekan Cheroh dahulunya adalah merupakan perkampungan orang Melayu, tetapi sekarang ini (50 tahun sesudah merdeka) Cheroh menjadi sebuah pekan yang majoritinya didiami oleh orang cina.
Orang Melayu hanya tinggal beberapa keluarga sahaja. Nasib baik ada orang Indon. jadi,  nampak ramai lah juga muka-muka Melayu di situ.
Kerana wang ,orang kita jadi buta. Orang kita senang dibeli. Lemah seluruh anggota badan bila nampak wang yang banyak.
Yang jadi broker masuk ke kampung-kampung cari tanah , tawarkan harga yang tinggi. Ini adalah kerja orang kita. Kerana bayaran seribu atau dua ribu Ringgit, mereka sanggup jadi talibarut.
Kalau panjang umur sama-samalah kita tunggu, suatu hari nanti akan ada kampung orang Melayu yang akan jadi macam Cheroh.

Ambil lah iktibar daripada kisah bagaimana Kg.Abdullah Hukum bertukar jadi Mid Valley Megamall.

Saturday, February 19, 2011

Piala FA 2011.

Malam tadi menonton siaran langsung Piala FA antara Kelantan dengan T-Team.
Sungguh puas hati .
Kedua-dua pasukan sama kuat.
Akan tetapi , akhirnya Kelantan menang dengan penentuan penalti 6-5.

Ada orang kata, kalau kita bentuk pasukan dengan menggunakan 'barang curi' ianya tak akan kemana.........tak berkat.(mengikut perbincangan ahli mesyuarat tingkap di bawah pokok ara).

Pak Man tak nak komen apa-apa.

Monday, February 14, 2011

Gua Hira'

Nampak bukit di belakang sana?
Di bukit itulah terdapatnya Gua Hira' tempat Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu untuk kali pertama.
Pak Man ucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua.
Gambar di atas Pak Man ambil pada tahun lepas semasa berada di Mekah.

Gotong-royong bersih rumah dalam hutan.

Semalam, Ahad 13 Feb kami sekeluarga bergotong-royong membersih kawasan rumah yang telah lama terbiar.
Baiki pagar yang telah digunting oleh budak jahat yang masuk melawat kawasan rumah semasa Pak man berada di Mekah .
Untuk pengetahuan mereka semua, tak ada apa yang berharga dalam rumah ini. Tak payah lah nak cuba-cuba masuk. Buat penat je............

Sunday, February 13, 2011

Botol arak dalam kawasan masjid.

Malam tadi ada pesta sambutan Tahun Baru Cina di Padang sebelah masjid di bandar Raub.
Ada nyanyi-nyanyi , makan-makan free dan pertunjukan bunga api.
Mungkin pengunjumg pesta tersebut parking kereta dalam kawasan masjid.(pak Man tak pasti kerana Pak Man tak pergi).
Pagi tadi Pak Man pergi pasar minggu. Parking kereta dalam kawasan masjid.
Terkejut kerana Pak Man nampak ada botol arak yang ditinggalkan di situ.
Sungguh kurang ajar!.

Thursday, February 10, 2011

Sekarang ni PM tengah berkira-kira.........


Sekarang ni Pak Man tengah berkira-kira nak memulakan projek ayam kampung secara kecil-kecilan. Walaupun kecil-kecilan tapi kos nak memulakannya boleh tahan juga lah.
Harap-harap rancangan ini akan menjadi kenyataan.



 Kalau boleh, Pak Man nak buat reban macam ini. Ini baru angan-angan...........semoga jadi kenyataan.

Pagar pula mesti macam ini. Sebab rumah Pak Man ni banyak musuh..............binatang buas dan kadang-kadang ada juga manusia buas.

Tuesday, February 8, 2011

Mubarak......USD17bil.......

Huh....banyak tuuuuuu..........
Belum kira yang isteri dan anaknya lagi.
Itu lah pemimpin.
Semasa rakyat suka, kita tak kisah dan tak ambil tahu pasal hartanya.
Bila tak suka , baru nak dedahkan...........

Friday, February 4, 2011

Budak kampung sudah pandai minum arak.

Akibat daripada kenaikan harga getah. Wang sudah banyak dalam poket. Sudah tak tahu nak buat apa dah agaknya.
Mereka nampaknya ingin mencuba sesuatu yang baru.
Nak cuba rasa apa yang orang Cina dan India di Pekan Cheroh tu minum.
Mereka pun minum juga.
Minggu lepas Pak Man upah orang menebas di kebun tepi rumah.
Mereka beritahu Pak Man yang mereka jumpa banyak sangat botol arak dalam kebun.
Pak Man tengok, ada yang leper dan ada yang bulat. Ada yang panjang dan ada yang pendek.
Nampaknya mereka mencuba  berbagai jenis arak.
Sepeninggalan Pak Man ke Mekah selama sebulan setengah, rumah ini ditinggalkan kosong. Jadi mereka ambil kesempatan melepak tepi kebun sambil minum arak.
Aduhai bangsa ku...........apa sudah jadi?.
Baru dapat sedikit rezeki dah mula lupa daratan............

Wednesday, February 2, 2011

Balik kampung.

Dua hari lepas Pak Man balik kampung.
Hujan tak ada tapi angin sangat kuat. Maklumlah rumah dekat dengan pantai.
Kambing mak sudah jadi 5 ekor dah..........
Mak dan Chek sihat.
Alhamdulillah..........
Hari ini dah balik ke Raub.
Pagi tadi pergi bank. Bayar apa-apa yang patut.
Pergi Balai Polis, bayar saman.
Semoga kerajaan akan guna duit tu untuk pembangunan negara.