Friday, August 21, 2009

Musim buah perah tiba lagi

Mula-mula kena jemur dalam dua tiga hari.
Begini lah rupa nya buah perah.

Selepas dijemur, kulit nya dititik/pecahkan dan isinya dikeluarkan.

Ini lah rupanya isi buah perah, seakan-akan isi buah getah.

Selepas itu di jemur lagi, sebelum di tumbuk sehingga lumat. Maka jadilah perencah gulai asam rom/ asam rong/ asrong.



14 comments:

DrSam said...

Salam Pak man, kena pulok musim bulan puasa ni...memang pecoh selera.

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.

Zaitun said...

Salam Pak Man,
Dulu masa kecik2 selalu gi rumah tok saudara ada banyak buah ni tapi tak tahu dia buat apa.

silversarina said...

Kebetulan pagi tadi pergi pasar borong nampak buah tu dalam bakul, saya tanya makcik penjual dia kata buah perah, saya first time dengar namanya ...saya beli 2 ringgit dalam 18 biji yang dah siap direbus, baru makan sebiji tadi, ok jugak rasanya.


Selamat berpuasa !

endiem said...

salam..
untuk stok bulan puasa ke?

abu muaz said...

Allah pok man... pecah liur ambe.Buah ni meme ambo suko.
Salam Ramadhan buat keluarga.

manlaksam said...

DrSam,
Selamat berpuasa.

Zaitun,
Tq, Selamat berpuasa.

lina said...

Pak Man,
Selamat berpuasa!

mother of two said...

pakman,
simpan skit boleh:)~

manlaksam said...

Silversarina,
Selamat berpuasa.

Endiem,
Selamat berpuasa.

Abu Muaz,
Selamat berpuasa.

Lina,
Selamat berpuasa.

MOT,
Boleh......
Selamat berpuasa.

man said...

Minggu lepas ambe balik terengganu. jumpa buah perah di pasar malam wakaf dua bukit payong - hampir 40 tahun tak makan. betul ke penjual kata ia mabuk jika makan dengan jambu butir banyak?

AZANI said...

rezeki bulan ramadhan pak man...saya suka kena buah kabong campor sirap dan telur katak(apa ke nama dia?)

manlaksam said...

man,
Betul lah kot, Pak Man tak pernah dengar pulak sebelum ni.

AZANI,
Hahahahaha.... telur katak tu nama nya biji selaseh.

Anonymous said...

Salam pak man, sy teringin sangat nak makan buah perah.. tapi x tahu kat mana boleh dapat.. kalau ada jual la dekat saya, ni num saya 0142242090-mukram. tq pak man

Farhan said...

Salam Pak Man,
Saya Amin, pelajar, Pak Man proses sendiri ke buah perah nih? Boleh tak saya dapat kulit buah nya? Ada kajian yang perlu dibuat. Ini nombor saya. 0194528403.
Mesej atau misscall no ini. Nanti saya kontek Pak Man balik ya?
Harap sangat Pak Man dapat membantu sedikit sebanyak.
Jika tak dapat bagi buahnya, bagi contact orang lain pon syukur Alhamdulillah.
Sekian. Salam. =)