Thursday, August 6, 2009

6 Ogos 1992, 9:34 pm.

Pak Man nak ucapkan selamat hari lahir kepada anak Pak Man yang nombor dua, Nur Munirah Azwa yang kini sedang belajar di MRSM Kuantan.
Selamat Hari Lahir Akak !
Ayah doakan semoga Akak akan diberkati Allah dalam apa jua tindakan yang Akak buat.
Semoga Akak akan berjaya dalam SPM nanti.
Ingat cogan kata kita "Buat Sehabis Baik". Kita hanya mampu berusaha, hasilnya nanti Allah yang akan tentukan.
Saja ayah lewatkan sedikit ucapan ini, kerana Akak dilahirkan pada waktu malam.

14 comments:

~ Ibu ZAAZ ~ said...

bagusnya la ayah nan sorang ni. jarang betul seorang ayah ingat tarikh2 lahir anak2nya tau.

arwah ayah saya....datang sekolah nak ambek report kad saya, boleh pegi tanya orang saya kelas mana. mujur dia ingat nama saya. tu pun kadang2 boleh tetukar nama. maklum laa..anak pompuan dia ramai.

suami saya, tiap kali nak isi borang berkaitan anak2, musti nak tanya saya data2 tuh.

tapi saya paham...orang lelaki tak suka ingat benda remeh cenggitu. remeh ke?

manlaksam said...

Ibu ZAAZ,
Terima kasih kerana sudi singgah. Mungkin ayah dan suami anda banyak perkara lain yang mereka kena fikirkan. Pak Man ni tak banyak benda yang nak kena ingat, maklumlah orang kampung.

lina said...

Nur Munirah Azwa ni junior sayalah ni... junior saya 22 tahun hehehe...

Selamat Hari Jadi!

manlaksam said...

Lina,
Terima kasih. Lama tak dengar berita, sibuk ke?.

pB said...

Salam ....



Selamat Hari Jadi ....

manlaksam said...

pB,
Terima kasih....

Neeza Shahril said...

salute Pak Man..
neeza rasa seorang ibu je yang ingat time anak dia lahir..
kalau tanya kebanyakan bapa.. silap2 hari bulan tarikh dan tahun entah apa2 yang dia baginya..

Selamat ulangtahun untuk Akak..
semoga hidup diberkati Allah dan menjadi anak solehah.. Ameen...

manlaksam said...

Neeza,
Terima kasih, Pak Man tak ada banyak perkara yang nak kena ingat....
Kalau suruh Pak Man hafal sifir 8 belum tentu boleh lepas.

tchersally said...

Salam PM,


PM contoh ayah yang baik..terharu niii..

selamat hari lahir buat Puteri PM ya..

manlaksam said...

tchersally,
Terima kasih....alaa tak ada lah bagus sangat, macam biasa je.

lina said...

Pak Man,
Sibuk tu taklah sangat, sibuk melalut buat benda lain aje. :D

Mokcik said...

Salam, Nur Munirah Azwa...Mokcik ucap Selamat Hari Lahir.... Mokcik doakan panjang umur...dalam menikmati nikmat hidup ini...jangan lupa sentiasa doakan supaya Allah ampunkan ayah serta limpahkan ayah kebaikan dunia dan akhirat .....

manlaksam said...

Mokcik,
Tima kacih.....

PINATBATE said...

Selamat Hari lahir Akak...
mudah-mudahan sentiasa di dalam peliharaan dan rahmat Allah,berjaya mencapai segala cita-cita dan menjadi kebanggaan keluarga.