
Macam ni pun okay......
tak payah lauk mahal-mahal.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!

Hari Sabtu yang lalu Pak Man menghadiri satu kenduri 'masuk rumah baru' di Taman Shahbandar Raub. Rumah Cikgu Sapura, kawan isteri Pak Man. Pak Man tak nak cerita pasal rumah barunya, tapi nak cerita pasal makanan yang disediakan. Dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, hanya dua perkara sahaja yang begitu menarik hati Pak Man. Pertama nya Tepung Pelita. Sedap sungguh tepung pelita nya. Dah lama Pak Man tak rasa tepung pelita sesedap itu. Cikgu Sapura order kuih tersebut dari Cikgu Mat Takiyudin. Memang sedap!. Dulu Cikgu Mat ada jual kuih ni di Pasar minggu. Sekarang ni tidak lagi. Mungkin dia sibuk ataupun dah malas. Atau pun Cikgu Mat dah naik ........
Gulai kawah nya sungguh sedap. Dimasak oleh tukang masak yang di bawa khas dari Kelantan. Gulai kawah campur umbut kelapa. Daging pun di bawa khas oleh tukang masak tersebut. Hoooo....sedap.....dah lama tak makan gulai kawah yang betul-betul macam di masak semasa 'bekwah'....kenduri kahwin.
Bila balik kampung, macam ini lah gaya dan cara dia membawa diri. Kalau orang tak kenal, memang tak sangka beliau adalah seorang menteri.
Beleda kering atau agar-agar kering. Pak Man suka makan benda nih. Dulu-dulu, masa Hari Raya, kalau pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu , mesti dapat makan beleda kering.
Petang ni Pak Man rasa teringin sangat nak makan nasi dengan telor bungkus. Kuah nya tak kira lah, sama ada tom yam atau sup ekor.
Panggang-memanggang ni memang tugas Pak Man sejak dulu lagi.
Setiap pagi minggu Pak Man akan ke Pasar Minggu Raub. Antara makanan yang Pak Man selalu beli ialah tapai pulut. Ada beberapa cara tapai ini dibungkus. Ada yang menggunakan daun getah dan beberapa jenis daun lagi.
Kuih Akok memang kegemaran Pak Man, terutama dalam bulan puasa. Masa Pak Man sekolah rendah dulu, Mak Pak Man adalah seorang pembuat akok yang ada nombor juga dalam ranking pembuat akok di Bachok.(hehehe...puji mak sendiri...apa salah nya).
Pagi-pagi lagi mak dah siap kan alat-alat seperti, acuan, sabut serta bahan-bahan nya - daun pandan, nnise(gula melaka), santan dan sebagainya. Tempat membakar nya ialah di bawah pokok sentul (sekarang ni dah tak ada lagi, dah ditebang).
Sabut banyak terdapat di kampung Pak Man, boleh ambik dengan percuma. Bila nampak berasap bawah pokok sentul tu...sekejap lagi ramailah yang datang.
Gemulah Tok Mek adalah orang yang bertanggung jawab menjaja kuih akok ini keliling kampung. Mak bagi dia upah 20% dari hasil jualan. Sekarang ni Gemulah Tok Mek pun dah tak ada, Mak pun dah tak buat Akok lagi. Kalau nak makan kami terpaksa beli di kedai atau pasar malam.