Monday, May 3, 2010

Tepung Pelita dan Gulai Kawah.

Hari Sabtu yang lalu Pak Man menghadiri satu kenduri 'masuk rumah baru' di Taman Shahbandar Raub. Rumah Cikgu Sapura, kawan isteri Pak Man. Pak Man tak nak cerita pasal rumah barunya, tapi nak cerita pasal makanan yang disediakan. Dalam banyak-banyak makanan yang terhidang, hanya dua perkara sahaja yang begitu menarik hati Pak Man. Pertama nya Tepung Pelita. Sedap sungguh tepung pelita nya. Dah lama Pak Man tak rasa tepung pelita sesedap itu. Cikgu Sapura order kuih tersebut dari Cikgu Mat Takiyudin. Memang sedap!. Dulu Cikgu Mat ada jual kuih ni di Pasar minggu. Sekarang ni tidak lagi. Mungkin dia sibuk ataupun dah malas. Atau pun Cikgu Mat dah naik ........
Gulai kawah nya sungguh sedap. Dimasak oleh tukang masak yang di bawa khas dari Kelantan. Gulai kawah campur umbut kelapa. Daging pun di bawa khas oleh tukang masak tersebut. Hoooo....sedap.....dah lama tak makan gulai kawah yang betul-betul macam di masak semasa 'bekwah'....kenduri kahwin.
Terima kasih tuan rumah. Lain kali kalau ada gulai kawah, jemput lah lagi...hehehe.

16 comments:

FaAtip said...

tepung pelita is my peberet. Kalau makan, 1,2,3,4,5 tak cukup!

pB said...

sini gak , 3 serial

mahalllllllll

tapi sebab nok makae , beli jugok larrrr

endiem said...

bes weh pak man..

Tepi Sungai Batu said...

ASW,
Sama lah kita. Kalau makan satu nak dua......

Tepi Sungai Batu said...

pB,
3 serial...kalau sedap tak apa.

Tepi Sungai Batu said...

endiem,
Memang best...

Cikli said...

pakman,

kalau ada sumbu, lagi real tepung pelita

Tepi Sungai Batu said...

Cikli,
Hahahaha.....nanti nyala susah pulak.

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Di Pasar Payang KT bnyk org jual tepung pelita. Saya kureng suka tapi kecap sikit2 bolehlah....

Tepi Sungai Batu said...

Ibu,
Ada orang suka dan ada yang tak suka....biasa lah, selera manusia.

Nama : Sano said...

buah gomok tepung pelita
guano gamok org kita?

selain umbut, gulai kawah tu kalu campur mumbang nyiur sedap jg pokman.

silversarina said...

saya sangat suka tepung pelita , memang sedap ...dulu jiran mak di kampung memang expert kuih ni, kalau kami balik kampung mak mesti order sebakul :)

Tepi Sungai Batu said...

Sano,
Betul tu....mumbang nyor sedap juga.

Tepi Sungai Batu said...

Silversarina,
Sebakul.......puas makan!

Rumah Kuning said...

cuti sekolah bulan 6 nih, berderet-deret le pulak gulai kawah.

Anonymous said...

Salam Pakman,

Dua2 favoret tu...haha.