Monday, May 24, 2010

Berkat doa dan usaha gigih Jawatan kuasa masjid.

Semenjak adanya masjid baru di bandar Raub ini, maka masjid lama telah tidak dibenarkan untuk solat Jumaat lagi.
Jawatan kuasa masjid lama telah berusaha memohon agar solat Jumaat diadakan semula di masjid ini. Ini bagi memudahkan orang musafir terutama dari Kota Bharu ke KL menunaikan solat Jumaat. Ini kerana masjid baru yang terletak di atas bukit itu agak terkeluar sedikit dari laluan utama para musafir.
Setelah berusaha selama beberapa tahun maka pada 9/4/2010 solat Jumaat telah kembali diadakan di masjid lama ini.
Alhamdulillah.

8 comments:

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Alhamdulillah...
Masjid dah ada, teruskan bersolat di situ!

Mulan said...

alhamdulillah...

endiem said...

masjid lama memang terletak dekat dengan bandar raub berbanding dengan masjid baru. Betul cakap Pak Man, mesti ada satu masjid dekat dengan bandar yang boleh untuk orang ramai dan pemastautin dikawasan tersebut bersembahyang jumaat.

Tepi Sungai Batu said...

Ibu ,
Terima kasih.......

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Terima kasih......

Tepi Sungai Batu said...

Endiem,
Terima kasih......

Cikli said...

pokman boleh la jadi tok khatib di situ

Tepi Sungai Batu said...

Cikli,
Sekali-sekala boleh laaa........