Sunday, February 26, 2012

Friday, February 17, 2012

Itik serati sudah besar, ayam kampung dah bertelur.

 Anak-anak itik serati semakin membesar, tapi bulunya kurang.

Telur ayam kampung. Alhamdulillah....semoga akan bertambah lagi bilangannya.

Saturday, February 11, 2012

Solat dulu sebelum tengok bola.

 Di sini boleh solat...........

 Di sini pun boleh solat..............

Berjamaah laaaaaaagi baguusssssss................................

Thursday, February 9, 2012

Hebat sungguh Negeri Melaka.

Pak Man nak tambah sikit lagi :
No. 18 - Melaka ada monorel yang tak boleh bergerak, Kelantan tak ada.
No. 19 - Melaka ada sekolah untuk murid hamil luar nikah, Kelantan tak ada.
No. 20 - Negeri mana yang ada stadium baru tapi tak ada pasukan bolasepak dalam Liga Malaysia? Kelantan atau Melaka?
No. 21 - Negeri mana yang MB/KM nya pernah disabitkan kesalahan politik wang? Kelantan atau Melaka?

Ada sesiapa nak tambah, boleh tambah.................

Sunday, February 5, 2012

4 Feb 2012 - Bandar Raub dilanda banjir kilat.

RAUB – Bandar Raub dilanda banjir kilat buat kali kedua dalam tempoh lebih kurang dua bulan selepas berlaku hujan lebat selama lebih satu jam bermula lebih kurang jam 4.30 petang kelmarin.


Seorang penduduk, Muhammad Zulkifly Mat Yatim, 30-an, berkata, banjir kilat kali ini disertai lumpur dan berlaku pada sebelah petang.

Menurutnya, sebelum ini, kejadian serupa berlaku pada sebelah malam sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas selama lebih dua jam.

“Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada projek pembinaan di kawasan bukit pinggiran bandar ini yang menjadikan kawasan tadahan air terjejas dan air hujan terus mengalir deras tanpa halangan.

“Walaupun tidak terlalu teruk dan hanya membabitkan kawasan sekitar pasar, hentian teksi dan sepanjang Jalan Dato’ Abdullah, tetapi tindakan pencegahan perlu dilakukan segera untuk mengelak ia berulang,” katanya.

Muhammad Zulkifly berkata, kejadian seperti itu bukan sahaja mendatangkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang terpaksa meredah air berlumpur, tetapi turut menjejaskan aktiviti perniagaan setempat.

Katanya, sekiranya paras air naik mendadak di tengah kawasan bandar, ia menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak hingga mengakibatkan aliran trafik lumpuh.

“Peniaga juga terpaksa menanggung kerugian apabila air berlumpur memasuki kawasan premis dan menenggelamkan sebahagian barangan yang tidak sempat diselamatkan,” katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera termasuk menyediakan sistem perparitan yang bersesuaian dengan pembangunan dilaksanakan di kawasan itu.

Keadaan banjir kilat berserta aliran lumpur melanda bandar Raub menyebabkan suasana panik penduduk.

........dipetik dari Sinar Harian.