Tuesday, July 30, 2013

KAFA saman Mat Yo - kes tak bayar hutang.

Semasa main dengan TRW dia pinjam duit utk buat rumah. Sekarang dia dah main dgn JDT.

Tuesday, July 23, 2013

Annuar Musa dilantik Pengerusi Mara

Annuar Musa dilantik Pengerusi Mara
Annuar Musa
Annuar Musa
 
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa 19 Julai lepas.
  
"Berdasarkan latar belakang akademik serta pengalaman politik luas, Annuar akan dapat memantapkan lagi usaha serta peranan organisasi itu ke arah mengangkat martabat bangsa," menurut Mara dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Annuar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berikutan pelepasan jawatan Pengerusi Mara yang disandang Idris sejak 2008, kerana bertanding dalam pilihan raya umum lalu.
  
Anggota pengurusan serta warga Mara mengalu-alukan serta mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Annuar Musa atas pelantikan sebagai Pengerusi Mara yang baru, menurut kenyataan itu.
  
Annuar, 57, memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London serta ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah Bahagian Perancang Korporat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.
  
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Fama (1989-1990) dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi tempoh 2005 hingga Mei 2013.
  
Annuar juga pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan (1990-1993) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).
  
Selain itu, beliau juga pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Peringat (1986-1990) dan Kok Lanas (2004-2008) dan anggota Parlimen Peringat (1995-1999). - Bernama

Saturday, July 13, 2013

Teringat kepada gemulah Chek


Kelas tambahan budak-budak Semantan Ulu.

 Cikgu Letchumi dari SK Ulu Sungai. Ajar Sains. Calon 5 orang. Hanya 4 yang hadir. Kelas bermula 9:00 am , tamat 12:00 tengah hari. UPSR 60 hari sahaja lagi. Harap-harap mereka semua lulus. Sekurang-kurangnya 2 orang dapat 5A. Insya Allah.

Sementara menunggu kelas tamat, Pak Man isi masa lapang dengan membaca berita-berita terkini di internet. Okay lah tu........hari ini puasa ke4.

Thursday, July 11, 2013

Artis dicekup tidak puasa

Artis dicekup tidak puasa

Sinar Harian.
Artis dicekup tidak puasa
Pelakon wanita yang dicekup bermain mahjung di sebuah bilik VIP di pusat siber di Bandar Puteri, petang semalam.
 
PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Monday, July 1, 2013

Bakpo jadi lagu tuh......




Tohok pingat dale tong sampah.

Mat Yo marah, buang pingat.

  dipetik dari Berita Harian online.......

Mat Yo marah, buang pingat

Cetak
Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.


Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.