Cerita ini Pak Man baca dalam Kosmo. Di Terengganu bekalan gula dah habis. Banyak kedai yang tak jual gula. Satu kisah yang berlaku di Dungun, seorang suami, Faizul yang berasal dari Kelantan tak dapat nak beli gula kerana tuan kedai tak akan jual gula kepada orang luar. Gula hanya akan dijual kepada orang tempatan sahaja. Tak kan Faizul nak kena balik ke Kelantan untuk beli sekilo gula.
Isteri nya Siti Marsilla terpaksa menunjukkan surat nikah mereka demi untuk mendapat kan sekilo gula. Bila ditunjukkan surat nikah dan diterangkan yang mereka menetap dan bekerja di sini barulah gula tersebut dijualkan kepada mereka.
Kerajaan kata bekalan gula mencukupi, tapi di kedai tak ada. Yang mana satu betul ni?.
12 comments:
salam cikgu man,
rumah saya, mungkin rumah orang Jepun yang lain juga sama. gula 1 kg sampai setengah tahun.
Setahun makan gula 2 kg saja. Gula berlebih2 sini. Mungkin saya boleh cadangkan jual gula ke sana :-)
JahRera,
Mungkin kami di sini kena ikut cara orang Jepun ni. Orang Jepun tak ada yang kena 'kencing manis' ke?.
Salam Pak Man..
saya pun tgh berpantang gula..makan secubit saja ..hehehe..kalau duduk Terengganu,selamatlah..tak payah susah tunjuk surat nikah..alahai!..gula sekilo punya pasal...
salam pakman,
ni kes gula takde ke, kes teganu kalah 3-0 kena bahang ke kelatang baru ni.... haha
tak habis lagi ngan kes gula ya...
saya pun jenis yang kuat makan benda manis....
Salae Pok Mae...
nie la oghe oyat parok gulo padey nisae...
sini tadok pulok kes gini.. biar pun kering kontang jah.
Pinat,
Bagus tu....kurangkan manis dalam minuman.
Cikli,
Hahaha....jange kato gitu.....tak baik.
KL citizen,
Kurangkan manis dalam minuman......
Jebat,
Hahaha......parok gula.......hahaha.
Selamat berjuang di tempat baru.....
Salam Pok Man,
Alhamdulillah...saya guna gula dlm masakan aje. Kalau air tu kurang manis sikit..jaga kesihatan
Ibu,
Bagus lah kalau macam tu.
Post a Comment