Sunday, April 19, 2009

Tapai Pulut

Setiap pagi minggu Pak Man akan ke Pasar Minggu Raub. Antara makanan yang Pak Man selalu beli ialah tapai pulut. Ada beberapa cara tapai ini dibungkus. Ada yang menggunakan daun getah dan beberapa jenis daun lagi.
Yang ini dibungkus dengan daun pisang. Mak Cik yang jual tapai ni ialah orang Kg.Jelu (kg.orang Kelantan di Raub). Manis........RM1.00 untuk 3 bungkus.


Yang ini susah sikit nak jumpa, jarang-jarang tempat yang ada daun ini, daun jembal. Isinya sama saja. Satu jenis lagi yang Pak Man pernah jumpa ialah tapai yang dibungkus dengan daun keladi. Dah lama tak jumpa.......mungkin mak cik tu dah pencen dah agaknya.

15 comments:

Ahlami said...

ohhh...sedap nyer tapae tue...
camne la agknye nk buat tapae sendiri yer...ehehe

pinatbate peminat tapai said...

PakMan..
kat tempat saya oang Jawa selalu buat tapai guna pulut hitam dan bungkus dengan daun pisang..orang Banjar pula bungkus dgn daun keladi dan guna pulut putih yg digaul dengan perahan sejenis daun (dah lupa nama )yg menghasilkan tapai warna hijau..
Tapai daun getah saya pernah makan kat Kuantan dan Kemaman..

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Huuuu.. terliur rasanya tengok tapai tu.. Ada juga tapai yang dijual dalam bekas tupperware yang kecil tu. Ana pernah makan tapai pulut dengan aiskrim vanila.. pergghh.. memang sedaplah..

faraulah said...

kat kawasan umah saya (kg) ada jugak yang guna daun 'balik angin'
tak tau nama sebenar apa,

sedap ni,
makan dengan ais krim vanilla

susoh nak juppo tapai baru masak (hok kering) kat area kl ni, kebanyakkan dah berair,
('lohu' ker 'lebu')
betulke sebutan?

Neeza Shahril said...

seriously, dah lama neeza tak makan tapai. Tapai pulut memang peberet neeza.. suka sangat2..
Tok Su akan purposely buat tapai untuk neeza dan suami setiap kali kami balik Kadok...
Neeza suka tapai daun getah Pak Man..
tapi, kalau takde sangat.. tapai pulut letak dalam tupperware pun neeza belasah jeeee... hehehe..

mother of two said...

aduss pakman..peberet nie.. kakak sy rajin gak buat biler time raya.
saya.. rajin makan ajer...:)~

anak nah said...

tapai pulut? ingatkan orang panggil tapai beras

manlaksam said...

Ahlami,
Boleh buat sendiri....yang penting mesti ada beras pulut dan ragi.

Pinat,
Tapai warna hijau....Pak Man belum pernah cuba lagi. Di Pahang ni belum nampak lagi.

manlaksam said...

Catz,
Sekarang ni orang nak ringkas....guna bekas plastik. Malas nak bungkus.
Makan dengan ais krim memang sedap.

faraulah,
Kalu hok 'lohu' memang berair dan lembik sikit.....
Daun 'balik angin'....nanti Pak Man tanya dengan orang yang lebih tua, Pak Man tak berapa pasti.

manlaksam said...

Neeza,
Sayang sungguh Tok Su tu pada Neeza......kalu bungkus dengan daun getah ni memang sedap dan senang dimakan. Sebungkus semulut, ngam-ngam.

Shiela,
Di kampung Pak Man pun time raya memang ramai orang buat tapai nih....

manlaksam said...

anak nah,
Di Kelantan memang orang panggil tapai beras, tapi di negeri-negeri lain lebih dikenali dengan nama tapai pulut.Mana-mana pun boleh....

pB said...

pB suko tapai pulut itaeee

manlaksam said...

pB,
Ooooo lagu tuh.....Pok Mae suko dua-dua.

lina said...

dulu mak saya rajin buat tapai tapi sekarang dah lama tak makan tapai yang makbuat sebab mak dah bizi. :D

Orang jual tapai banyak letak dlm bekas plastik food container sekarang kan?

Romzi said...

Pak Man, saya pinjam gambar tapai daun jembal, nak post kat blog saya, nanti saya letak link ke sini