Thursday, April 9, 2009

Dato' Pa

Kali ni Pak Man nak cerita sikit pasal orang kampung Pak Man, iaitu Dato' Pa. Kami sama-sama di lahirkan di Kg.Badak, Bachok. Semasa Pak Man belajar di sekolah rendah, Dato' Pa sudah pun berada di Australia. Dia memang bijak sejak kecil lagi.....itulah kata orang-orang tua di kampung.
Beliau merupakan orang Kg.Badak yang pertama dapat belajar di luar negara.
Orang kampung memanggilnya dengan nama 'Stopa Mat Stawo'. Stopa tu nama beliau, iaitu Mustapa. Mat tu nama arwah ayah beliau, iaitu Mohamad. Stawo pula nama ibu beliau, iaitu Stawa @ Siti Hawa. Arwah ayah beliau seorang guru Al-qur'an. Tepi rumahnya ada sebuah 'balaisah'(surau).
Hari ini Dato' Pa dilantik lagi oleh PM baru kita sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tahniah dari Pak Man untuk Dato' Pa.

15 comments:

faraulah said...

Tumpang Bangga, 2 orang anak kelahiran Bachok dalam Kabinet

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Wah.. orang kampung Cikgu Man ye.. Tahniah..

akula said...

Tim Men Kewangan pun orang Bachok jgk. Harap2 kali ni Bachok berubah wajah...

AZANI said...

ya, antara yang berkaliber dan bersungguh sungguh dalam perkhidmatan. Tahniah, orang orang macam inilah yang kita mahukan.

Zaki said...

Oooooo Ore kampung demo rupenya,
Tahniah ko Dato'Pa dan tahniah juga ko cikgu man....bila nak masuk politik gretek?.

Abiey69 said...

Ore bachok sebenarnya biso2 blako..
termasuk cikgu man ni..

ambo dok sempadan bachok je.. dekat wakaf zin..

hidup ore bachok

jebatahan said...

ambo meme kenal personally ngan tok pa nih.saing baik ngan gemulah abah ambo. 2-3 kali jugok singgah umoh ambo tanyo kabar abah ambo walaupun maso tuh doh jadik menteri. seoghe yg low profile dan style oghe kampung tuh masih tebal lg. Oghe kg Badak nih meme pandai2 pas tu x sombong pulok tuh mace PM nih

manlaksam said...

faraulah,
Sebagai orang Bachok kita patut bangga.Tak kira apa fahaman politik kita.

Catz,
Terima kasih......

manlaksam said...

akula,
Harap-harap berubah lah......jangan dok bergantung kepada tembakau saja.Kalau kerajaan tak tolong sapa lagi yang nak tolong.

Azani,
Betul tu!.......hidup orang kita!

tchersally said...

dan..beliau ada antara bekas pelajar SIC yang berjaya..

manlaksam said...

Zaki,
Ambo tak minat politik, minat pero kambing jah.....

Abiey,
Ooooo demo dok Wakaf Zing, anok-beranok ambo ramai di Beris Kubur Besar dan di Tg.Jenera.
Hidup orang Bachok!.

manlaksam said...

Jebat,
Kalu dia balik kampung memang dia suka pakai kain pelikat jah.....
Gemulah abah demo GB, orang penting dan dihormati di kampung....dia ni memang sangat hormat kepada guru-guru.
Jebat, jangan puji Pok Mae macam tu...Pok Mae rasa tok sedap duduk, tak leh nak ngajar lah hari nih.....

tchersally,
Adik beliau Majdi umur dua tahun lebih tua dari Pak Man pun sekolah di SIC juga. Sekarang ni dengar khabar dah jadi ahli korperat. Arwah ayahnya seorang yang berpandangan jauh, hantar anak-anak ke sekolah orang putih.

tchersally said...

dan beliau sering mencari peluang utk 'kembali' ke SIC..utk 'give back' ke sekolah ni..tutur kata sangat sopan..lembut..nak dengar beliau bercakap kena concerntrate betul2..

Nilam Berkat Enterprise said...

tumpang bangga juga..kakak beliau adalah guru bahasa kelas saya ketika belajar di sek.men.banchok

manlaksam said...

Nilam Berkat,
Terima kasih kerana sudi singgah blog Pak Man.
Kalau yang dimaksudkan itu adalah Cikgu Maziah Mohamad ......tu adalah adik Dato'Pa.