Sunday, April 26, 2009

Final Piala FA - tuan rumah patut kena denda.

Dalam perlawanan bola sepak sebelum ini, sama ada Liga Super atau Piala FA, kalau berlaku huru-hara atau balingan mercun kedalam padang maka siap lah pasukan tuan rumah akan didenda oleh FAM. Tapi malam semalam adalah perlawanan Akhir Piala FA. Kedua-dua pasukan terpaksa bermain di tempat yang dipilih oleh FAM dan tuan rumahnya ialah FAM. Pak Man nampak ada juga balingan mercun ke dalam padang, balingan botol air mineral....asap berkepul-kepul!.
Jadi Pak Man nak tanya lah sikit, tuan rumah perlawanan akhir tu tak kena denda ke?.
Kalau soalan ini agak 'pandir' bunyinya, maafkan lah Pak Man kerana Pak Man orang tua. Kalau Pak Man salah tolong betulkan.

7 comments:

faraulah said...

Di manakah keadilan?

PINATBATE said...

err..err...err...

GombakRock said...

Alamak...Pak Man nanti akan dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin FAM sebab mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM tanpa kebenaran FAM... almaklumlah FAM skang ni bukan bleh kena tegur sket...hehe

Tepi Sungai Batu said...

faraulah, Pinat, GombakRock,
Pak Man sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran Pak Man saja.
Pak Man bukan lah pakar atau bijak pandai, kalau tak betul harap tolong betulkan.
Penonton yang mengamuk, Persatuan Negeri kena denda.......kalau anak kita lakukan jenayah, adakah ibubapa yang kena naik mahkamah?.
Kalau peraturan itu betul, teruskan lah. Kalau tak betul harap dapat diubah.
Ini sekadar pandangan. Jangan marah.

GombakRock said...

saya bersetuju dgn pandangan pak man...perlawanan semalam dua2 penyokong baling mercun...dua2 penyokong nyalakan flare...siapa nak diasalahkan pula??kenapa FAM berdiam diri???

hai pak man nampaknya pasni saya dgn pak man kena panggil dgn FAM lah gamaknya..haha

Tepi Sungai Batu said...

GombakRock,
Nampaknya kita berdua akan digantung setahun tak leh tengok bola.....Piala Malaysia.

ramli said...

Pak Man...sebenarnya kito dipilih sbg tuan umah male tu...asalnya kito nak pakai jersi putih merah..hak kito paka mase lwn N9..tapi krana tuan umah kena pakai jersi rasmi ( Merah-putih)..FAM maaf sebb mercun sikit jah...