Wednesday, April 15, 2009

Ikan Layur

Anak-anak semua tentu ada yang tak pernah tengok ikan ini. Orang kampung Pak Man panggil ikan layur. Orang kampung lain Pak Man tak tahulah pulak. Di Raub ni Pak Man tak pernah jumpa pula orang jual ikan nih. Kalau di Bachok ikan ni selalu ada, terutama musim'angin barat'.
Pak Man pernah terbaca dalam majalah ada orang panggil ikan ini dengan nama 'belt fish'. Memang bentuknya sama macam tali pinggang . Orang Jepun suka makan ikan ni. Pak Man baca dalam majalah saja, tak pernah pergi Jepun pun.

Pak Man sekeluarga suka masak 'gulai masin'. Mula-mula perap ikan ni dengan garam dan lepas tu buat gulai lemak. Itu gulai masin namanya. Mak Pak Man cakap macam tu, jadi Pak Man pun tulis macam tu lah........
Kalau digoreng pun sedap. Anak-anak Pak Man semua suka ikan ni. Kalau balik ke Bachok mesti cari ikan ni. Terutama bila ada nelayan yang baru balik dari laut.

Ikan ni ada dua jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam. Pak Man lebih suka yang berwarna putih.

17 comments:

pB said...

kat sini ada , tapi pB tak pernah beli ...

sebab tok tahu nok masok gapo

faraulah said...

ikan ni sedap, buat singgang bleh,
Buat ikan 'bekok' (ikan masin) pun sedap.
tapi hati2 bila 'siang' ikan ni, gigi nya tajam sangat..

vy said...

Salam Pak Man

ada gak ikan tuh kat pasar pudu & pasar chow kit.

buat SINGGANG jer yg saya tau ngan ikan ni.

nipis jer isi dia tapi ok la jugak.

buat asam pedas melaka pun sodap!

masak tempoyak jer tak pernah cuba.

tchersally said...

Pernah tengok yang segar..pernah tengok yg dah dimasak..tapi belom pernah rasa..hmmm..kenapa ye?..bentuk dia kot..

manlaksam said...

pB,
Boleh try lah sekali. Potong-potong bubuh garam dan goreng, sedap!.

faraulah,
Memang betul!....penuh pengalaman tuh......lebih tahu dari Pak Man.

manlaksam said...

VY,
Buat asam pedas, Pak man tak pernah cuba. Lepas ni kena cuba nampaknya.

tchersally,
Mungkin belum terbuka lagi pintu hati untuk mencubanya, InsyaAllah suatu hari nanti.

AZANI said...

pak man: sekali tengok macam rupa ikan parang, kalau gemuk sikit rupa malong atau belut, agaknya kalau buat kuah laksa sedap ni?Agaknya lah...tak pernah try pun.

m e E n said...

Pak Man.
Saye belom pernah makan lagi.
Nanti saye cube cari.
Pak Man penah makan ikan terubok
masin Sarawak? sedap jugak.

manlaksam said...

Azani,
Ikan ni tak ada tulang yang halus, selamat untuk kanak-kanak.Buat kuah laksa mungkin boleh tapi isinya nipis lah sikit.

Meen,
Ikan terubok masin Pak man dah cuba tapi....tulang banyak lah sikit.

Neeza Shahril said...

rasanya neeza pernah makan ikan ni sebagai ikan masin je..
di kelantan lah..
sebab tok su (tok tiri) neeza selalu beli..

Anonymous said...

kat muar orang panggil ikan nih.. Ikan Timah..
goreng pun sodapppp....!!

Cik Ketumbar

silversarina said...

Baru ingat pernah makan ikan ni tapi ikan masin yang panjang2 dan nipis2 tu, tak pernah tengok yang segar punya .

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Saya tak pernah tengok pun ikan ni.. ingatkan ikan karen.. sedap ke?

Zabs said...

Salam Cikgu,
Pernah tengok tapi tak pernah makan lagi. Di Indonesia pun banyak ikan ni.

manlaksam said...

Neeza,
Tak ramai yang suka makan ikan nih.
Yang kering pun ok.

Cik Ketumbar,
Ikan Timah.....baru PM tahu. Tq.

manlaksam said...

Silversarina,
Tak semua tempat ada jual yang segar.....tapi di Kemaman mesti ada.

Catz,
Sedapppp......bagi PM lah. Orang lain mungkin lain pula pendapatnya.

manlaksam said...

Zabs,
Setengah orang bila tengok bentuknya yang macam ular tu, terus tak jadi makan.....
(Isnin lepas saya jumpa kawan Zabs, Syed Omar, semasa gi KL).