Wednesday, April 29, 2009

Namaku telah tertulis di sana.

Bulan lepas Pak man dah tulis pasal buah kelapa muda yang tak sempat Pak Man rasa keenakan airnya. Yang itu sudah jadi rezeki orang lain. Jadi kali ini Pak Man telah mengambil langkah berjaga-jaga. Pak Man sudah pun menuliskan nama Pak Man pada buah kelapa muda tersebut.
Kalau ada sesiapa yang berhajat nak mengambilnya.....awas! anda sedang diperhatikan.
Kepada semua orang kampung, kalau anda terjumpa orang yang membawa buah kelapa muda yang tertulis nama 'othman'.....sila hubungi balai-balai polis yang berdekatan.
Kerjasama anda semua amat Pak Man hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.

23 comments:

Sally said...

Salam PM,
yeay..org pertama..
akeke..classlah PM nih..siap label buah kelapa!!!

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Saja PM nak main-main dengan budak-budak nih.

tulipurple said...

lenkali tulis keliling buah PM..takot diorg wat2 x nampak..hehe

faraulah said...

Kelapa pandan ker kelapa mawar ni Pak Man?

Tepi Sungai Batu said...

Tulip,
Tuu lah....harap-harap bila terbaca nama PM yang tertulis di situ, akan timbul rasa kasihan....

faraulah,
Kelapa pandan.

pB said...

sib baik tulih dengae marker pen

kalau siap ukir ukir , tok tahu lar

GombakRock said...

buah ni kalau kena rembat jugak tatau ar nak kat ape...di kampung pak man tu ada orang yang bernama othman juga tak??takut nanti ada kekeliruan...hahaha

lina said...

jangan nnt ada dispute dengan Othman lain kat Kg pasal buah kelap atu. Hihihi...

Kelas gitu, siap letak nama. :P

aza ni said...

PM:ini kira booking ke?boleh booking untuk saya sekali ...he he he.

Rizza said...

waa dasat tu tulis nama atas buah kelapa hehhehe

ZABS said...

Salam PM,
Harap2 takdalah orang yang sama namanya berminat dengan buah kelapa muda tu....

PINATBATE said...

hahaha!
lawak tu Pakman punya idea ni..
tapi kalau yg ambil tu buta huruf nak buat macamana?..

Mother of Two said...

hehehehhe.. cayalah pakman. nie kalau rambutan kena rembat gak harus pakman tulis nama2 satu2 kat buah tu.... :)~

Leyla Shuri said...

salam pak man,

nak benih cermai belanda dan kacang parang tak? saya boleh hantarkan.
beri emel di blog saya.

Neeza Shahril said...

hahaha!! gelak kejap neeza tapi bagus gak idea pak man tu kan..
kalau kita tak nak bagi orang curi buah mangga, kena tulis jugak la kot..
mungkin boleh guna pen merah hehehe..

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Hehehehe.....nanti lepas ni boleh ukir pulak.

GombakRock,
Nanti Pak Man kena check dengan penghulu.

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Kalau macam tu, lepas ni kena tulis"Cikgu Man".....lagi tepat.

AZANI,
Boleh....nak tulis rumi ke jawi?

Tepi Sungai Batu said...

rizza,
Dasat....dasat!
Lama rizza tak singgah blog PM.

Zabs,
Harap-harap tak adalah yang berminat.

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Kalau dah terbukti orang yang ambil tu buta huruf, maka tak boleh dibawa ke mahkamah lah.....hehehehe.

Shiela,
Kalau rambutan....entah lah. Pak Man belum fikir lagi.

Tepi Sungai Batu said...

JahRera,
Ok....boleh!

Neeza,
Hahahaha..... guna pen merah. Amaran keras tu.

Anonymous said...

Cikgu Man,
Bagus..langkah berjaga2 ye..

Tepi Sungai Batu said...

Catz,
Saja nak buat lawak antarabangsa.

mynightbazaar said...

cermai belanda...
yg kaler merah tuu ker