Tuesday, April 28, 2009

Tempat ambo berguling.

Pak Man gi melawat blog graceong.com, terjumpa lah gambar-gambar nih. Terus teringat kisah masa kecik-kecik dulu...........
Kalu tak dok kkijo, petang-petang Pak Man gatih basikal buruk gi Pantai Irama, main tepi pantai, berguling, berlari dan kadang-kadang duduk ccokoh bawah pokok ru.

Nampak gaya nya, cuti sekolah nanti kena balik mandi laut. Lama dah Pak man tak mandi laut. Grace Ong kata, Pantai Irama adalah pantai yang tercantik di Kelantan. Itu dia yang kata, Pak Man tak kata apa-apa.....Pak Man setuju jah.
Terima kasih Grace Ong!

19 comments:

pB said...

dulu zamae skoloh , kalau cuti hujung tahun , mesti buat rombongae g pata irama nie.

sewo bah pok nik loh (mutiara) tu ....

Lee D'Langkawi said...

Tengok gambar pantai irama ni kawe ingat kkapong. Lamo doh tok balik weh.

manlaksam said...

pB,
Lo ni pun boleh kalu nak buat rombongan sekali-sekali......

Lee,
Bunyi macam sibuk sangat demo nih....
Cuti sekolah ni balik lah weh!

arsaili said...

salam..kat mana pantai irama tu? jauh dr KB ker?

faraulah said...

mase kecik2...

bawak 'ngayak' gi kutip 'ghessit' tepi pantai Irama...

manlaksam said...

arsaili,
Pantai Irama terletak di Bachok, lebih kurang 20 km dari KB.

faraulah,
'Ghessit' atau remis memang sedap makan pada musim hujan.

hazmi mat zain said...

Kawe kalau gi Pantai Irama, rasa kecut perut. Tengok ombak dia tinggi menggulung. Sokmo ingat ko anak beranak, jangan cuba mandi di sana. Takut...he..he

silversarina said...

Pantai Irama memang cantik, saya setuju , duk cokoh bawah pokok sambil tengok ombak...relaxnya .

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Bestnya duk bawah pokok tepi2 pantai ni.. sejuk je..

Nour said...

uihh blk nih soh gi kelah kt pantai irama..ajak sefamily..seronok tu..hihi

eiyda said...

Pak Man..
Pantai Irama ni ghama sokmo kalu ari minggu..biasanya kalu eiyda gi mesti singgah makae colek kt gerai2 situ..ermm bestt!!

GombakRock said...

salam sore,
yang selalunya saya dengar pantai cahaya bulan...ni kali pertama dengar pasal pantai irama...mana lagi cantik??

Neeza Shahril said...

kecik2 dulu neeza pernah pergi Pantai Irama ni mandi..
adik neeza mandi bogel kat situ.. hehee..

manlaksam said...

Hazmi,
Itu pada musim tengkujuh tu. Kalau pada hari-hari biasa, ok.

Silversarina,
Ya betul tu.......kalau duduk tepi laut, rasa sungguh tenang, masalah kecik-kecik boleh hilang.

manlaksam said...

Catz,
Best....ada masa gi lah.

Nour,
Kalu balik cuti nanti gi lah kkelah, tapi budak-budak kecik jangan dibiarkan mandi sendirian, bahaya.

manlaksam said...

Eiyda,
Makae ccolek dan minum air nyor mudo.....hoi sedap tu!

GombakRock,
Kalau tanya Pak Man, mestilah jawapannya Pantai Irama.

manlaksam said...

Neeza,
Mandi laut ni best.....tapi adik Neeza tu umurnya berapa tahun pada masa tu?

akula said...

Betul tu p man...
so lagi...dulu ada lumba perahu, igat itik, tiang licin, lumba bot, wayang kulit, dikir barat dan mace2 lagi(ketika sambut ulang tahun keputeraan sultan kelantan)

GombakRock said...

oh meriah sekali dan indah sungguh pantai irama...tapi kenapa kurang terkenal?