Thursday, April 23, 2009

Kebun kacang warga mas

Ini kebun kacang panjang yang diusahakan oleh mak mertua Pak Man. Umur dah 77 tahun, ada penyakit darah tinggi dan sakit lutut. Tapi masih lagi nak berkebun. Di belakang rumah, ditanamnya kacang panjang dalam polybag dan pasu bunga. Tak ada siapa yang membantunya. Semuanya dia buat sendiri.
Saja nak keluarkan peluh katanya.

11 comments:

catz_mafia said...

Cikgu Man,
Biarkanlah.. bila dia penat nanti berhentilah dia.. Lagipun tak rugi berbudi pada tanah kan.. hehe

lina said...

Yelah, tak rugi berbudi pada tanah. Kuat juga Mak Mertua Pak Man, boleh bergerak ke sana sini lagi.

Teringat Arwah Wan saya dulu, ada tanam kacang tanah & jagung. Hasilnya, saya ada juga tolong jualkan - jual kacang & jagung rebus kat funfair. Tapi itu dah lama dah...

tchersally said...

PM,
kacang panjang yg baru dipetik kalu makan mentah buat ulam sedap kan?..manis..

silversarina said...

Rajinnya ... sedap buat ulam tu .

Masayu Ahmad said...

biasalah org kampung suka berbudi pada tanah..

kcang panjang sedap jugak buat sayur lemak, nassi panas.. ada budu sekali..

manlaksam said...

Catz,
Memang ada saja benda yang dia nak buat.....biarkan lah aje.

Lina,
Rajin sungguh.....jual jagung di fun fair....ada darah usahawan nih.

manlaksam said...

tchersally,
Betul tu, manis!
Pak Man ratah macam tu saja pun boleh....

Silversarina,
Ya, buat ulam cicah budu atau sambal tempoyak....umphhhh.

manlaksam said...

Masayu,
Wooooo....sayur lemak, nasi panas, budu... dan Pak Man nak tambah satu lagi.....'ikan rebus' goreng.
Boleh terbalik pusat!

mother of two said...

mmg begitulah pakman... wan saya tu dah tak bleh berjalan dah pun ader hati nak tanam pokok lada ...

manlaksam said...

Agaknya bila kita dah tua nanti pun macam tu juga lah......
Sebenarnya mereka tak selesa kalau duduk tanpa buat apa-apa kerja.

Neeza Shahril said...

kalau dah berbuah, neeza sanggup offer diri untuk petik..
tak makan pun takpe..
suka petik je.. rasa best hehehh..