Tuesday, April 21, 2009

Ronda-ronda belakang rumah.

Walaupun bunga durian semua gugur, tapi pokok lain banyak yang berbunga. Pokok kantan berbunga sepanjang tahun. Sedap buat ulam dalam nasi kerabu. Boleh juga masukkan ke dalam masakan, terutama asam pedas.
Pokok manggis juga telah berbunga. Setiap jenis pokok buah-buahan ada sepohon. Setakat nak makan tu tak payah beli lah. Peninggalan orang dulu-dulu untuk anak-cucu.

Pokok duku yang ada sebatang ni pun berbunga juga. Tapi pokok ni buah nya masam sikit. Dari baka duku Johor.
Yang ini pokok rambai, lebat sekali bunga nya. Macam lampu 'lip-lap' yang digantung kan pada pokok di bandar tu.......

Ini pula buah terung pipit atau terung mango. Boleh dimakan mentah buat ulam. Boleh juga dimasukkan kedalam gulai asam rom.

14 comments:

lina said...

Seronoknya kalau ada kawasan lapang kat belakang rumah ni ye Pak Man.

Saya tinggal dalam sangakr burung, takleh nak bercucuk tanam.

Makan terun rembang/terung pipit dengan pucuk ubi & sambal ikan bilis pun sedap. :) Kalau dulu, petik aje kat depan rumahm, sekarang kena pegi Tesco beli.

Mulan said...

waahh.. syok eh banyak pepokok di halaman.. berbudi pada tanah, banyak hasil nya..

Sally said...

bestnyer ada kwsn keliling rumah..mcm2 bole tanam..

Sally geram tgk bunga kantan tu..terbau bau kuah laksa Penang..yumm..yumm..

terung yg kecik2 tu..masak tumis dgn ikan bilis sedap wo PM..ketuk2 sikit bg dia pecah2 peh tu tumis..sedapp..

faraulah said...

Entry Pak Man ni menambah kerinduan saya kat kampung halaman plak dah..
huhu...

Mother of Two said...

terung mango tu kan.. buat peluru senapang. tapi sekarang payah gak nak carik.

Neeza Shahril said...

*sambil tadah tangan*

Pak Man, nak sikit bunga kantan tu.. nak buat nasi kerabu..
bila manggis berbuah, nak jugak sikit ya..

hehehee...

Meen Eunos said...

Bestnye suasane kebun Pak Man.
Bunga kantan sedap kalau
diletak dalam masakan asam pedas.
Terung pipit tu saye buat
peluru main tembak-tembak
mase kecik dulu.

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Orang kampung terpaksa kena tanam sendiri kerana kami tak ada Tesco.

Mulan,
Berbudi kepada tanah dapat hasilnya....tapi kalau tak ada tanah, ada duit semua boleh dapat.

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Laksa Penang best Woooooo....

faraulah,
Ada peluang balik lah.....tapi kalau banyak kerja nok buat lagu mano?

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Ganas juga ya!....main senapang juga masa kecik dulu.

Neeza,
Hehehehehe.....dapat bayangkan macammana tengah tadah tangan tuh....aduuhhhh sayu pulak hati Pak Man.

Tepi Sungai Batu said...

meEn,
Bukan kebun Pak Man tapi belakang rumah mak mertua.
Meen pun main senapang juga masa kecik dulu ya?

Nour said...

Pak man, asal la sume gmbr2 pokok buah kegemaran sy..huhu lebih2 lagi rambai..alahaii ttba kempunan buah rambai!;)

Tepi Sungai Batu said...

Nour,
Kalau balik cuti nanti boleh la makan puas-puas.

Anonymous said...

Cikgu Man,
Masa saya kecik-kecik dulu suka pergi kat pokok terung pipit tu - tangkap ladybird..