Friday, April 10, 2009

Tahan 'gogoh'

Ini sebuah lagi kesah hidup Pak Man masa kecik. Kalau tengok gambar udang di atas, Pak Man akan teringatkan zaman kanak-kanak Pak Man. Pak Man selalu ikut gemulah tok chek pergi ke sungai tahan gogoh. Penuh dalam perahu kami dengan gogoh, lebih kurang 15 buah.
Gogoh ni sebenarnya macam bubu juga laaa........
Sebelum dicampak ke sungai, mesti bubuh isi kelapa yang dibakar sebagai umpan. Ikat tali dan campak ke sungai. Tali di tambat pada pokok nipah. Pagi esok pergi angkat. Dapatlah secupak atau dua cupak udang. Udang boleh buat gulai lemak campur dengan 'ubi badak'.

17 comments:

lina said...

Takut tengok sepit udang yang "brutal" tu. Kena kapit tu mesti sakit. :D

Sekarang Pak Man ada tahan gogoh lagi ke? Bawak anak cucu mesti diaorang seronok ye tak?

akula said...

Lama tak makan udang gogoh...

Neeza Shahril said...

sedap nya udang galah.. tapi rasa dia tawar sikit kan pak man..
nama pun udang ait tawar ye.. hehe..

faraulah said...

kalu Pak Man ada kelapangan,
try laa buat entry pasal ikan 'layur'
(nama saintifik :Ribbonfish, Atlantic Cutlassfish, Silverfish)

Budakk2 lani ramai tak xkenal jenis ikan ni, kalu org Bachok belah pantai tu..confirm lah kenal..

faraulah said...

pembetulan: nama saintifik: Trichiurus Lepturus

Mother of Two said...

besar tu pakman sepit dia.. buat gulai lemak letak tomato pun sedap... nak balikkkkkkkuwaaaa!!:)~

Sally said...

makhluk ni masak gulai tempoyak sangat la sedap..

hady rashid said...

salam pak man
rindu betul saya dengan blog ni
tapi akhir akhir ni, di ofis sangat sibuk
keje makin lama makin banyak
blog saya pun sudah terbengkalai sementara
lebih2 lagi, blog sekarang kena block di office
jadi hujung minggu saja boleh ke cyber cafe (hujung minggu di sini cuma jumaat)
so much to tell - so little time i have
apa apa pun, saya akan mencelah celah bila ada masa
so, pak man stay kool, ok..
hehe, jangan mare ya cikgu..

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Sekarang ni tak tahan gogoh dah.....

akula,
Pak Man pun dah lama tak makan udang gogoh.

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Memang rasa nya berbeza sikit dari udang laut dalam.

faraulah,
Entry pasal ikan layur.....InsyaAllah suatu hari nanti.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Suruh abang Jebat tahan gogoh dalam sungai di Dubai......Pak Man rasa ada juga kot udang di sana.Kalau tak ada gogoh ,Pak Man boleh poskan dari sini.(hehehehe)

tchersally,
Emmmmm.....gulai tempoyak sedap jugak!

Tepi Sungai Batu said...

hady,
Kalau ada kerja tu kenalah buat kerja dulu.......tapi kalau ada masa, singgah-singgah lah blog Pak man ni.

kopiah senget said...

Mengidam nk makan udang la pakman. duk tmpat org mane nk cari udang!

Tepi Sungai Batu said...

kopiah senget,
Dekat super market ada kot, kalau tak ada juga kena lah tahan gogoh sendiri. Dekat sana ada sungai tak?
Terima kasih kerana sudi singgah....

DrSam said...

Arwah toki saya memang pakar menangkap udang guna 'gogoh'. Selain dari isi kelapa, diajuga guna jering sebagai umpan.

Selalu ikut toki selepas subuh mengangkat gogoh di sungai ketika kecil dulu. Seronok bila tangkapan melentik-lentik dan melompat-lompat diperahu. Kekadang kita pula terlompat bila ular air keluar sama dari gogoh :)

Perkongsian yang menarik Pak Man. terimakasih.

Amermeftah said...

Pak sedara saya pun tahan gogoh jugak di Sungai Pengkalan Datu.

Tapi dia dah tak cekak, sejak balik Mekah asyik tak segar. Dah tak turun ke sungai lagi.

Tepi Sungai Batu said...

Dr.Sam,
Menarik juga pengalaman Dr tu!
Hehehe.....tiba-tiba ada ular pula....lucu tu!

Anak Nah,
Pengalaman tu yang mahal tu....tak boleh dijual beli....
Semoga Pak Sedara demo sihat selalu.