Wednesday, April 1, 2009

Sukan SK Semantan Ulu - 04.04.09 (Sabtu).

Latihan perbarisan dan ikrar sukan diketuai oleh Mohd. Hazim b. Ismail


SK Semantan Ulu akan mengadakan Hari Sukan Tahunan pada 04.04.09 ini, iaitu hari Sabtu. Pagi tadi (Rabu) kami mengadakan raptai penuh perbarisan. Esok akan diadakan sekali lagi raptai penuh. Sukan Tahunan pada tahun ini akan dirasmikan oleh YB ADUN Batu Talam. Harapan kami agar semua penduduk kampung sekitar Semantan, Kg.Ria dan Kundang Patah dapat hadir bagi memeriahkan lagi Hari Sukan ini.

Murid-murid sedang berehat setelah penat berbaris. Walaupun letih tapi tetap tersenyum bila cikgu nak ambil gambar.


Ini adalah murid kelas Pra-sekolah, ada lima kuntum semuanya. Bila lah penduduk kampung ni nak bertambah........



19 comments:

Unknown said...

eh, lima orang aje?

Anonymous said...

Cikgu Man,
Terima kasih uploadkan gambar anak-anak Ana ni..

Dara pujaan tu.. kihkih.. Nak borang mintak kat cikgu ni.. Esok ambik gambar lagi ye..

PINATBATE said...

alalala..
comel-comelnya budak lima kuntum tu..salam peluk cium utk diorang Pak Man..seronoknya sukan!

Tepi Sungai Batu said...

Akmal,
Ya! lima saja.....kenapa? tak percaya ke?...hehehehe.
Tahun 1 ada 6 orang, Tahun 2 ada 4 orang, tu pun 2 orang anak cikgu.....inilah nama nya SKM(sekolah kurang murid). Jumlah semua murid ialah 47 orang.

Tepi Sungai Batu said...
This comment has been removed by the author.
Tepi Sungai Batu said...

Catz,
InsyaAllah esok akan diuploadkan beberapa keping lagi.....

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Sukan kami tak sama macam sekolah besar, padang kami hanya seluas dua buah gelanggang badminton aje....murid 47 orang, tapi kalau boleh kita nak bagi mereka merasa suasana sukan sebagaimana murid-murid di sekolah besar alami.
InsyaAllah akan Pak man sampaikan salam Cikgu Pinat kepada budak-budak yang 5 kuntum tu.....

Mother of Two said...

ala...comelnya yg lima kuntum tu... semoga success sport days tahun ini.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Semua orang di sini kirim salam kepada Shiela dan Jebat......terima kasih daun keladi.

Meen Eunos said...

Teringat time
sukan tahunan sekolah dulu-dulu.

silversarina said...

Sukan kanak2 kecil selalunya lagi meriah , masing2 excited nak ambik bahagian dan memang comel2 budak2 tu .

Tepi Sungai Batu said...

meEn,
Sukan lah acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Tepi Sungai Batu said...

Silversarina,
Betul tu.....terima kasih.

lina said...

semoga meriah & berjaya Hari Sukan tahun ini. Comel-comel belaka murid-murid Pak Man tu. Good luck ye!

Tepi Sungai Batu said...

lina,
Terima kasih banyak-banyak.

ZABS said...

Salam Cikgu,
Selamat bersukan kepad amurid2 sekolah cikgu.
ADUN Batu Talam....teringat cerita sedih tu...

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Terima kasih, ya...cerita sedih tu satu Malaya tahu.

faraulah said...

Salam .

teringat mase kecik2 dulu, berlari tak pakai kasut, nasib baik padang sekolah tanah Bris, tak sakit kaki.

Pak Man xsey kelik ngajar kampung ko?

Tepi Sungai Batu said...

faraulah,
Buat masa lo ni belum lagi lah......ada tugas yang belum selesai lagi di sini.