
Pak Jali sudah lama mengayuh beca, sejak dari zaman Pak Man bersekolah rendah lagi. Dalam tahun-tahun 70 an, Pak Jali akan menghantar dan mengambil anak-anak seorang ustaz yang mengajar di sekolah Pak Man. Ustaz tersebut bayar bulan-bulan. Pak Jali ada pendapatan tetap.

Sekarang sudah hampir 40 tahun dah masa berlalu, anak ustaz tersebut dah berjaya belajar ke luar negeri dan sekarang ni dah balik dan bekerja. Jadi jurutera, dah kahwin dan beranak-pinak. Tapi, di manakah silapnya, Pak Jali sekarang ni masih lagi seorang penggateh teksi. Pak Man berasa sedih dan simpati bila dapat tahu yang Pak Jali masih lagi mencari rezeki dengan becanya itu. Kenapakah hidup Pak Jali masih tak berubah?

Gambar ini sekadar hiasan sahaja, tidak ada kena-mengena dengan Pak Jali. Situasinya sahaja yang agak ada sedikit persamaan. Semoga Pak Jali akan dimurahkan rezeki dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t.
9 comments:
hmm
moga anak anak kita tahu tanggungjwab mereka terhadap kita apabila mereka berjaya nanti.
jangae jadi supo kacae lupo ko kulitttt
mungkin pak jali meme suko gatih teksi yak dulu lagi..
memang xleh dipisahkan..=)
pB,
Mudah-mudahan begitulah....InsyaAllah.
Ahlami,
Mungkin juga tu........kalu tok leh ggateh teksi, tok sedap duduk, mungkin juga tu.
Pak Man..
Kalau seseorang tu nak ubah taraf hidup ianya hanya datang drp diri sendiri..
mungkin Pak Jali tiada kepakaran dan peluang yg lain..
atau mungkin dia bahagia dgn pekerjaannya sekarang..semoga Pak Jali sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt.
Mungkin betul juga pendapat Eiyda tu.......semoga Pak Jali bahagia selalu.
Cikgu Man,
Hanya Pak Jali saja yang mengetahui segala-galanya. Semoga Pak Jali sentiasa di murahkan rezeki.. Amin..
Maaf, sebab dah lama tak menjenguk ke mari..
Catz,
Begitu jugalah harapan Pak Man.....amin.
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment