Thursday, March 5, 2009

Yang kaya akan bertambah kaya.

Budak-budak Melayu (setengah drp setengah)sibuk bercerita pasal Raja Lawak. Ramai yang tak puas hati kenapa Amir dapat masuk final. Dalam surat khabar macam-macam komen ada tertulis. Ada yang kata pengundi Amir 'tak ada otak'. Tak pandai menilai dan macam-macam lagi. Kesian Amir. Ini Pak Man tak nak komen.
Sebenarnya Pak Man nak cakap sikit kepada anak-anak semua, siapa yang ada otak atau siapa yang tak ada otak...........
Yang paling 'ada otak' ialah tuan punya syarikat TV tuh......dia buat rancangan tu suruh kita semua tengok. Nak tengok TV, tiap-tiap bulan kita kena bayar. Dah tengok rancangan tu pula kita akan mengundi. Setiap SMS kena bayar lagi. Lagi banyak perbalahan , lagi bagus. Masing-masing nak memenangkan calon masing-masing. Lagi banyak SMS. Pak Man rasa anak tuan punya stesen TV ni tak tengok dan tak mengundi pun Raja Lawak ni.
Duit hasil dari SMS akan dibahagikan antara stesen TV dan syarikat telefon . Stesen TV dia punya dan syarikat telefon dia punya juga.
Akhirnya dia jadi orang paling kaya di Malaysia. Sekarang anak-anak fikir lah sendiri, siapa yang 'ada otak' dan siapa yang 'tak ada otak'.



16 comments:

en_me said...

waah, me tak tengok raja lawak musim nihhh..

pB said...

pB tok rajing kelih pun rancangae rajo lawok nie ....


Lepas ni syarikat tu buat pitih lagi , sebab rancangae nyanyi nyanyi tu nok maing pulok doh lepah nie

DrSam said...

memang ligat berpusing kepala otak mereka bagaimana untuk mengaut keuntungan, dengan cepat.

Otak-otak memang sedap.

Neeza Shahril said...

daripada habis duit dok undi orang tu.. baik la neeza minum air tebu kat entry bawah tu..
sedapnye laaaa...

lina said...

daripada abih duit sms undi, baik beli air tebu kan Pak Man kan? :D

m e E n said...

Beli air tebu Pak Man
lagi baik dari SMS tu!

tchersally said...

Btol!..Btol! dari perabis duit antar sms..baik beli air tebu Pak Man..
Sally : Pak Man..air tebu satu!!
PM : Air tebu satu siapppp!!!

Haa..kan bagus tu..sambil makan otak-otak Gelang Patah..perghh..sedappp..

a said...

Pak Man aka PM,

Yang saya pasti kalau si Amir ini jadi Raja Lawak....semua yang menentang dia tidak pula dianggap
DERHAKA!!! Jauh sekali di singgahi MACC!

A hj

Akmal said...

Serius tak minat tengok.
Mana2 realiti tv pun srupo jah. Tok minat sikit rabok pong hahaha :D

mother of two said...

tu yg kdg2 tak layan pun...tak ader paedah ( kata org dong)hehehhe

Zabs said...

Salam PM,
Yang hebuhkan pasal layak tak layak ni mungkin tak ngundi pun. Mungkin mereka tu semua, anak2 dan suku sakat tauke stesen tv tu.
Bila dah banyak perbalahan akan banyak hantar sms untuk menangkan peserta yang mereka sokong.
Seperti kata Nabil, lu pikirlah sendiri...

Anonymous said...

Kalau buat semakan 90% yg pengundi orang muda Melayu...

Sambung la sendiri...

AntiUndiSMS

zul said...

ntah le pak man...org kita ni dah kaya sgt kot...time gawat2 ni bleh lagi buang2 duit. Ambo layan gak raja lawak ni...tp takda la sampai nak buang duit utk ngundi sape2.

rauhunt said...

kalu Pok Mae masuk baru la saya undi

manlaksam said...

Salam dari Pak Man untuk semua,
Terima kasih kepada yang telah membaca. Terima kasih juga kepada yang telah meninggalkan komen, en_me, pB, Dr.Sam, lina, Neeza,meEn, tchersally,A hj, Akmal, Shiela, Zabs, AntiundiSMS, Zul, dan Rauhunt.
Terima kasih semua, Pak Man dah baca semua komen....terima kasih.

Fid said...

saya tak suka realiti TV..baik saya bagi anak saya tgk cerita dongeng daripada menonton ntah apa2 itu