Saturday, March 28, 2009

30 dan 31 Mac


Seluruh negeri Kelantan akan bercuti pada 30 dan 31 Mac (Isnin dan Selasa). Dua minggu lepas masa cuti sekolah, Pak Man nampak sudah banyak persediaan , pintu-pintu gerbang sedang dibina.
Masa Pak Man kanak-kanak dulu, hari keputeraan Al-Sultan Kelantan ini dikenali dengan nama 'pesta puja umur'. Tapi sekarang perkataan tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Orang sekarang semua sudah sedar dan istilah-istilah yang tidak Islamik sudah tidak dipakai lagi.
Biasanya kami di Bachok, akan berpusu-pusu ke Pantai Irama. Di sana akan diadakan pertandingan mendayung sampan dan pertandingan bot laju.
Beberapa minggu sebelum itu, perahu-perahu nelayan akan dihias indah, kerana ada pertandingan 'Perahu Cantik'.
Sekarang ni Pak Man tak tahulah entah ada lagi ke tidak.
Bila tiba hari pesta begini, Pak Man tak lepas kan peluang untuk beli 'gula le' atau orang panggil 'gula kapas'.
"Daulat Tuanku"

8 comments:

PINATBATE said...

Salah satu keistimewaan rakyat Kelantan berbanding dengan rakyat di negeri lain ialah orang Kelantan amat akrab dan hampir dengan sultan mereka..

pendapat seposen sayalah..;D

jebatahan said...

Lanjutkan usia Al sultan kami,
sultan Kelantan raja ikrami.

ambo ingat lg lagu negeri ambo.

miss cloudy said...

waaa..rinduu lah plak kt kelate.. Time pujo uomo msti g tgk api kan..

Nour said...

dgr cito thn nih siap ado keto berhias utk sambutan hari keputeraan di klate!huhu melepas laa..

manlaksam said...

Pinat,
Kita semua patut sayangkan sultan kita, dok gitu?

Jebat,
Demo ni boleh jadi tok wokil dan boleh jadi MB. Jarang ada anak Klate yang duduk luar masih ingat lagu tuh.

miss cloudy,
Baliklah tengok pujo uomo, mesti meriah!

Nour,
Ya dengar cerita macam tu lah....
Terima kasih kerana sudi singgah blog Pak Man.

Terima kasih semua.

Rusdi Abu Bakar said...

hari pujo omor ni gak pok me bejujuk pakat jale kali g jalan sultan brehim tgk kereta berhias. aloh balik makan pulut ike kering wakah siku. loni jadi KB Mall doh...

Sultan Kelata raja ikrami ko ju hehehe

manlaksam said...

Rusdi,
Ohhhh....pulut ikan kering wakaf siku, sungguh nostalgik!
Depan gerai pulut tu banyak beca(teksi)parking ssitu......
Tinggal kenangan.

Rusdi Abu Bakar said...

Yo lo tu pok me, bowoh pokok besar tu. mulo sokmo mak ajok g beli ike pasar wakaf siku tu. loni tak doh doh...