Sunday, March 8, 2009

PPSMI - ikut cara PM

Pak Man(PM) bertanya kepada 'teman Pak Man'(TPM), "Boleh kah saya mengamalkan PPSMI nih?".
Jawab TPM,"Mula-mula aku nak tahu apa maksud PPSMI tu, baru lah aku boleh komen".

PM balas balik," Ooo...PPSMI tu maksudnya 'Pagi Petang Saya Mencurahkan Ilmu'."

"Kalau macam tu baguslah, itu berdakwah namanya tu, sunah Nabi tu. Besar pahalanya". kata TPM.
"Terima kasih Bro."kata PM.

PM selalu merujuk kepada TPM kalau ada sesuatu yang tak berapa jelas. Jadi sekarang ni PM akan teruskan projek PPSMI ni.

(Cerita ini tak ada kena-mengena dengan hidup orang lain melainkan diri Pak Man sahaja. Harap jelas dan faham)

8 comments:

hazmi mat zain said...

Salam...tulisan yang penuh sinis ni. He he he

tchersally said...

yang tersurat dan tersirat sangat sarat dlm n3 ni wahai PM..hehe

Zabs said...

Salam PM,
Teruskan niat yang baik tu. Jika baik niatnya. InsyaAllah, akan menghasilkan yang baik juga.

Neeza Shahril said...

Neeza sokong pak zabs... teruskan usaha murni itu... :)

lupekanje said...

alangkah bagusnya klu PPSMI yg gitu dpt diamalkan dik smua org..bukan cikgu ajer.

tulipurple said...

semoga yg PM akan sentiasa dirahmati_Nya...buat baik dibalas baik :)

manlaksam said...

Pak Man nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membaca entri ini. Terima kasih juga kepada Hazmi, tchersally, Zabs, Neeza, lupekanje dan Tulip. Terima kasih semua.

Kamil L said...

salam ziarah Pak MAn.. Menarik entri PPSMI :) dalam betul maksudnya :)