Monday, March 30, 2009

Air Nira (Tuak)

Tuak atau air nira boleh didapati dari pokok kelapa, pokok nipah, pokok kabung dan beberapa pokok lagi dari spesis yang seangkatan dengannya.
Air nira yang baru diambil dari pokok boleh diminum terus, manis dan segar!
Kalau disimpan dua tiga hari, air nira boleh bertukar menjadi 'tuak masam' macam todi.........yang ini jangan minum. Boleh memabukkan, HARAM.
Nira nipah kalau disimpan selama seminggu, boleh bertukar menjadi 'cuka nipah'.

Air nira yang segar boleh diminum terus. Kadang-kadang ada 'kedai makan' di Kelantan yang menjual minuman ini. Kalau nak order mesti cakap'air tuak', kalau tidak tak dapat laa......
Berbeza dengan di Sarawak, tuak di sana dengar ceritanya boleh memabukkan. Tuak Kelantan tak mabuk. Yang mabuk tu namanya'tuak masam'.

Kadang-kadang tuak ini dibungkus dalam plastik dan dijual di tepi-tepi jalan. Bila tiba bulan puasa, permintaan terhadap air tuak ni akan meningkat.


6 comments:

lina said...

teringat kalau balik ke Terengganu masa bula puasa, berderet tempat jual air ni. :)

pB said...

tak rajin la pulok tra minum tuok nie.

tapi che abear bre'hie

faraulah said...

sedap neh...pantang juppo terus beli kalo kelik kg..

PINATBATE said...

saya suka air nira ni..hari tu beli kat Trengganu..best betul!
Kat tepi jalan Teluk Intan-Hutan Melintang pun banyak jual...selalu juga beli..lepas tu bekukan buat aiskrim malaysia..

manlaksam said...

Lina,
Ya...dekat Marang tu banyak.

pB,
Tra lah skali!

manlaksam said...

faraulah,
Oghe Bachok kebanyakan nya suko minum tuak nih.

Pinat,
Waaaa....buat aiskrim Malaysia, Pak Man kena cuba nih.