Thursday, March 26, 2009

Atok dan Cucu


"Abang bercadang nak sambung belajar di mana?"

"Abang memohon banyak tempat, tak tahulah dapat yang mana."

"Tak kira di mana abang belajar, yang penting, belajar bersungguh-sungguh"

"InsyaAllah"

"Sembahyang jangan sekali dilupakan"
"InsyaAllah"
"Abang ni dah kira bertuah, dah hidup zaman senang....zaman ayah abang belajar dulu, susah sangat. Jalan kaki 5 batu tu biasa."
"Tok (Chek) ni mungkin dah tak sempat dah nak tengok abang berjaya."
"InsyaAllah sempat......kalau panjang umur lima enam tahun lagi ."
Itulah antara dialog atok dan cucunya disuatu petang pada minggu lepas. Tempatnya, di bawah pokok mangga, depan rumah atok. Cuaca 'jo'ong'.....angin Laut China Selatan bertiup sepoi-sepoi bahasa.

7 comments:

pB said...

salam ...

insyaallah
kalu panjae umo , Tok buleh kelih abg habis blajar

MULAN said...

kat perhentian hari tu pun cuaca jo'ong.. nisae tu sedap la pak man..

PINATBATE said...

Sayu pulak baca ..
Mudah-mudahan abang berjaya dan terus berjaya..di dunia dan di akhirat..membahagiakan atok dan seluruh anggota keluarga..

Neeza Shahril said...

Tok nok blajar pun buleh..
jamae ni.. seghemo buleh... ;)

silversarina said...

Harapan Atok dan cucu amat besar , InsyaAllah berjaya semuanya .

manlaksam said...

pB,
InsyaAllah.

Mulan,
Ya sedap.....boleh buat gula-gula.

Pinat,
InsyaAllah.

manlaksam said...

Neeza,
Tok dah tua.....selalu batuk-batuk dan selalu demam.

Silversarina,
InsyaAllah.