Saturday, March 7, 2009

Dhs xxxx !....banyaknya.(Alhamdulillah)

Sekolah Semantan Ulu ada 40 orang murid yang datang dari 29 buah keluarga. PIBGnya susah sangat nak bergerak kerana kekurangan dana. Bayang kan lah, yuran PIBG RM10 bagi satu keluarga. Jadi hasil daripada kutipan yuran, dapatlah RM290. Ini lah yang nak digunakan bagi menjalankan aktiviti selama setahun. Apa yang boleh dibuat?.
Tapi Allah itu maha pemurah, setiap tahun ada saja orang yang menderma. Ada tokey getah lah, tokey itu lah, tokey ini lah, dan bermacam-macam jenis manusia lagi yang menderma. Alhamdulillah.
Baru 3 hari yang lepas, Pak Man terima kiriman dari Dubai. Terima kasih En.MJ dan Puan S. Mereka menderma Dhsxxxx kepada PIBG sekolah ini. Semoga budi baik anda berdua akan mendapat balasan yang melimpah-ruah dari Allah subhanahuwataala.
#Pelajar(orang yang menuntut ilmu) adalah merupakan salah satu golongan yang berhak menerima zakat.

10 comments:

VimmiYasmin said...

Pak Man

alhamdulillah.........
kalo saya MURAH REZEKI yg MELIMPAH LIMPAH ...
Insyallah ...

Unknown said...

Salam Ziarah Pak Man...:-)

Dari bumi Preston,Lancashire UK:
-Faiza-

Tepi Sungai Batu said...

Vy,
Alhamdulillah.......tk.

Faiza,
Terima kasih kerana sudi ziarah.

Sally said...

PakMan,
baik hati btol MJ dan S tu..( hehe..Sally bole agak siapa mrk..)..semoga d murahkan rezeki mereka..

LYME said...

Betul..betul..betul.. Dalam hidup kena tolong menolong.
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

Semoga mendapat rezeki yang berlipat ganda lebih dari derma yang diberikan.

p/s: apa khabar Pak Man?. Lama saya x singgah beri komen.

KR 31 A.K.A Zabri said...

alhamdulliah....
betuahnya bebudak semantan...

Neeza Shahril said...

Semoga murah rezeki MJ dan S tu.. sapelah tu ya.. hehee..
Neeza tak kenal ramai orang Dubai..

tulipurple said...

alhamdulillah...moga bertambah2lah rezki utk org yg memberi itu,dan moga pelajar2 akan dpt manfaat,tak lupa juga utk tenaga pengajar yg gigih!

kasih nash said...

semoga yg menderma murah rezeki selalu hendaknya..

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man nakucapkan terima kasih kepada semua yang telah membaca dan juga kepada tchersally, Naim, Zabri, Neeza, Tulip, dan Kasih Nash kerana telah meninggalkan komen.
Terima kasih semua.