Monday, August 10, 2009

Tilapia 200

Minggu lepas Pak Man dah masuk kan 200 ekor anak ikan tilapia ke dalam kolam yang baru siap dibina. Harap-harap tak ada yang akan mati. Kalau ada rezeki, 4 atau 5 bulan lagi dapatlah hasilnya.
Dalam seminggu dua ni keadaan di luar sana semakin gawat. Ada H1N1, ada perhimpunan haram dan juga yang halal. Ada saman menyaman, ada sepanduk yang tulis'Dulu takbir sekarang take beer'.
Inkues sana , inkues sini. Ada yang jadi pengkhianat bangsa dan macam-macam lagi.
Pak Man rasa lebih baik Pak Man tumpukan kepada kolam ikan, kambing dan pokok-pokok. Mereka semua ni boleh buat kepala otak Pak Man jadi tenang.

11 comments:

tchersally said...

Salam PM,

syabas PM!! betul2..yg penting ketenangan jiwa..kat luar tu mmg kalut..mcm2 hal sbb mcm kepentingan..

semoga anak2 ikan ni menjadi anak2 ikan yg sihat..dan..sedap di makan..hehe..bayak nye 200 ekor!! fuiyooo!..Sally cop 2 ekor dah le..hehe

KR 31 A.K.A Zabri said...

wah.... anak ikan dah masuk.... semoga berjaya pak man

Ayohwang said...
This comment has been removed by the author.
Lee D'Langkawi said...

Mae,

Harap-harap hidup semuo. Mitok jauh daripada virus selsema ikan...

manlaksam said...

Sally,
Nak cop 2 ekor?, boleeeehhh.

Zabri,
Aminnn...tq.

Lee,
Selsema ikan?....hehehehehe...ada ke?.

Neeza Shahril said...

comel!!! comel sungguh anak anak ikan tilapia tu.. kalau lah dia hidup di laut masin, dah lama neeza ambik buat goreng hehehee..

nanti besar, ambik lagi ya gambar dia pak man..

manlaksam said...

Neeza,
Boleh....nanti bulan depan ambik gambar lagi.

It's Me, me and me said...

pok mae tok try pero ike kelah ko? daging dia sedap. Tilapia ni ramai sangat doh ore pero

nj said...

Pak Man...
Kat Jubail ni ada juga tilapia...tapi yang hitam tu...mana yang sedap sebenarnya ye? hitam ke merah? Masak cili api besstttt!!!

manlaksam said...

It's Me,
Bagus juga tu. Good idea. Nanti Pok Mae cuba. Tenkiu!

nj,
Bagi Pak Man, yang merah lagi sedap. Tapi kalau tak ada merah, hitam pun boleh.

Anonymous said...

jgn lupa buat tutup dgn jaring. nanti habis burung /biawak singgah makan.