Sunday, February 20, 2011

Satu demi satu kampung Melayu hilang ditelan arus peredaran masa.

Hari ini Pak Man nak tulis buat kesekian kali nya kebimbangan hati ini tentang hak milik tanah orang Melayu terutamanya di Raub.
Satu demi satu tanah kepunyaan orang Melayu terlepas ke tangan bangsa lain. Jika tidak dilakukan sesuatu pasti suatu hari nanti kampung orang Melayu akan lenyap dari muka bumi Raub ini.
Mengikut cerita orang-orang tua, Pekan Cheroh dahulunya adalah merupakan perkampungan orang Melayu, tetapi sekarang ini (50 tahun sesudah merdeka) Cheroh menjadi sebuah pekan yang majoritinya didiami oleh orang cina.
Orang Melayu hanya tinggal beberapa keluarga sahaja. Nasib baik ada orang Indon. jadi,  nampak ramai lah juga muka-muka Melayu di situ.
Kerana wang ,orang kita jadi buta. Orang kita senang dibeli. Lemah seluruh anggota badan bila nampak wang yang banyak.
Yang jadi broker masuk ke kampung-kampung cari tanah , tawarkan harga yang tinggi. Ini adalah kerja orang kita. Kerana bayaran seribu atau dua ribu Ringgit, mereka sanggup jadi talibarut.
Kalau panjang umur sama-samalah kita tunggu, suatu hari nanti akan ada kampung orang Melayu yang akan jadi macam Cheroh.

Ambil lah iktibar daripada kisah bagaimana Kg.Abdullah Hukum bertukar jadi Mid Valley Megamall.

12 comments:

lina said...

orang kita tak pandai mengusahakan duit sendiri. Nak cepat dpt depan mata. :(

Pak Man laksam said...

lina,
Betul tu.
Kalau ada duit lebih , balik lah kampung, cari-cari kalau ada sedara-mara yang nak jual tanah. Tolong selamatkan tanah mereka.

faraulah said...

KG. Abdullah Hukum kini tinggal nama pada stesen LRT...

Pak Man laksam said...

faraulah,
Samalah dengan 'Semenanjung Tanah Melayu' hanya tinggal catatan dalam buku sejarah.
Tanah Melayu sudah tiada lagi.

Ibu Sayang said...

As Salam Pak Man,

Duit punya pasal sanggup tanah tergadai. Esok kalau umur kita semua panjang tengoklah apa akan jadi. Nauzubillah... harap Allah beri petunjuk kepada kita semua.

Cikli said...

hilang hak melayu kerana melayu juga

Pak Man laksam said...

Ibu,
Semoga anak-cucu kita semua tidak merempat di tanah air sendiri.

Pak Man laksam said...

Cikli,
Kita hanya mampu berdoa..........

Anonymous said...

apaleh buat pokmae.. kalao soltae darah campur serani ado, ada campor siam ado, campur omputih ado,.. lepas tu dok hidup double life. dok di negori sendiri tunjuk alim rimau, naik jet sampai ke london jadi omputih.. lumba kuda, bela lumba kuda, makan minum barat , ke kasino, bertaruh lawan kuda polo etc.. nak biaya hidup gini jadiknya tengku wong jadi sedara. dan ramai tengku kong menjadi sedara sehati sejiwa.. dan proxy..
yg politik masig terbelah dgn ideologi ... yang org ramai terperangkap antara reality dan serba salah ...

yg ada memburukkan, ada mengeji dari mengaji di tenet dan blog.. curah bsul di dada dan pekong di bontot.. kadang kadang sedikit ujian ada org menulis macam betullah di aniaya.. lepas tu terpampang di tenet.. org kaumlain baca seronok bertepuk tgn..

Pak Man laksam said...

Sahabat,
Terima kasih kerana sudi komen.

lina said...

Pakcik Makcik saya pun sibuk nak jual tanah pesaka kat Rotan Tunggal tu Pak Man... Alasan mereka, biar merasa dpt duit masa hidup ni. Camner? NAsib baik ada sedara berminat nak beli lah... :(

Anonymous said...

Salam...sy baru terbaca blog Pak Man...sy org Sempam Baru yg telah lama merantau ke negeri org..baru ni sy balik rumah arwah ayah di Sempam Baru...Mak sy masih ada...tp tinggal bersama adik beradik sy kat KL...masa kat kg..mak ceritaka sy...banyak tanah org Melayu di Sempam Baru telah dijual kepada bangsa lain...mak tunjuk kat sy tanah yg telah dijual kpd bukan Melayu...hal ini terjadi kerana pemilik tanah asal telah meninggal...maka pewaris yg tidak lagi tinggal di Sempam mengambil keputusan menjual tanah tersebut...masalahnya...jika dijual kpd org Melayu...org Melayu nak murah...oleh kerana bangsa kita tamak dan memandang wang ringgit...maka..dijual kpd bangsa lain yg sanggup beli dgn harga lebih tinggi...yg paling sedih..apabila sy tengok tanah lapang yang ketika sy bebudak..sy main bola di situ...skr dah jadi kedai hardware besar milik bangsa lain...