Wednesday, April 21, 2010

Berlaku depan mata(Nissan Sentra sondol Kancil).

Semalam , semasa Pak Man tengah menunggu anak balik dari sekolah, tiba-tiba .......GEDEGANGGGGG!......peristiwa ini berlaku di depan SK Mahmud Raub. Seorang wanita yang memandu Kancil telah buat pusingan U di depan sekolah dan dilanggar oleh kereta Nissan Sentra yang datang dari arah bandar Raub. Kereta kancil tersebut terbalik. Orang ramai menolong wanita tersebut keluar dari kereta. Dia cedera ringan.
Bila BOMBA sampai semua sudah selesai. Bomba boleh balik ke balai.

Ini lah lawannya, kereta Nissan Sentra tersebut. Kaca bertaburan di atas jalan. Pak Man tak sempat nak menolong, cuma sempat tolong ambil gambar saja.


17 comments:

pB said...

balik Serawok , tengok tengok bumper depae kreto pB senget ...

kono tepoh kok sapo pun tok tahu

Myra Zulaikha Yusuf said...

ngeri...

transformed housewife said...

sy pernoh napok motor kena langgar tepi dgn bas. teruk jugok ore naik motor tu. lps tu takut jugok bilo bawok kreto.

FaAtip said...

mesti driver kancil tu, dddddbbbborrr giler. Alhamdulillah, tak apa2.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Parking luar pagar ke?.

Tepi Sungai Batu said...

Myra,
Luka sikit je.......tapi ngerilah juga.

Tepi Sungai Batu said...

THW,
Yang penting kita sentiasa berhati-hati. Kalau nak jadi juga nak buat macam mana.

Tepi Sungai Batu said...

ASW,
Pucat la juga muka dia......

lina said...

teruk kancil tu kemek.

Pak Man ambik gambar, ada tak yg tengok ambik nombor nak beli nombor ekor tu? huhuhu

Mulan said...

adei.. adei... mintak dijauhkan..

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Waktu tu ramai ibu-bapa tengah tunggu anak-anak balik sekolah.

Tepi Sungai Batu said...

Mulan,
Yaaa....minta dijauhkan.....

Fid said...

seriaunya saya melihatnya

Cikli said...

perlanggaran 1Malaysia ni...

Tepi Sungai Batu said...

Fid,
Ya lah .....mintak jauh....

Tepi Sungai Batu said...

Cikli,
A'ah.....semua bangsa ada.

Unknown said...

oh...kenapa citer ni aku x dengar ekk.. aku dok raub gak..