Thursday, April 29, 2010

Cerut rumput untuk makanan kambing.

Begini lah aktiviti petang Pak Man. Pak Man tak pergi jogging. Pak Man tak main golf dan Pak Man juga tak main tenis. Tiap-tiap petang Pak Man akan cari rumput untuk makanan kambing Pak Man yang dah tinggal 3 ekor lagi tu. Kira-kira macam eksesais juga lah .

Mula-mula sadap kena asah dengan batu biar tajam. Baru lah kerja memotong rumput berjalan lancar. Tapi kalau tajam sangat pun Pak Man ngeri juga, takut terpotong jari.
Bila sadap dah tajam , pilih lah mana-mana kawasan yang banyak rumput. Potong lah sebanyak mana yang kita hendak. Nak penuhkan satu kereta sorong tu , boleh tahan juga lah berpeluh nya.
*maaf, gambar tak berapa jelas kerana modelnya tak berapa 'cerah'.......hari dah petang, dekat nak masuk waktu Maghrib.

14 comments:

Fid said...

pak man
kg pak man ada buat homestay kang anak dah besar rasa mcm nak bawa la pergi menengok kambing anak saya ala ala peqhak/daqhat(darat) sungguh tengok kambing!

pB said...

Salam Pok Mae


bahagiaaa sungguhhh la hidup Pok Mae nieeeeee

endiem said...

pak man bagi makan rumput apa tu,,

DrSam said...

salam pak man. mesti sayang sunggoh kambing tu kat pak man. makan minum dijaga betul.

JahRera said...

Salam Pak Man,

Masa keluarga kami simpan beberapa ekor arnab dulu, kami juga rajin cari rumput. Sekali gus, kami bersihkan rumput2 yang liar di sisi jalan. Orang lain suka kami cabut rumput.

Sekarang semua arnab dan berikan orang. Tak sanggup. Lagi banyak beri makan, lagi membiak mereka.

lina said...

ini eksesais yg bagus. Pak Man sihat, kambing pun sihat dpt makan. :D

Pak Man laksam said...

Fid,
Boleh......silakan lah.

Pak Man laksam said...

pB,
Macam biasa jah....serupo oghe ramai...

Pak Man laksam said...

endiem,
Rumput biasa je.......pokok-pokok yang tumbuh menjalar pun kambing suka.

Pak Man laksam said...

DrSam,
Pak Man pun sayang dengan kambing-kambing tu.....(sayang ada makna tu!).

Pak Man laksam said...

JahRera,
Sana tak ada orang bela kambing ke?.

Pak Man laksam said...

Lina,
Win-win situation.....hehehe.

Nama : Sano said...

fav kambim, daun nangka...hahaha

Pak Man laksam said...

Sano,
Betul.........tapi susah nak dapat.