Thursday, April 29, 2010

Masak lemak rebung campur belulang.


Bagi orang yang tak pernah tengok atau dengar tentang masakan ini tentu merasa pelik dan hairan. Ada ke orang makan belulang?.
Jawapan nya ada.
Di Pasar Minggu Raub ada dijual rebung yang telah dipotong nipis-nipis dan direndam dalam air. Esok nya rebung tersebut telah sedia untuk di masak. Bersekali dengan rebung tersebut ada di jual belulang yang telah siap diproses dan di potong dadu. Kadang-kadang ada juga belulang tersebut di beri percuma dalam jumlah yang kecil.
Belulang ni katanya , mula-mula akan dijemur sampai kering. Kemudian dibakar untuk menghilangkan bulunya.
Bila nak guna untuk masakan ini, ia akan di potong empat segi dan direndam dalam air. Ia akan membengkak jadi seperti dadu(lihat gambar di atas).
Pak Man belum cuba lagi masakan ini, jadi tak dapatlah nak diceritakan bagaimana rasanya.

16 comments:

pB said...

salam Pok Mae


pB perrrrrrrnoh makae belulae nie.
Staff kat opeh bowok. Dio masok style jawo. Buleh lar makae , tapi tok leh banyok2....

pB tok rajin cubo makae rebung.

aintsuperwoman said...

pak man, saya makan semua... :D

Sally said...

PM,
bunyi menarik..belum berpeluang nsk cuba..

endiem said...

sedap..

hai said...

ooo...namanya belulang ek...x tau nama tapi selalu makan...mmg sedap!abah kata org dulu mmg kreatif..belulang tu dari kulit lembu atau kerbau kan??hehehe..x pasti...

Nama : Sano said...

pelik juga la makanan kt raub. kalau kt ulu tembeling nun biasa org mkn buah getah.

raub ada tak makan buah getah?

Pak Man laksam said...

pB,
Dah biasa makan, okay lah tu.

Pak Man laksam said...

ASW,
Makan semua, lagi bagus......

Pak Man laksam said...

Sally,
Kalau ada peluang patut cuba.

Pak Man laksam said...

endiem,
Terpulang kepada selera masing-masing.

Pak Man laksam said...

hai,
Betul tu...orang dulu-dulu memang kreatif. Kulit lembu boleh, kulit kerbau pun boleh.

Pak Man laksam said...

Sano,
Di Raub buah getah tak digunakan sebagai'asam rong' tapi orang sini guna buah perah. Cara masak nya lebih kurang sama lah.

Ibu Sayang said...

Salam Pak Man,

Saya cakap betul ni, tak pernah tengok apatah lagi makan belulang.Kalau rebung tu biasalah masak..sedap..

Petang ni nak gi Binjai Souq, kalau ada nak trylah masak.

PINATBATE said...

Salam..
larrr...ingatkan tulang belulang..rupanya kulit lembu..!
Saya biasa makan kulit lembu yg dimasak lemak cili api style org jawa..sambal taun kulit namanya..tapi tak letak rebunglah..:D

Pak Man laksam said...

Ibu,
Kalau orang jawa memang biasa. Bagi orang Terengganu dan Kelantan memang tak pernah jumpa benda ni.

Pak Man laksam said...

Pinat,
Pak Man pernah dengar tapi tak pernah rasa.
Pak Man ingatkan semua orang tahu apa itu belulang....sori!.