Sunday, April 4, 2010

Pemain NS kena penampar!

Malam tadi Pak man menonton siaran langsung separuh akhir Piala FA antara NS dengan Selangor di ASTRO 801.
Keputusan nya Pak Man rasa semua orang dah tahu, NS layak ke final. Antara insiden-insiden yang menarik perhatian Pak Man ialah:
1. Salah seorang pemain Selangor telah menampar(tampar-tampar manja) pipi salah seorang penjaga garisan kerana tak berpuas hati dengan tindakan penjaga garisan tersebut.(boleh ke buat macam tu? tak salah ke? kalau setakat bertengkar dengan pengadil atau penjaga garisan tu kira okay lagi, ini tampar-tampar pipi, tak apa ke?. Kita tunggu apa tindakan FAM.)
Dalam perlawanan di Alor Star pula, salah seorang pemain Terengganu di berikan kad kuning kerana menarik pengadil. Di sini nampak macam tak selaras saja tindakan terhadap pemain.

.
2. Di Seremban juga berlaku insiden dimana salah seorang pemain Selangor(pemain yang tampar-tampar manja tadi)telah dengan sengaja mengasari pemain NS, selepas itu salah seorang pemain NS meluru ke arah nya lalu dia bingkas bangun dan terus menampar muka pemain NS tersebut. Jatuh berguling-guling lah budak NS itu. Pemain Selangor tersebut telah diberikan kad merah. Betul lah tu, tapi apakah tindakan FAM selepas ini terhadap pemain tersebut?. Sama-sama lah kita tunggu. Ini kerana kalau ikut kejadian yang menimpa Halim Napi tahun lepas, dia telah menumbuk salah seorang pemain NS setelah permainan selesai, dia DIDENDA ribu-ribu ringgit. Harap FAM jangan pilih-pilih bulu dalam mengenakan tindakan.

.
3. Terdapat beberapa letupan mercun berlaku , mercun dilempar kedalam padang. Harap FAM dapat mengenakan tindakan yang serupa terhadap tuan rumah seperti mana FAM kenakan terhadap KAFA. Meletup saja mercun, KAFA kena denda RIBU-RIBU Ringgit. Harap FAM jangan pilih-pilih bulu.

8 comments:

RABUN said...

ada lak tampar manjeee he heee...

asdsahar said...

tak yah tampar manja bro..Bibel dari Liverpool letak je kat muka pun dah kena kad merah..haha!..itu mmg rules dlm football..tak bley sentuh muka

Sekilas pandang said...

yolo doh Pok Mae, tgok FAM adil ko dok dalam kes "anak emas" dia ni.

nj said...

Pak Man...
bila dah tak terkawal perasaan tu, macam-macam boleh jadi...nak menang punya pasal....

Tepi Sungai Batu said...

INDRA QIRANA,
Macam tepuk baby nak suruh tidur ....
Tapi kalau buat tu di muka orang, itu dah dikira kurang ajar.

Tepi Sungai Batu said...

as sahar,
Ooooo...macam tuuuu. Tapi kenapa pengadil malam tadi tu biarkan saja?. Penjaga garisan yang kena tampar manja tu pun senyappppp saja.

Tepi Sungai Batu said...

Sekilas pandang,
Sama-sama lah kita tunggu. Tapi mereka tetap ada alasan bagi setiap tindakan mereka. Ranking merudum........apa alasan?.

Tepi Sungai Batu said...

nj,
Betul tuuuu. Bila dah masuk hantu, apa-apa boleh berlaku.